Pages

Ahad, 7 Julai 2013

Ayam Goreng Yogurt Berempah

Bertemu lagi di penghujung minggu.... sebenarnya tak terasa hadirnya hari minggu sebab sejak Amie kembali ke sekolah 2 minggu lepas, kami bekerja 7 hari seminggu! Macam-macam program yang perlu dilaksanakan sehingga terasa betapa berubah dan berbezanya zaman persekolahan dahulu dengan sekarang! Menjelang pukul 1 tengahari, barulah dapat menjejakkan semula kaki ke dalam rumah! Nampak gayanya kenalah jadikan "Sekolahku Syurgaku"......


Apa pun, bila berada di rumah kesempatan untuk masak tetap tidak dilepaskan biarpun sekadar menggoreng ayam. Petang tadi sambil melapis lagi kek, Amie masak sekali harung untuk hidangan keluarga. Semenjak dua menjak belakangan ini asyik makan nasi berkat yang dibawa Encik Suami dari tempat kenduri, rasa teringin pula makan masakan sendiri. Amie buat Ayam Goreng Yogurt Berempah. Enak sekali! Lembut isi ayam, dan seakan berjus! Amie perap selama 1 jam dalam peti sejuk dan kemudian goreng sejuk-sejuk.

Resepi : Ayam Goreng Yogurt Berempah
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
8 ketul daging ayam
2 sudu makan yogurt asli
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 batang serai
2cm halia
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis


Cara:
1. Perap daging ayam bersama semua termasuk bahan kisar  kecuali minyak. Biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam.
3. Goreng ayam yang diperap tadi hingga masak.
4. Angkat dan toskan.
Ratah begitu saja pun sedap! Amie hidangkan bersama sambal belacan dan sup sayur!


12 ulasan:

  1. salam MIe
    bak sikit ayam tu nak ratah2 saja sbb dah malam ni tkleh makan nasi dah ni

    BalasPadam
  2. Anak2 bujang ummi sangat suka ayam goreng, lepas ni bolehlah ummi cuba resipi amie ni pulak.

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak ayam goreng yogurt ni kak...terliur sudah..

    BalasPadam
  4. minta resepi ye nak buat lauk dalam bulan ramadan ni nanti.

    BalasPadam
  5. Menarik resepi ni...ade rase yougart masam2 yea kak amie?

    BalasPadam
  6. nyummy3....sedapnya,nak2 lg dpt 3 ketui sorang....hihihi

    BalasPadam
  7. Mulalah kakak membayangkan nanti di bazar ramadhan kalau ada jual kakak nak beli ajelah.. kakak ni malas nak buat Amie. Tengok Amie punya aduhai...

    BalasPadam
  8. salam amie..
    ayam goreng tu nampak betul2 menggiurkan.. biarpun hanya ayam goreng.. tp dah cukup menyelerakan buat anak2 madiha terutamanyalah..

    p/s: simpati atas kejadian yg menimpa encik suami.. sabar byk2 ye amie.. dugaan kecil dariNYA..

    BalasPadam
  9. Anak2 kak Zai suka makan ayam goreng bolehlah kak Zai mencuba.Tq.

    BalasPadam
  10. assalam Amie..memang nampak sedap ayam goreng amie ni..boleh cuba nanti ni amie..

    BalasPadam
  11. assalam k.amie
    ayamt yg sedappp he hee ayam sentiasa
    jadi pilihan anak2 kan

    BalasPadam
  12. gerenti enak mbanget ki...wong tuek pun sukan ngeratah..bocah2 laaagi..mayar..eheee..enak ei..

    BalasPadam