Pages

Selasa, 2 Julai 2013

Asam Rebus Ikan Tenggiri

Enaknya menikmati hidangan tengahari dengan sepinggan nasi putih panas berlaukan Asam Rebus Ikan Tenggiri. Masukkan sekali kacang bendi dan belahan tomato. Cukuplah, tak perlu lauk lain lagi.



Resepi : Ikan Tenggiri Masak Asam Rebus
Olahan  : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
7 biji kacang bendi - buang tangkai & ekor
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Maukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.



Bismillah...

11 ulasan:

  1. salam kak amie..

    saya ni peminat asam rebus ni..memang best kan dapat hirup kuah..tambah lada kasi pedas lagi baru best..menambah nasi..hihi..

    BalasPadam
  2. Segar tuh Kak amie lauk macam ini.. gawat diet bisa gagal..hehe

    BalasPadam
  3. Salam Amie
    kalau tak selera mkn, dpt lauk ikan asam rebus gini laju suap...
    nengok ke lapis kat bawah...kemas lapisan keknya....

    BalasPadam
  4. assalamualaikum amie..
    sibok ngan anak kecil, memang menu ringkas tapi terangkat camni yang kita nak cari... almaklumlah.. depending to mood jugak kan.. :)
    asam pedas ni kalau asben nani dia makan bukan takat mak mertua lalu dia tak nampak.. dengan nani skali.. dia tak nampak.. :P hahahah memang feveret food dia ni..

    BalasPadam
  5. menu ringkas yg menyelerakan....hirup kuah pun sodap...!

    BalasPadam
  6. salam kak amie.. sedapnya dan ringkas

    BalasPadam
  7. lauk asam rebus ni memang sedap makan dengan nasi panas2 kan Amie, tapi ummi lambat sampai mesti dah sejuk ataupun mesti dah abih kan, hehe..

    BalasPadam
  8. Salam k.amie.. Lauknye nmpk sgt menyelerakan.. Hihi

    BalasPadam
  9. Salam k.amie.. Lauknye nmpk sgt menyelerakan.. Hihi

    BalasPadam
  10. Menu sihat ni..
    Mak kak eila rajin msk asam rebus ni..

    Lg musim panas ni..

    Slm perkenalan..
    Ada masa meh le jln2 byummufayyadh.blogspot

    BalasPadam