Jumpa lagi. Tapi sekejap saja tau. Sementara menunggu Encik Suami sampai dari Sandakan, dan kemudian ambil Amie dari rumah untuk ambil pula Firdaus dari rumah kakak ipar, Amie kongsi paparan terkini, dan sememangnya Amie's Little Kitchen agak tenggelam timbul belakangan ini.
Antara tempahan kek yang sempat disiapkan untuk dihantar kepada tuannya. Di belakang sekali Kek Kukus Masam Manis, Kek Pisang, dan di hadapan Kek Kukus Masam Manis tu tak lain tak bukan Kek Lapis Chocolate Peanut Butter dan di bawahnya pula yang warna hijau tu... Kek Kelasi Mabuk. Di sebelahnya pula Kek Lapis Cheese Masam Manis yang sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan!
Inilah rupa Kek Lapis Chocolate Peanut Butter dari luar... ha ha ahh rasa nak potong aje, nak intai rupa paras di dalamnya, namun apakan daya... kek ini ada tuan punyanya. Kita layan sajalah gambar kek di bawah ini.
Kek Lapis Bercorak ini merupakan versi percubaan Amie beberapa ketika dulu dan rasanya Amie taubat tak mahu buat lapis bercorak lagi! Tapi tak tahulah akan datang mungkin Amie boleh melakukannya. Buat masa ini, memang tak mahu lagi. Amie siapkan Kek Lapis Chocolate Peanut Butter menggunakan resepi yang sama dengan bahan yang Amie gunakan untuk membuat Kek Lapis Bercorak. In shaa Allah ada kesempatan Amie akan kongsikan resepinya ye. Tak seronok rasanya paparkan resepi tanpa melihat rupa paras sebenar hasilnya.
Ini pula, seperti sebelum ini memang Amie paparkan untuk menunjukkan rupa isi Kek Lapis Cheese Masam Manis yang menjadi pilihan utama rakan-rakan pelanggan Amie. Namun begitu, kali ini Amie gunakan kepingan asam manis bentuk bulat. Sayangnya tak bolehlah nak potong tengok isinya pulak! Kek Lapis Cheese Masam Manis tempahan kali ini datangnya daripada Ustaz Hasnan Abu Bakar. Kelmarin Ustaz terus bayar tunai... katanya takut Amie tak siapkan kek untuknya sebab sibuk layan tempahan yang lain. Ya Ustaz.... ini kek lapis Ustaz sudah siap. Esok pagi Amie bawa ke sekolah sebab sekolah kita ikuti program Jalan Ria 10 Ribu Langkah!
Kek yang lain ini semuanya milik kakak ipar Amie yang menempah sejak lama dulu.... dah lupa entah berapa minggu! Banyak kali dia pesan supaya Amie buatkan Kek Lapis Chocolate Peanut Butter sejak beliau menikmati keenakan Kek Lapis Bercorak itu. Wokey... kejap lagi bila Encik Suami sampai akan berpindahlah kek-kek ini ke rumahnya. Semoga semuanya berpuas hati dengan kek masing-masing.
Sedapnya..Lapor plk
BalasPadamMasyuk kak...nampak sedap kek lpis peanut butter tu.
BalasPadamhuhuhu..sedapnya, sampai kecur ummi tengok kek2 ni, hehe..
BalasPadamAssalam amie, cantik dan sangat kemas kek lapis tu, mcm yg beli , rajin n teliti betul amie membuatnya,rasanya kalo saya buat mesti tak sama layer tu, cantik, terliuer tgk kek2 lapis ni
BalasPadam