Pages

Jumaat, 7 Jun 2013

Sambal Ikan Sardin

Amie ingin kongsikan satu menu ringkas tapi sungguh lazat! Jom nikmati sama Sambal Ikan Sardin. 


Resepi : Sambal Ikan Sardin
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 tin besar ikan sardin - Amie gunakan keluargan ADABI
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 biji tomato - cincang
4 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik
1/2 cawan bancuhan air asam jawa
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang, serai dan bancuhan air asam jawa. Masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan ikan sardin, bawang besar, dan daun limau purut.
4. Masak sehingga kuah pekat.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.




7 ulasan:

  1. yg ni memang saya angkat ibu jari.

    BalasPadam
  2. emmm... ikan sardin kalau masak apa pon memang sedap. my favourite tu...Amie

    BalasPadam
  3. terbaik la kak amie ..wani makan lauk ni dgn nasi dah ok dah x yah lauk len hii

    BalasPadam
  4. wah best nya sardin sambal, pedas2 mmg menyengat dua tiga pinggan mmg tak terasa ni

    BalasPadam
  5. Alamak..ada sadin la..nk msk ns br..kena ns panas br ngam...mesti standby kicap ni..nmpk gaya mcm pedas berapi!

    BalasPadam
  6. salam kak amie... mmg sekali sekala bila makan sardin mmg berselera.. tun pun jenis menumis segala bawang halia dan cili nk masak sardin ni.

    BalasPadam
  7. assalam k.amie
    ada sambal sardin ni kalau asben suka cicah dgn cekodok tepung
    sedappnya

    BalasPadam