Pages

Khamis, 23 Mei 2013

Nasi Beriyani Timbus

Assalamualaikum.
Pagi tadi Amie putuskan untuk menunggu  Encik Suami membawa pulang nasi bungkus sebagai santapan tengahari memandangkan kehabisan gas di dapur! Bila Amie telefon Encik Suami, katanya paling cepat boleh sampai rumah pukul 3.45 petang! Alamat kebulurlah anak-anak yang balik sekolah kalau terpaksa menunggu begitu lama! Tapi memikirkan ada makanan ringan dalam simpanan, sekurang-kurangnya anak-anak masih boleh menahan perut seketika. Mmmmmm... agak kalut juga Amie sekarang ini kerana pengasuh Firdaus tidak datang, manakala Farid yang menjadi orang harapan di rumah pulah nun jauh di Labuan. Sambil duduk di sebelah Firdaus yang kadang-kadang merengek, Amie belek-belek majalah RASA keluaran Mei 2013. Tiba-tiba terpandang resepi Nasi Beriani Timbus! Yang menariknya ialah kerana semua bahan dimasak sekali dalam rice cooker. Apalagi.... Amie pun dapat idea. Tak semestinya kehabisan gas, kita tidak boleh masak!


Tanpa menunggu lebih lama, Amie cepat-cepat keluarkan daging ayam dari peti sejuk. Nampaknya semua bahan yang tersenarai dalam resepi ada dalam simpanan termasuk minyak sapi, kentang, rempah beriyani, daun pudina, daun ketumbar dan segala bahan lain yang diperlukan. Amie buat sedikit tambahan dengan menyediakan acar mentah. Maklumlah tekak kita ini kalau sudah bertemu dengan lemak-lemak, teringin pula yang masam manis!


Dengan penuh gembiranya Fuad berkali-kali memuji  'panjang akal' Amie itu! Katanya, beruntung betul dapat Mummy macam Amie! Iyelah tu... kalau rasa sedap, habis dipujinya kita! 


Resepi : Nasi Beriyani Timbus
Sumber : Majalah RASA Mei 2013

Bahan-bahan:
500 gram beras basmathi - Amie gunakan 5 cawan sukatan cawan rice cooker
200 gram daging kambing dipotong kiub - Amie gunakan 700 gram daging ayam dipotong 10
100 gram bawang besar - dihiris
80 gram bawang putih - dihiris
50 gram halia - dihiris
10 gram daun pandan - disimpul
20 gram daun bawang - dipotong
20 gram daun pudina dipotong
5 gram kulit kayu manis
5 gram buah pelaga
5 gram bunga lawang
5 gram bunga cengkih
20 gram cili merah - belah dua
20 gram cili hijau - belah  dua
80 gram rempah beriyani
200ml susu cair
100ml minyak sapi
50ml minyak jagung
350ml air - Amie gunakan 5 cawan sukatan cawan rice cooker
gara dan gula secukup rasa
7 biji telur rebus
200 gram ubi kentang - direbus dan dibelah 4 - Amie tak rebus, sebaiknya masak sekali bersama daging ayam
sedikit pewarna kuning

Cara:
1. Dalam sebuah periuk, masukkan minyak dan tumis daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan daun pudina. Kacau hingga wangi.
3. Masukkan bahan yang dihiris, rempah beriyani dan masak hingga naik bau.
4. Masukkan daging kambing / ayam, susu cair, garam, air dan gula secukupnya - Amie masukkan sekali ubi kentang.
5. Gaul rata hingga daging / ayam lembut.
6. Akhir sekali masukkan beras (dan ubi kentang yang direbus). Gaul dan masak hingga kering.
7. Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan dan dihias.


 Beginilah rupa Nasi Beriyani Timbus hasil air tangan Amie.


10 ulasan:

  1. salam
    mmmg npk sedap nasi beriyani timbus ni ..

    BalasPadam
  2. salam kak amie..

    memang idea yang sangat bernas bila kehabisan gas kan kak..heheh..apapun, nasi briyani timbus ni sangat menarik resepinya kerana semuanya masak sekali..

    BalasPadam
  3. senangnya sekali masak mcm tu ^-^ nampak enak nanti boleh cube ^-^

    BalasPadam
  4. menarik ni. timbus semua sekali :-)

    BalasPadam
  5. Teringat zaman kerja dulu,time bulan puasa masak guna rice cooker...goreng ayam,tumis syur...semua guna rice cooker...xde dapur..gas habis bukan alasan dapur x berasap kan..:-)nampak mudah nasi berini timbus tu..sedap!

    BalasPadam
  6. Walah...nggayah nak koyo iki...walo berderet senarei bahanei..tp nak sekali timbus, dhadhi penaklah yo...lagi2 nak kito sibuk...

    BalasPadam
  7. aduh kak amie main timbus bagai..sentap jiwa zila la akak..ada lagi x

    BalasPadam
  8. ptut nmanya gitu ye...main timbus2...pastu siap..hehe...

    BalasPadam
  9. Nak jadi ibu2 memang kena panjang akal. Bila nak masak itu takde ini takde, kena cari idea betul tak Amie. Tapi kalau kakpb, idea mengejut gini, tak kuasa nak buat nasi briyani walaupun kesukaan anak..hehe

    BalasPadam
  10. timbus2 pun nampak sedap bangat nih!

    BalasPadam