Bulan Mei lalu kami baru saja singgah di Kundasang, dalam perjalanan pulang dari menghantar Farid daftar ke Kolej Matrikulasi Labuan dalam entri Awan Kelabu di Kundasang. 3 Syawal yang baru berlalu, sekali lagi kami melewati Kundasang, menuju ke Kota Kinabalu, menghantar Farid untuk terbang ke Labuan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula. Oh! Sama saja... bulan Mei lepas, Kundasang tampak muram, Gunung Kinabalu diselaputi awan kelabu, mendung sepanjang perjalanan. Kali ini suasana yang sama.... dingin, muram, suram, mendung, kelabu seperti di bawah ini.... Jadi, bubuh sajalah tajuk entri kali ini Awan Mendung di Kundasang pula!
Mei lepas tak dapat tangkap gambar Gunung Kinabalu kerana penuh diselaputi kabus tebal sampai ke kakinya. Kali ini agak bernasib baik sedikit kerana kabus agak nipis walaupun cuaca mendung, dan awan masih kelabu, tapi sekurang-kurangnya nampaklah sedikit tubuh Gunung Kinabalu!
Sedikit demi sedikit kelihatan puncak Gunung Kinabalu setelah kabus bergerak dari terus menyelubunginya.
Mei lalu... Firdaus usia 2 bulan di Kundasang. Tidur saja kerja dia....
Ketika ini.... Firdaus sudah usia 4 bulan 1/2. Dah tak mahu tidur lagi.... dia pun ingin menikmati kedinginan di kaki Gunung Kinabalu!
Bila terdengar tawa Firdaus... awan pun bertukar jadi cerah he hehehhe... dan kabus mula menipis dari menutupi puncak Kinabalu!
Haaa.... nampak tak puncak Gunung Kinabalu mula kelihatan di belakang tu!
Sementara menunggu puncak Gunung Kinabalu terserlah sepenuhnya, mari ikut Amie jalan-jalan melihat persekitaran tempat persinggahan kami di Kundasang.
Dulu kami rajin beli bunga di sini, tapi sekarang tidak lagi sebab kurang sesuai hidup di Lahad datu yang panas, berbanding di Kundasang yang sejuk dan redup.
Tak perasan pula entah bila rumah penginapan ini didirikan. Suka tengok sebab warna-warni macam pelangi.
Seperti biasa kalau singgah di Kundasang sudah tentu tidak lepaskan peluang membeli sayur-sayuran segar. Dalam bungkusan yang disusun tegak-tegak tu jeruk tuhau, makanan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun. Jom jalan terus ke depan......
Jangan asyik tengok sayur di bawah, sesekali tu pandanglah ke atas pula. Ada macam-macam makanan kering... Amie pun tak tahu apa namanya!
Ini buah strawberi tempatan, rasanya agak masam sedikit dan harganya sudah tentulah mahal, yang dalam bungkusan lebih besar tu Amie tengok harganya RM45.
Selain buah-buahan tempatan, buah epal & pear, longan, anggur pun ada dijual.
Ada macam-macam jenis buah.... termasuk buah habiu, buah mentega @ lemak manis & ciku merah.
Ini buah avocado. Amie suka makan isinya dengan aiskrim perasa vanilla.
Ini buah mentega @ lemak manis. Mungkin belum berapa masak sebab kulitnya masih kehijau-hijauan.
Ini buah ciku tapi jenis yang besar, isinya warna merah dan tak sama dengan ciku yang biasa kita makan. Rasanya manis jika masak.
Buah bambangan.... alahai terlupa nak beli! Biasanya Amie suka buat sambal.
Bermacam jenis beras huma @ kampung.Amie beli beras bario.
Macam tak masuk akal bila Amie terdengar harga sekilo buah rambutan... RM12! Amie pun terus halakan muncung kamera untuk ambil gambar rambutan yang berharga RM12.00 1kg ini!
Deretan madu lebah... ada madu lebah asli, ada madu lebah peliharaan.
Cantik-cantik bunganya!
Setelah selesai membeli apa yang patut, kami pun bertolak untuk segera pulang ke Lahad Datu. Sayangnya Gunung Kinabalu kembali diselimuti kabus dan awan tebal.
Sepanjang perjalanan Amie asyik tertoleh-toleh ke belakang.... mana tahu kalau-kalau awan tebal berarak pergi! Hoooyeaayyy..... tidak sampai 1/2 jam kami tinggalkan Kundasang. kelihatan puncak Gunung Kinabalu melambai kami dari belakang!
Kami berhenti seketika untuk merakam puncak Gunung Kinabalu dari jauh!
Selamat tinggal Gunung Kinabalu dan awan mendung di Kundasang! Jumpa lagi.
Salam Amie....seronok tenguk pemandangan di Kundasang...
BalasPadamDi Kundasang nie ...sejuk ke Amie ??
Bila melihat deretan bunga-bunga & buah-buahan ..macam di Cameron Highland pulak...
Ceria nampak Firdaus....sukanya diaa
Assalammualaikum
BalasPadamSelamat hari raya kak amie...seronoknya firdaus kena angin segar...kita pun tak prnah sampai kundasang...klau ke kk asyik tk smpat je nk ke kundasang...meeting je..hu hu syoknya nmpk gunung kinabalu tu...
Seronoknya tgk pemandangan kundasang..
BalasPadamFirdaus dah besor le mummy...! Harusla x bnyk ragam...hehe...
Salam Amie.
BalasPadamMasa ita pergi Kundasang dulu pun tak nampak Gunung Kinabalu sbb ditutupi awan. Rasa ralat sangat. Entah bila akan sampai ke sana lagi.
Kundasang mengamit reen ke sana insyaallah kak amie.. reen akan ke kk next week ni
BalasPadamwah cantiknya permandangan kundasang...tak sabar nak pegi sabah bulan 11 ni...
BalasPadam