Assalamualaikum.
Selamat pagi rakan-rakan pengunjung budiman. Pagi ini Amie tidak dapat kongsi resepi... he he ehhh rupanya gas habis! Firdaus pula tidur lena. Bila suasana sunyi sepi mencengkam, banyaklah yang dikenang, mengenang dan terkenang-kenang.... Malam tadi Encik Suami bercerita:
Baba nampak mama Farah menyapu air matanya sewaktu bertelefon dengan Farah. (Ini merujuk kisah pada malam kami pulang menaiki feri dari Labuan ke Menumbok) Kebetulan mama Farah duduk berhampiran kami.
Sedih sangat Baba nampak mama Farah... tak sampai sehari tinggalkan anak, sudah menangis.
Oh! Sepanjang perjalanan pulang ke Lahad Datu, banyak kali airmataku berderai, tapi Encik Suami tidak nampak kerana Amie meriba Firdaus, dan Encik Suami menumpukan perhatian semasa memandu. Dia hanya nampak Mama Farah (Farahain yang menangis), tapi tak perasan Mummy Farid (Faridzuan) banjir di sebelahnya!
Jom cerita lain pulak...
Ini gambar perpustakaan mini yang baru Amie ambil sebentar tadi. Nampak masih serabut dan belum siap sepenuhnya. Sebenarnya tugas mengemaskini perpustakaan ini dilakukan oleh Farid. Kami ubahsuai ruang dapur lama memandangkan bilangan buku yang semakin bertambah. Sebelum ini perpustakaan mini terletak di tingkat atas bersebelahan dengan bilik tidur anak-anak. Setiap hari Farid akan membawa turun buku-buku dari tingkat atas untuk disusun di perpustakaan mini yang baru ini. Bagaimana pun hanya sebahagian sahaja yang mampu Farid kemas.
Amie pun tidak sempat memantau setiap susunan buku dan majalah memandangkan sibuk dengan si kecil Firdaus. Bakul-bakul bunga dan sebagainya masih lagi bersepah-sepah.
Sesekali bila lapang Encik Suami sempat juga membantu melekat-lekatkan hiasan dinding.
Encik Suami cadangkan supaya buang sahaja buku-buku yang lama... tapi Amie sayang nak buang! Memang nampak masih serabut, tapi kalau dikemas sedikit demi sedikit tentu sedap mata memandang dan tidak seperti keadaan sekarang.
Farid sangat menyayangi koleksi novelnya. Ini antara koleksi novel-novelnya.
Walaupun Farid tahu adik-adiknya tidak membaca novelnya kerana memang kurang minat membaca bahan bacaan, tapi Farid (sehari sebelum berangkat ke Labuan) pesan supaya novel-novelnya tidak dirosakkan.
Sebelum kami meninggalkannya di asrama 4 hari lepas, sekali lagi Farid meminta supaya adik-adiknya tidak merosakkan novel-novelnya.
Selain menjaga novelnya, Farid juga meminta supaya adik-adiknya terutama Fuad tidak membuat sepah di dalam biliknya. Ini kerana walaupun masing-masing ada bilik sendiri tetapi kalau malam Fuad dan Fairuz suka tidur di bilik Farid. Tadi, Amie sempat jenguk bilik Farid. Memang agak bersepah kerana terdapat tuala mandi yang lembap terletak di kaki katil! Memang tak lain tak bukan kerja Fuad sebelum ke sekolah pagi tadi!
Ada lagi sebahagian koleksi novel Farid yang terletak di atas meja belajar dalam biliknya.
Sempat ambil gambar koleksi piala yang diterimanya sejak dari sekolah tadika. Farid menghabiskan pembelajarannya sewal usia 2 tahun di Tadika Chang Quing (Tadika Evergreen), bersekolah di SJK (C) Yuk Choi sebelah pagi sehingga tamat UPSR, dan juga belajar di Sekolah Rendah Agama sebelah petangnya.
Anugerah Cemerlang SPM 2012 merupakan hadiah terakhir Farid terima dari sekolahnya pada April 2013 yang lepas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
Farid juga menyusun atur buku-buku resepi Amie di rak bahagian dapur kering.
Ada satu lagi pesanan Farid untuk adik-adiknya (baru teringat).... Jangan curi duit tabungnya! He he ehhh.... entah di mana tabungnya, Amie tak sempat nak ambil gambar!
Banyaknya Buku..Sy Suka Baca Novel...
BalasPadamhttp://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html
Bestnya ada perpustakaan mini. Banyak nya buku. Tak der lah nampak serabut. Nampak kemas jer ☺☺
BalasPadamaduh kak....bujang akak ni minat baca mcm2 ye...novel pun ada tu...pyah nak jumpa bdak2 remaja lelaki minat bca novel...
BalasPadamsalam k.amie….wah banyaknye novel2 anak teruna akak. mesti penyayang & rapi orgnya si farid ni. pastu pandai plak. sejuk perut akak mengandunkan dia. btw suke la color putih tu (kalau anak2 dah besar blh apply kat rumah kami nanti2 blk msia,hehe)
BalasPadamMmg si farid ulat buku..byk koleksi novel2 dia ya..buku pulak be rak2 byk tu...
BalasPadamrajinnya bujang sulong mu kak..kalah bibik Rohah ni nak ngadap novel,rajin baca buku resepi adele...hehe..bagus ada perpustakaan mini cam ni...
BalasPadamkemas jew umah kak amie..suka tgok..
BalasPadamFarid memang kemas ea orangnya..untuk betul ibu dia..hehe.. banyak juga buku..
BalasPadamBestnyee ade library sdnri kak amie
BalasPadamWAHHHHHHHH.. terujua nye ena tgk library tu... tingin juga.. tp rmh kami terhad la pulak... huhu...
BalasPadamBnyaknya buku...
BalasPadamSuka tengok buku2 tu..kemas dan tersusun rapi jer...
Assalam amie...
BalasPadambanyak nye buku... rumah amie kemas.. english style gitu.. cantek.. :) nampak sipi2 dapor kat situ.. kemas nye.. seronok ada rumah besar ye.. :) rak buku susun atur semua cantek.. walaupun tak kemas di mata amie.. nani teruja tengok.. :) buku amie pun banyak... hehee
Salam sayang kak amie...banyaknya buku-buku dan trophy kat umah kak amie ni...suka mieza tengok..kalau kat umah mieza masyaAllah bersepah2..rasa macam nak gi library kak amie ni dan nak pinjam buku cerita yang berlambak tu hahaha..tahniah adik farid di atas kecemerlangan spm tahun lalu..semoga menjadi pendorong buat adik2 especially si kecil yang sgt kiut itu...sampaikan peluk cium mieza buat baby firdaus..gerammmm
BalasPadam