Alhamdulillah.... walaupun belakangan ini agak jarang online, tapi Amie cari juga kesempatan untuk berada bersama teman-teman maya tersayang. Bukan apa, masa terluang sudah dipenuhi dengan menyiapkan tempahan kek dari rakan dan keluarga terdekat. Bagaimana pun Amie tidak meminggirkan Segmen Meriahnya Dunia Masakan. Malah Amie sangat berterima kasih kepada semua warga MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, dan nampaknya bilangan ahli telah meningkat melebihi angka 5,000.
Di kesempatan keemasan ini Amie ingin tampilkan FAUDZIYAH HAJI ARIFFIN dari blog INTAI-INTAI DAPUR FHA dengan paparan kek lapis Sarawak beliau yang sudah semestinya cukup enak! Kek lapis Sarawak memang unik, selain lazat kek ini sangat istimewa untuk dijadikan hidangan dalam apa jua majlis, terlebih lagi dijadikan buah tangan!
Faudziyah setakat ini telah menghasilkan 3 jenis kek lapis Sarawak dan setiap satunya memiliki rasa dan olahan yang tersendiri. Lihat sahaja Kek Lapis Masam Manis 3 Rasa di atas. Warnanya cukup menggoda selera bukan? Dan di bawah ini pula Kek Lapis Holiday Inn yang sangat cantik!
Pilihan warnanya memang mengundang selera untuk terus menikmatinya, dan potongannya yang berbentuk piramid menampakkan kekemasan hasil air tangan beliau. Dan kepada sesiapa yang tercari-cari resepi Kek Lapis Sisik Ikan, bolehlah renng-renung bentuknya di bawah ini. Jangan buang masa, terus terjah ke dapur Faudziyah untuk mendapatkan resepinya dan belajar cara menyusun buah asam manis untuk dibentuk sebagai sisik ikan!
Terima kasih daun keladi buat Faudziyah Haji Ariffin kerana sudi mengirtim dan berkongsi resepi dalam kumpulan Meriahnya Dunia Masakan. Semoga apa yang Faudziyah sumbangkan akan memberi manfaat buat rakan-rakan yang lain. Bagi anda yang masih tercari-cari resepi kek lapis Sarawak, cubalah terjah bloh Faudziyah untuk mendapatkan resepinya. Bulan Ramadhan hampir menjelma, bulan Syawal pasti akan menjelang tiba kemudiannya. Apa kata kita cuba-cuba melapis, mana tahu untung sabut cantik dan menjadi... bolehlah dijadikan hidangan buat tetamu di hari raya nanti.
semua kek lapis beliau menarik..:)
BalasPadamsmuanya cntik dan menarik...
BalasPadamCantik..bilalah nk ada kerajinan melapis camni..kak amie dah mengorak langkah tuh...
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadampenah juga buat kek lapis 3 rasa tu..memang perlu banyak kesabaran buat..lama..tapi hasilnya cantik dan rasanya pun sedap..lagipun ipar saya selalu belikan kek lapis sarawak sebagai ole2 kalau balik sabah..
Salam,
BalasPadamTerima Kasih yang tak terhingga kepasa AMIE kerana tolong promote kan blog saya...
Untuk makluman Amie dan sahabat-sahabat semua, sebenar nya saya masih dalam proses belajar, Saperti kanak-kanak di tahun 3, masih jauh lagi perjalanan kehadapan untuk menuju puncak (PUNCAK ? heheheh...)
Keinginan untuk belajar melapis ni, sebenarnya timbul bila tengok kek hasiltangan kawan-kawan semua. Dari situ mula teruja untuk belajar.
Walau bagaimana pon kek yang terhasil tu, tak lah secantik dan serapi mana pon tapi hasil nya memang berbaloi, sedap. Yang penting semasa melapis ni kita perlu bersabar... betulkan Amie.
Zila,
BalasPadamkemas je hasil tangannya kan Zila.
Asyifa,
suka saya tengok.
Lina,
sampai masanya nanti datanglah juga kerajinannya tu Lina he heheh
Bbwana,
BalasPadammemang sedap.. kek lapis memang sedap, lagilah yang fresh...dan rasa yang manis2 manja gitu.
Faudziyah,
sama-sama kasih....
samalah kita, kalau Faudziayh macam kanak2 3 tahun, saya baru nak belajar merangkak he he ehh... tapi sebab minat, suka tengok hasilnya... redah ajelah ye.
tgh mencari sukatan bahan kek lapis holiday inn untuk loyang 10 inci..ada tak?..
BalasPadam