Pages

Ahad, 30 Jun 2013

Trio Layer Kek & Tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis

Encik Suami order kek lapis daripada Amie. Ulang ayat... Encik Suami order kek lapis daripada Amie! Tak salah lagi ayat tu... memang benar... ternyata benar dan tidak bersalahan lagi! Apa dah jadi hah? Duduk serumah, tidur sebilik, makan pinggan masing-masing tapi bila ada kes di dapur main order-order pulak!


Alkisahnya Encik Suami ingin sponsor kek lapis sempena majlis kenduri yang akan diadakan di rumah adik ipar Amie (adik Encik Suamilah tu), pada hari Selasa yang akan tiba 2 hari lagi dari hari ini. Bila dia nampak kita sibuk melapis, dia pun minta Amie buatkan sebiji. Amie pun dengan penuh semangat ingin mencuba dan mencungkil bakat serta kemahiran diri menerima pesanan Encik Suami yang dibuat ketika kami sembang-sembang sambil makan kuih apam balik @ terang bulan.


Bagaimana pun gambar kek lapis yang Amie paparkan ini bukanlah kek lapis yang akan dihantar ke kampung untuk majlis tersebut. Ini ialah versi percubaan! Haaa... baru ko tau ye.... Amie ini orangnya punya semangat ingin tahu yang tinggi untuk melihat hasil kejadian kek lapis yang Encik Suami pesan itu. Sebelum kek lapis yang sebenar dihantar kepada tuannya, terlebih dahulu Amie bereksperimen untuk melihat kemenjadiannya! Bukan kemenjadian modal insan saja seperti yang mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kata, tapi kemenjadian kek lapis pun mesti dijaga. Ini untuk memastikan mutu dan maruah kek lapis itu sendiri. Wah! Serius betul nampaknya Amie.... oh! Sudah semestinya... walaupun resepi dari Sarawak, kita yang di Sabah duduk berjiran ini mesti jaga nama baik Kek Lapis Sarawak ha ha ahhh.... betul tak? Ada gaya orang cerewet tak? Ada kan? Kan? Kan? Terasa pulak diri ini terlebih cerewet dari pelanggan yang setengah cerewet!


Sebab apa Amie jadi secerewet ini, dan lebih cerewet dari menyiapkan setiap lapisan kek lapis yang setengah orang kata rumit itu! Sebab... sebelum ini Amie tak pernah buat kek lapis jenis begini. Caranya sama saja, hanya melapis dan terus melapis sampai adunan habis dengan sekurang-kurangnya meluangkan masa selama 4 jam  atau lebih untuk menyiapkannya. Cuma... bezanya... ada bezanya kek lapis ini dengan yang Amie buat sebelum ini tau! Dengar baik-baik... betulkan tempat duduk anda, letak kaca mata anda dan yang terpenting pasang telinga anda. Kali ini Amie gunakan putih telur saja. Ha... itulah kelainan dan bezanya kek lapis ini. Ulang suara... Kali ini Amie gunakan putih telur saja. Nampak jakun bunyinya... tapi ada aku kisah? Hei... sebenarnya Amie tak berapa suka ayat ini : ada aku kisah? Inilah kali pertama Amie gunakan ayat begini dalam blog, dan harap untuk kali yang terakhir juga. Entah mengapa... memang tak berapa gemarkannya! Apalagi mengucapkannya dengan kata-kata. He he ehhh... itu Amie ye, bukan orang lain ye termasuk rakan-rakan yang sedang baca entri ini... dan itu pun kalau baca sepenuhnya!


