Pages

Sabtu, 29 Jun 2013

Pindang Ikan Bolu

Sejak tibanya bulan Syaaban, banyak benar Encik Suami dapat jemputan kenduri arwah. Puaslah makan nasi berkat berpinggan-pinggan dengan pelbagai lauk pauk. Tengahari tadi Encik Suami dengan Fairuz menghadiri majlis kenduri lagi.  Amie pula kenduri di dapur dengan masak Pindang Ikan Bolu!


Sedap je hirup kuah pindang. Makannya pula dengan nasi panas. Nak lebih pedas, picit saja cili padi yang sudah lembik kena rebus bersama ikan bolu tadi.


Antara pindang dan singgang kadang kala daku keliru. Dua-duanya masak berkuah. Untuk tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak yag prihatin sangat terhadap bahan yang digunakan dalam satu-satu menu (dan dikaitkan dengan namanya), Amie pun bersembunyilah di sebalik buku masakan Kompilasi Masakan Ikan Laut. Bukan apa weh.... pernah beberapa kali dipertikaikan resepi kita sebab katanya tak betul... walaupun kita tulis besar-besar dari mana sumber resepi yang kita dapat! Ada pun masih juga  ada salahnya walaupun empunya buku resepi tadi merupakan  salah seorang chef tersohor tanahair! Kalau dah masakan chef pun dipertikai... apatah lagi masakan dariku...aku ini anak orang kampung saja!


Resepi Asal - Singgang Ikan Lobak Putih (Amie punya Singgang Ikan Lobak Merah)
Sumber : Kompilasi Masakan Ikan Laut oleh Patonah Chai Choh

Bahan-bahan:
225 gram ikan tenggiri di potong kecil - Amie gunakan seekor ikan bolu dipotong 5
100 gram lobak putih dihiris - Amie gunakan sebiji lobak merah
750ml air
2 biji tomato - dipotong 6
3 biji bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dimayang
3 keping asam gelugur
1 sudu besar daun ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam & gula pasir secukupnya - Amie gunakan perencah MAGGI Cukup Rasa

minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit hingga naik bau.
2. Masukkan air, ikan tomato, daun ketumbar dan asam gelugur. Bubuh gula dan garam. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Masukkan lobak dan biarkan mendidih hingga ikan masak dan lobak empuk.


3 ulasan:

  1. salam kak..

    macamana pun pindang tu memang nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  2. Sedapnya ni kak....suka sangat makan pindang ikan bolu....suka lemak di bahagian perut....

    BalasPadam
  3. ikan bolu? faa xpernah dengar..first baca ingat akak buat bahulu...sebab org kg faa panggil bahulu kuih bolu..hihihi

    BalasPadam