Pagi tadi Amie menghadirkan diri ke sekolah untuk mengikuti program Jalan Ria 10 Ribu Langkah bersama semua warga sekolah kami. Berpeluh juga bila berjalan sejauh 3km, dan acara tamat menjelang pukul 8.40 pagi. Amie telefon Encik Suami, beritahu Amie akan pulang ke rumah bersama Fuad, dan singgah beli telur beberapa sarang di Pasar Seri Perdana. Amie hendak siapkan sebiji tempahan kek lapis yang akan diambil oleh tuannya esok pagi. Encik Suami bersetuju, dan kami sepakat untuk ke rumah kakak ipar pada sebelah petang, menolong apa yang patut sebab sebelah malamnya akan di adakan kenduri.
Oleh kerana Encik Suami bercadang untuk makan tengahari di kampung, Amie pun tidaklah sediakan hidangan tengahari. Tetapi sementara menunggu cream cheese, dan mentega berada dalam keadaan suhu bilik setelah di keluarkan dari peti sejuk, Amie pun buatlah inti untuk puff pastry. Terbayang di ruang minda, sebentar lagi Encik Suami akan pulang dan sudah tentu rasa seronok sangat sebab dapat hidangan ringan sebelum ke kampung!
Setelah semua Puff Pastry Inti Kari Ayam masak dengan sempurna, Amie pun meneruskan kerja melapis kek. Hampir pukul 1 tengahari, tapi Encik Suami belum pulang lagi! Biasanya pukul 11 atau selewatnya pukul 12 sudah sampai ke rumah. Ketika Amie sedang leka melapis, tiba-tiba terdengar panggilan nama 'Fuad' dari pintu pagar. Itu suara Encik Suami. Fuad sedang tidur di biliknya di tingkat atas. Panggilan daripada suara Encik Suami yang lantang dan berkali-kali menyebabkan Amie membuka sedikit pintu dapur (boleh terus memandang ke pintu pagar). Nampak sebuah kereta berwarna kuning emas di luar pagar... Encik Suami bersama abangnya (abang ipar Amie), dan juga salah seorang anak abangnya.
Encik Suami : Baba langgar kereta orang! (Kuat kedengaran suaranya dari pintu pagar padahal jarak pintu pagar dengan tempat Amie berdiri agak jauh juga!) Nampak sangat wajahnya yang menanggung kesusahan.
Amie : Baba langgar kereta orang? (Tidak menunjukkan rasa terkejut yang ketara.)
Encik Suami : Baba langgar belakang HILUX. Kereta kita hancur di depannya. Sekarang ada di workshop! Baba kena saman!
Abang Ipar : Itulah... sebenarnya dia ni penat... tak cukup rehat. (merujuk malam tadi... petang kelmarin kakak ipar minta tolong Encik Suami ke Sandakan untuk mengambil anak sulungnya. Sebaik sahaja selesai kerja, Encik Suami bergegas ke Sandakan sampai ke Lahad Datu lewat pukul 9 malam.
Nampak benar Encik Suami sungguh tertekan.
Amie : Yang penting dua-dua selamat. Baba tak apa-apa, pemandu itu pun tak cedera. Yang lain tu boleh diuruskan. Biarlah kereta tu hancur... duit boleh dicari.
Abang Ipar : Betul tu... benda yang boleh dicari, kita cari. Benda dah berlaku nak buat macam mana?
Begitu begini, akhirnya abang ipar yang hantar Encik Suami pulang bersama anaknya. Encik Suami membersihkan diri dan solat Zohor. Amie sediakan secawan kopi (walaupun tengahari tapi Encik Suami suka minuman panas), dan Puff Pastry Inti Kari Ayam yang baru keluar dari oven.
Encik Suami enggan menjamah hidangan yang disediakan. Katanya, sebentar lagi akan ke balai polis bersama pemandu HILUX yang dilanggarnya tadi untuk selesaikan kes kemalangan tersebut. Fuad yang sedang lena segera dikejutkan untuk menemaninya ke balai.
Puff Pastry Inti Kari Ayam masih di tempat asalnya....
Amie meneruskan melapis kek, setelah Encik Suami dan Fuad meninggalkan rumah menggunakan kereta Amie.
....supaya Puff Pastry Inti Kari Ayam tidak lemau masuk angin, Amie bubuh atas oven sementara Amie meneruskan kerja-kerja melapis kek dan membakar di bawahnya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.... akhir-akhir ini tiba-tiba Amie menerima pelbagai tempahan kek, dan teman-teman menyatakan Amie sepatutnya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk membuat kek, dan itu semua adalah rezeki. Tiba-tiba hari ini malang tidak berbau.... kemalangan menimpa Encik Suami. Ya Allah... sesungguhnya aku redha atas apa yang telah terjadi, dan ini adalah salah satu ujianmu yang mesti kuhadapi. Subahanallah!
Ketika ini (Amie berada di meja dapur kering), Amie sudah melapis sebanyak 12 lapisan. Hanya tinggal beberapa lapisan sahaja lagi, dan sebentar lagi (harapan), Encik Suami pulang bersama Fuad setelah selesai urusan di balai polis. Setelah itu bolehlah kami ke kampung, menolong apa yang patut untuk kenduri malam ini, dan membawa pulang Firdaus!
Bismillahirrahmanirrahim.... sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan!
Salam cik Amie..harap tabah dgn ujian Allah..smg murah rzki ngan bizz membaking (",) sedappnye puff pastry tu..rase nk mkn jer..
BalasPadamada hikmah disebalik apa yg berlaku tu k.amie...
BalasPadaminsyallah moga dipermudahkan segalanya....
takziah atas kemalangan
BalasPadamnamun syukur semuanya selamat...
**sedap nampak puff tu...
semoga kak Amie tabah menerima ujian ..dh lama tak nmpk si kecik firdaus..misti dh makin comel..tak sabo nk tgk kek kapis k amie lg..
BalasPadamSemoga kak Amie tabah ya...
BalasPadamAlhamdulillah...syukur suami Amie tak apa2 begitu juga yang lain.
BalasPadamMoga Amie dan suami terus tabah ye.Moga dilindungi Allah SWT sentiasa.
Assalam kak amie..
BalasPadamWalaupun kete rosak teruk,syukur both party are safe...Alhamdulillah..
Walau apa pun, puff tu nampak sedap n rangup...
Syukur suami amie tidak cedera,mungkin ada hikmah disebaliknya.
BalasPadamsalam Amie..
BalasPadamAllah itu sentiasa menduga hamba2nya. Pada rezeki yang diberikan diduga juga dengan musibah agar kita redho dan sentiasa mengingatiNya. Selamat berpuasa Amie.