Terdetik juga di hati kecil ini (ayat jiwang karat nih)... bahawa apa yang Amie lakukan ini bukankah membuang masa? Tapi... ada tapinya tau! Kalau tak buang masa tak dapatlah Amie ilmu baru. Ha... yang agak gelap sikit warna di bahagian lapisan bawah tu... lain kali untuk bakar kali terakhir, gunakan saja masa antara 7-10 minit api di bahagian bawah.... ini memang Amie kena ambil perhatianlah sebab kepanasan oven kita tak sama, masing-masing ada tingkahlakunya yang tersendiri. Sebenarnya bukan salah oven pun... salah Amie sendiri sebab tak berhati-hati baca arahan. Arahan kata guna suhu 100'C tapi amie guna 170'C! Alhamdulillah setakat ini oven Amie masih setia berkhidmat untuk tuannya, belum lagi timbul ragam-ragam yang tak diingini! Cuna tuannya saja yang selalu lalai dan leka berinternet semasa melapis.... haaa kan dah pecah tembelang! Iyelah... bosan menunggu 4 jam lebih depan oven, baiklah buat benda lain sementara menanti siap semuanya. Dah cuci pinggan mangkuk, sapu lantai, lap segala habuk, duduklah pula atas meja ngadap Mr Lappy!
Oh! Terlupa nak tulis kesimpulan untuk isi pokok 'buang masa'  di atas tu. Kesimpulannya, kalau tak buang masa dengan mencuba dulu resepinya, bermakna tak tahulah sedap tidaknya kek lapis ini. Kebetulannya kelmarin singgahlah 2 orang kakak ipar ke rumah kami. Nak tahu apa respon mereka? Walaaaaa... enak banget! Memang enaknya hanya yang  pernah makan saja yang tahu. Jadi... 'buang masa' Amie itu hasilnya berbaloi-baloi! Kalah harga sebiji Kek Lapis Cheese Masam Manis yang mewah dan kaya raya dengan keju dan krim keju itu!



Resepi? Boleh saja Amie kongsikan di sini. Tapi Amie tulis ikut versi asal dalam bahasa Inggeris. Bukan apa.... pssssssstttt! Hak cipta terpelihara! 

Resepi :Trio Layer Cake
Sumber : Sarawak Layer Cakes by Nor Asiah Tajul Urus

Ingredients A:
Hong Kong flour  - 200 g, sifted
castor sugar - 250 g - Amie hanya gunakan 50 g sahaja
horlicks powder - 100g
ovallete  1 1/2 tbsp /20g - gantikan dengan baking powder (pilihan)
egg whites 20 - grade A
kaya - 170g

Ingredients B:
butter - 350g
sweeteneg condensed milk - 4 tbsp - Amie gunakan 350g

Flavouring and Colouring:
green food colouring as desired
purple food colouring as desired - Amie gunakan pewarna merah
orange food colouring as desired

Amie kurangkan gula kastor, dan lebihkan susu pekat memandangkan ada tambahan kaya di dalam adunan ini.  Tapi terpulanglah citarasa masing-masing, sebab ada yang suka manis-manis manja ala-ala manis buah, dan ada yang suka maniiiiiiiisssss!



Method:
1. Combined ingredients A and B in a mixing bowl and mix well - nanti Amie terangkan di bawah.
2. Devide the remaining one - third of the batter into three equal portions. Mix each colouring into each portion.
3.Preheat oven to 200'C (400'F) for 15 minutes.
4. Grease a 20 x 20 x 10 cm (8" x 8" x 4") square baking tray. Line with greaseproof paper.
5. Scoop 5 tbsp uncoloured batter into baking tray. Bake until done and press with a cake presser. Repeat to make five layers.
6. Scoop 5 tbsp green batter over uncoloured layer. Bake until done and press with a zigzag mould - Amie tak ada zigzag mould, jadi gunakan saja penekan kek biasa... tak nampaklah zigzagnya.
7. Scoop 5 tbsp purple batter over uncoloured layer. Bake until done and press with a zigzag mould - Amie guna adunan warna merah.
8. Scoop 5 tbsp orange batter over uncoloured layer. Bake until done and press with a zigzag mould.
9. Repeat steps 6 to 8 two more times.
10. Repeat step 5. 
11. Bake entire cake at 100'C (212'F) for 10 minutes or until the edges of the cake are dry.
12. Remove from oven. Leave to cool before slicing and serving.

Nota kaki:
Menurut buku resepi yang Amie guna pakai, bahan A hendaklah disediakan berasingan dengan bahan B dan kemudian barulah dicampurkan dalam satu adunan. Adun dahulu bahan A dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Manakala bahan B pula hendaklah dipukul menggunakan high speed selama 10 minit atau sehingga berkrim. 

Wokey... cerita seterusnya tentang tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis lagi. Kali ini  tempahan untuk versi kukus pula


Ohooo... jangan kau pandang tepi-tepinya yang kurang lawa tu (nyanyi ikut lagu Ramli Sharif,  walaupun hodoh dipotong dimakan juga! Pandanglah isinya yang sungguh enak & mengancam jiwa raga seperti di bawah ini!


Ini versi bakar tapi versi kukus pun lebih kurang sama saja kejadiannya! Jangan pandang lama-lama ye nanti meleleh liur atas keyboard, Amie tak mahu bertanggungjawab! Semua tempahan ni orang punya, jadi Amie tak boleh nak potong-potong bagi kat korang pulak ye... he he ehh. Resepi pun Amie dah papar berkali-kali dalam setiap entri Kek Lapis Cheese Masam Manis. Cuba buat ye kalau ada kerajinan...
Ada pun Kek Lapis Cheese Masam Manis ini empunya miliknya ialah Cikgu Kamsiah Idris.


