Pages

Khamis, 15 Ogos 2013

Aidil Fitri 2013

Sekadar kenangan untuk tatapan bila ada masa terluang.


Pagi Aidil Fitri yang pertama..... Kami, Farid, Fuad, Fairuz & bujang kenit Firdaus.



Bersama keluarga sebelah Encik Suami, menziarahi pusara Allahyarhamah  & Allahyarham Bonda & Ayahanda mentua..... Al Fatihah.


Anak buah: Aman, Anis & Raffi.



Anak buah: Aznan, Ery & Yunita.



Kakak, abang & adik ipar.... Mckenzie, Kenzah, Norija, Mynah, Majid, Mazlan & Zainuddin Rilay.



Di Batu 6, Kampung Cocos, Lahad Datu.... rumah pertama yang kami kunjungi.



Menjamu selera.... sedondon coklat tahun ini kakak iparku, Mynah & birasku Azlan Tsen Abdullah.


Lina (anak buah) coklat juga....



Hafiz  (anak buah) and his wife.


Ha... yang ini Rini (anak buah), bila lagi ni....



Firdaus juga yang tak sedondon.... cuaca agak panas, kena pakai baju lubang-lubang biar masuk angin!


Dari sebuah rumah ke sebuah rumah kami kunjungi, terutama rumah mak & pak saudara.



Ada juga gaya-gaya rombongan pergi meminang....



... sambil posing-mosing mana yang sempat!



Azri (anak buah), and his wife... dan dua Adam kembarnya! Berdondon purple pula.



Aman, Anis & Raffi kena beraya sakan di Lahad Datu, sebab tak sampai berapa hari lagi  Anis & Raffi kena balik ke Terengganu. (Dah terbang balik ke Terengganu kelmarin).



Adik ipar & biras...  bukan main lagi berdua saja ni, anak-anak entah ke mana bertaburnya.. he heheheh.


Mak Ally (Suraini : biras & Mazlan : adik ipar), dengan anak-anak.... Ally, Faizah, Farizan & alahai.... satu lagi nama anak buah terlupa pulak!



Ini si bulat satu ini tak payah diperkenalkan lagi.... sampai rumah adik ipar di kampung, terus buka baju... duduk dengan kakak ipar (pengasuhnya), cari angin.



Memang tak boleh ke mana-mana ni kalau cuaca panas.... lepas menangislah tu....! Waallllaaa anakku tak boleh kena panas sikit! Uwaaaaa.... melalak sekampung boleh dengar!


Kakak ipar (wawaknya), dah faham sangat peel Firdaus.... dah buka baju.... apalagi terkekek-kekeklah dia ketawa!



Sebelah malamnya kami beraya pula di rumah adik ipar, Zainuddin. Kena balik awal sikit sebab esok pagi nak masak. Anak-anak murid dah tempah nak datang raya kedua.



Minta maaflah ye.... cikgu tak cukup tangan nak buat kerja dapur. Terpaksalah bantu mana yang dapat. Jadi, sambil tolong potong kek lapis, sambil-sambillah makan. He he hehe... masing-masing membelek-belek mengira berapa lapis cikgu buat ni....



Buatlah macam rumah sendiri ye.



Ini Mango Casablanca..... adeeehhh... memang tak cukup pun! Sehingga terpaksa menjilat sudu!


Antara hidangan yang sepat disediakan. Ini pun anak murid yang tolong sajikan,



Sebahagian kek lapis yang Amie buat.... cheese masam manis, blueberry cheese, strawberry cheese & kek lapis chocolate peanut butter.Yang dibelakang tu biskut tart nenas yang besar penumbuk Firdaus ha hahaha..... yang lain tu tak payah tunjuk sebab kuih 'tunjuk'!


Makanlah mana yang ada ye... layan diri.



Pandai-pandailah bawa diri ye... Chong Mei Yoon, & Waniey.


Carilah mana-mana tempat yang rasa sesuai ye Nirwana & Elyssa.


Sempat pulak Amanda dengan Waniey belek-belek cawan gergasi cikgu tu!
Adapun rumah terbuka untuk murid-murid hanya sekejap saja, dari tengahari sampai pukul 3 petang, sebab kami kena bahagi masa untuk menziarahi keluarga yang membuat rumah terbuka pada hari tersebut. Rumah terakhir kami kunjungi pada hari raya kedua ialah rumah kakak ipar.



Bukan main lagi Firdaus dengan badan penuh muat masuk walker kepunyaan Raffi! Mula-mula dia rasa agak janggal.. maklum pertama kali duduk dalam walker!


Lama-lama rasa seronok pula dia sampai ketawa terkekeh-kekeh tak cukup mulut!
Berakhirlah hari raya kedua di sini.... sebenarnya, mood  kita tak berapa gembira sebab asyik memikirkan betapa singkatnya Farid pulang bercuti raya.... pagi raya ketiga kami berangkat ke Kota Kinabalu.


Sedihkan.... sudahlah cuaca mendung di kala senja... sejuk, dingin! Firdaus pun seolah-olah faham akan berpisah dengan abang Farid sebab esok paginya (raya ke 4) abang Farid akan terbang ke Labuan...... monyong aje mukanya. Gambar ini diambil pada petang raya ketiga ketika kami berada di pantai Tanjung Aru.

15 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidilfirti kak...
    Penuh cerita raya dlm 1 entry...warna warni semuanya..:)
    firdaus dah sama ler..peelnya dgn hafiz...x bole la Panas n ramai orng keliling...mula la nak menjerit...

    BalasPadam
  2. seronoknya kalau dapat beraya di rumah amie...mcm2 ada :)

    BalasPadam
  3. salam
    Selamat hari raya aidilfirti buat akak sekeluarga...

    BalasPadam
  4. Meriah nyer raya Amie, kalau D5 dekat mau gak berkunjung ke umah Amie kan hehehhe :D...

    BalasPadam
  5. salam aidilfitri Amie, wah bestnya meriah kan sanak sedara dtg menjamu selera tuan umah tentu happy ni..

    BalasPadam
  6. Ha, barulah nampak muka orang.. kalau tak asek muka makanan sodap-sodap yo.. he he, selamat hari raya.. nice entry..

    BalasPadam
  7. Tengok gambar2 Amie beraya, ummi turut terasa ceria, tapi bila tengok gambar last tu, ummi pun terasa sayu juga, rasa berat hati kan nak berpisah dengan anak walaupun seketika.

    BalasPadam
  8. Salam kak amie..

    bestnya beraya ramai-ramai kan..meriah suasana..juadah raya pun semuanya Nampak sedap.

    BalasPadam
  9. Meriahnya raya amie, ramai sanak saudara yg nak di kunjungi, kalo kat klate boleh jln yg dekat2 je, yg jauh sikit jalan jem bukan main lagi, tak sanggup nak redah.

    Selamat hari raya amie

    BalasPadam
  10. Selamat hari raya maaf zahir dan batin amie.. waduh.. bunga sekuntum dikelilingi kumbang2 yg gagah.. meriah raya di kg halaman en suami tu..

    BalasPadam
  11. meriah.. meriah memang meriah rayanyer tahun ini.. ahli keluargapun ramai yerk... posing memosingpun berjalan lancar...
    selamt hari raya..

    BalasPadam
  12. seronok tengok gambar raya amie.. meriah sungguh.. tahun ni raya kami sedikit hambar spt tahun lepas juga.. cuma atas sebab yg sedikit berbeza.. apa boleh buat.. dugaan demi dugaan melanda..mgkin ada hikmah yg berselindung tanpa kami ketahui..

    BalasPadam