Terima kasih Kam, moga gembira bila melihat & membuka kotak kek ini di atas mejamu nanti! Dan happy belated birthday yang jatuh pada 29 Jun 2013. Moga bahagia selalu dan tambah ceria bila makan Kek Lapis Cheese Masam Manis yang ditunggu-tunggu ini.


29 ulasan:

  1. Assalam kak amie..terasa macam nk mengorder dr kak amie jugak la...cantik dan sangatttttt kemas hasil tgn kak amie ni.
    Semoga terus sukses n pasni kompom lagi banyak tempahan masuk...
    Suka2..ramai food blogger dah amek tempahan..

    BalasPadam
  2. kalau dah namanya cikgu tu kak amie... bercakap tak ada nokhtahnya tau :). cayalah, salute dengan kegigihan kak amie sampai 4 jam melapis...

    BalasPadam
  3. faa memang lah takkan buat kot kek lapis yg memerlukan tahap kesabaran yg tinggi macam kak amie! salute!!

    hasil experimen pon dah gojess, inikan pula the real punya kan...nak sangat rasa kek lapis kak amie tapi apakan daya, kita berjauhan..hehehe..dah laa fevret kek lapis ni. nyumnyum

    BalasPadam
  4. cantiknya Amie kek lapis ni.Ini dah rupa orang Pro ni bukan amator.Bersemangat nak buat kek lapis seperti ini tapi tiada orang yang order hikhik Pstt nnt Cm nak suruh en Suami Cm order lah n:)...terima kasih Amis sebab sudi berkongsi cerita dan resipi :)

    BalasPadam
  5. Sanggatttt kagum...cantik dan teliti...

    BalasPadam
  6. salam kak amie..

    wow..memang nda terkata tengok hasil kek lapis kak amie yang sangat cantik dan kemas lapisannya tu..

    BalasPadam
  7. salam...

    terasa jeles bila tgk lappisan kek yg kemas tu...
    geram dibuatny...

    BalasPadam
  8. kak amie meh nak muah2 sikit..nak kek tu ekceli..cantik dan kemas sungguh..plus nipis betul layer..zila kagum kak ketabahanmu itu..

    BalasPadam
  9. aduh cantik nya kek tu Mie jeles akak lah tak pernah buat pun makan je penah nak booking boleh tak

    BalasPadam
  10. salam
    cantik dan kemas lapisannya...

    BalasPadam
  11. alahai kak amie ku cayang..terguda sgt ni...like 1000x ni...yg lapis asam tu coraknya cantik mcm kain pelikat plak..

    BalasPadam
  12. Waa memang cantik kek lapis Amie ni, nampak pun sedap, macam ni bolehlah ummi order untuk raya ni, hehe..

    BalasPadam
  13. Salam kak Amie.. kek lapis y kak Amie buat msti sedapp...tgk jer dh tergoda nk rase..cantik kemas n usha kak Amie y sgt gigih...tahniah anda berjaya (",)

    BalasPadam
  14. salam k.amie...
    adehhh...mmg terliur la kak...nak mmbuatnya mmg x la...bnyk kejenya tu....rasa cam nak ode gak ni....bole ke anta smnnjung?

    BalasPadam
  15. Kakak rasalah Amie mereka yg pandai buat cake kalau duduk di sana laaagilah jadi pandai sebab itulah kek lapis sana memang femes. Kakak suka tak kiralah lapis jenis apa pun kalau dari sana rasanya lain - sedap:)

    BalasPadam
  16. Kalau amie dekat mahu saja kak Zai mengorder.

    Selalu juga kirim kalau ada keluarga yang ke Sarawak tapi bila tengok kek yang amie buat lagi mengancam.

    BalasPadam
  17. Kak amie.. itu dalam box sangkain mau di antar ke kuching..hihihi
    best yah customer nya husband sendiri boleh charge lebih lebih , cantik kak cake nya.. lalu kuning telur nya yang tak terpakai boleh buat lapis indonesian version yang hanya pakai kuning telur yang banyak ..hehe

    BalasPadam
  18. Assalam
    memang tabik spring he heee nampk sgt teliti. Bg sy bkn cerewet k amie. Utk hasil yg terbaik. Untung customer tu kalu dpt yg lagu ni tau
    Sy surender bab lapis2 byk camni, kuih lapis2 blh
    nk tunggu tu kena sabar lebih kan k amie
    apapun the besttt

    BalasPadam
  19. Assalam Amie. Apik bener + mengenceskan Ayah. Betul, maruah kek, negeri asalnya, + lebih penting pembikinnya, mesti dijaga. Kalau En. Suami yang order mungkin diskaunnya sampai 90%, ye?

    BalasPadam
  20. Lina,
    waalaikumussalam... sebelum ini tak pernah terlintas untuk terima tempahan, tapi nampaknya sekali orang tempah terus menyusul tempahan berikutnya...

    Cheq Sue,
    suka melapis Cheq Sue...4 -5 jam tu macam beberapa minit je rasanya bila lapisan terakhir siap!

    Faa,
    boleh Faa... belum cuba belum tahu, mana tahu tiba-tiba Faa jatuh cinta pulak nak lapis melapis.

    BalasPadam
  21. CikManggis,
    bila sekali buat dapat hasil yang memuaskan, memang rasa nak buat yang seterusnya... sebab seronok sangat!

    Geraugebang,
    terima kasih....

    Bbwana,
    terima kasih...

    BalasPadam
  22. Syapex,
    boleh cuba... ada resepinya tu.

    Norzila,
    kalau dah minat, dah suka... trempuh je segalanya ha ha ahhh.

    Nooriah,
    ala kak... sambila kakak memacarons, mengukis-kukis tu sambil-sambillah melapis - lapis he he ehh.

    BalasPadam
  23. Ady,
    terima kasih...

    Ummiaisyah,
    terima kasih banyak... ohh betul tu baru [erasan corak kain pelikat he he ehh

    Ummiross,
    terima kasih Ummi...

    BalasPadam
  24. Ahlia,
    terima kasih... alhamdulillah memang sedap hasil penggunaan bahan terpilih.

    Asyifa,
    terima kasih... he he ehh tak dapat nak jawab... jauhnya...

    Kakzakie,
    memang kek lapis sedap, lagilah kalau bijak adun dengan pelbagai perisa dengan rasa yang tidak terlalu manis.

    BalasPadam
  25. Kak Zaitun,
    belajar 2 melapis ni kak he he ehh...

    Melly,
    kek yang Indonesiaon version itu yang dipanggik kek lapis legit yah... bunakan telur kuning semua, tapi enak dong!

    Mama Sara,
    pada mulanya tidak terniat untuk jual kek lapis, tapi bila sekali kawan order, katanya sedap & puas hati rasa berbaloi2 pulak usaha kita... hilang penat melapis 4-5 jam!

    Ayah Temuk,
    waalaikumussalam... agaknya Encik Suami itu bak bagi seangat untuk nAmie melapis tu Ayah, sebab selama ini Aie tak terima tempahan daripada kawan-kawannya he he ehh.

    BalasPadam
  26. akak, nak tanya guna putih telur je tak keras ke kek

    BalasPadam
  27. Salam,

    Maaf ganggu, diharapkan kak Amie sudi reply soalan saya secepat mungkin, sebab nak buat kek lapis trio hari ini.


    1} Bahan A hanya perlu pukul hingga sebati atau hingga betul-betul kembang?

    2} Boleh saya tahu jika kek ini rasa kemanisannya sedang2 atau agak manis?

    3} Betul ke kalau nak buat kek lapis, tidak digalakkan untuk gris keseluruhan tepi loyang, sebab kek di bahagian tepinya akan mengecut?

    Terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  28. Sona,
    aduhaaaaiiii.... saya dah lama tak buat kek ni, dah tak berapa ingat manis apa, tapi rasanya taklah terlalu manis, terpulanglah pada citarasa awak, nanti saya kata manis, awak rasa tak manis macamana?
    Yang kedua tu, ikut sajalah apaa yang ditulis dalam resepi tu, tapi janganalah salahkan saya kalau resepi (menjadi atau sebaliknya) sebab saya pun ikut resepi orang (buku masakan).
    Yang ketiga tu, terpulanaglah.... nak gris tau tidak, kalau saya memang tak gris sebab bahan adunan dah cukup berminyak (mentega) utk tidak terlekat pada dinding tin pembakar.
    Maaf, saya lambat balas sebab saya tak selalunya tengok ulasan pada entri lepas.

    BalasPadam
  29. Mona,
    saya buat tak keras, lembut gebu jerr

    BalasPadam