Pages

Selasa, 21 Mei 2013

Sepanjang Jalan Kenangan

Assalamualaikum.
Nampaknya  masuk hari kelima Amie's Little Kitchen tak berasap! Apa pun syukur Alhamdulillah segala urusan pendaftaran Farid berjalan lancar.  Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada pukul 1.30 tengahari dan berhenti sebentar di Kundasang. 


Gunung Kinabalu masih diselaputi awan. Cuaca mendung ketika kami sampai dan seperti dalam perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum ini, Amie tidak dapat merakam bentuk Gunung Kinabalu.


Bila dikenang kembali, sepanjang perjalanan pergi dan balik, kami mengambil masa kira-kira 4 hari 3 malam!  Bayangkan ... kami mula bertolak dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada 17 Mei 2013 bersamaan pada pagi Jumaat seawal pukul 6 pagi. Bermalam di Tanjung Aru, dan keesokan paginya seawal 6.30 pagi bertolak dari Kota Kinabalu ke Menumbok untuk menaiki feri ke Labuan. Menjelang petang baru kami tiba di tempat penginapan. Setelah urusan pendaftaran selesai pada tengahari Ahad, kami bersiap sedia untuk kembali ke Menumbok dan seawal pukul 4 petang kami sudah berada di jeti. Feri Wawasan Perdana berlepas dari Labuan pada pukul 8.30 malam dan tiba di Menumbok pada pukul 10.15 malam. Kami bertolak ke Kota Kinabalu dan sampai ke Seapark Condotel Tanjung Aru tepat pukul 12.15 malam! Memandangkan badan yang telalu letih, Encik Suami tidak bercadang untuk bertolak ke Lahad Datu pada sebelah pagi. Setelah cukup rehat, kami berangkat pada pukul 1.30 tengahari dan berhenti sebentar di Kundasang. Perjalanan diteruskan menjelang pukul 5 petang, dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah di Lahad Datu pada puku 10.30 malam. Jadinya, kami meninggalkan rumah pada pagi Jumaat dan kembali ke rumah pada hari Isnin malam Selasa.


Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan kami.... syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat! Bila dikenang kembali, memang rasa seribu syukur kepada-Nya kerana ada insan lain yang terpaksa menempuh kesulitan semasa menghantar anak ke Labuan. Rupanya ada di antara mereka terpaksa berembun di jeti Menumbok kerana tidak mendapat tempat untuk menaiki feri. Maklumlah, mereka tidak menempah lebih awal. Ini mungkin disebabkan mereka tidak biasa menaiki feri dan prosedurnya. Ada yang hendak membawa kereta ke Labuan tetapi terpaksa tinggalkan kereta di jeti kerana tidak ada ruang untuk letak kereta dalam feri. Ingatkan kesulitan yang dihadapi hanya setakat di jeti tetapi di Pulau Labuan mereka juga menghadapi masalah! Tidak ada hotel dan tempat penginapan yang kosong! Ada di antara ibu bapa yang terpaksa bermalam di masjid, dan ada yang tidur di kereta!


Sebahagian kecil penumpang feri berada di tingkat paling atas. Ramai yang keletihan dan ada yang tidur melepaskan lelah, maklumlah sebahagian besar penumpang feri mempunyai tujuan yang sama dengan kami... hantar anak ke kolej. Dan untuk kenang-kenangan, Amie rakam gambar Ecik Suami sedang meriba Firdaus yang lena tidur disapu angin laut yang dingin. Yang berbaju oren di sebelah Encik Suami itu... Fairuz!


17 ulasan:

  1. sukarnya mencari ilmu ye amie.. mcm2 yg perlu dilalui... jauh betul perjalanan tu.. harap mereka semua dpt menyesuaikan diri ditempat baru & dpt menimba ilmu sebaik mungkin...

    BalasPadam
  2. assalam Amie.lama jugak kan Amie..kalau nanti Farid balik bercuti..perjalanan baliknya lama macam jugak ke amie

    BalasPadam
  3. Madiha,
    betullah kata orang... ilmu itu perlu dicari... rupanya banyak yang perlu ditempuh sebelum mendapat ilmu

    Acik,
    kalau naik kapal terbang kena turun Di KK DA NAIK LAGI SATU PENERBANGAN KE LABUAN,
    KEJAP JE NAIK FLIGHT, TAPI SUAMI JNAK BAWA KERETA KE LABUAN, TU PASAL KENA NAIK FERI BAGAI TY...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum... amie... baru nak tengok en.firdaus si kecil umi... dah nampak dia.. walaupun jauh.. keletihan semuanya termasuk firdaus.. rupanya crowded gitu ye nak naik feri ke sana.. alhamdullillah.. perjalanan yang sukar tapi selamat akhirnya..

    BalasPadam
  5. Assalam amie,perjalan yg terpaksa meredah lautan demi ilmu di masa depan, rasanya kalo cuti sekejap agak susah juga lah utk farid blk ke lahad datu, jarak yg jauh nak belanja pun nakkena bykjuga tu kalo naik flight. Setahun ke farid kat labuan amie.

    Perjalanan yg di rancang memudahkan perjalanankan amie

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah selamat semuanya..byk dugaan nak tuntut ilmu..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah smuanya slamat kak..smoga terus berjaya hgga ke menara gading..letih btl firdaus kan..

    BalasPadam
  8. Jassnani,
    waalaikumussalam,
    agaknya ada macam2 jenis feri Nani. Masa pergi Brunei dulu Amie naik feri ekspress khas bawa penumpang, duduk macam dalam bas ekspress. Ni sebab feri bawa kereta sekali, bawa lori besar2..suami sempat kira malam tu dari tingkat atas, kereta kecik 35, kereta besar 80, tak termasuk lori2 besar...

    Rosa,
    kalau time perayaan memang harga tiket flight ikut melambung Rosa, terpaksalah naik flight dari labuan ke KK, lepas tu naik lagi dari KK ke Lahad Datu. Kalau nak jimat terpaksalah naik feri dari Labuan KK, naik pula bas ekpress dari KK ke LD... adeeehhh penatnya..

    Norzila,
    alhamdulillah.. mudah-mudahan terang hatinya belajar di sana.

    BalasPadam
  9. Salam Amie...atie baca kisah perjlnan Amie ni pon penat..inikan pula Amie yg pergike sana dgn bawa baby lagi.Alhamdulilah,dah slmt sampai kerumah.

    BalasPadam
  10. Zila,
    syukur alhamdulillah... letih kita letih orang dewasa ye Zila, letih Firdaus letih baby... kesian betul dia!

    BalasPadam
  11. Azatie,
    panjang sangat kisahnya ye Tie sampai penat baca... atau begitu menghayatinya seolah2 berada di tempat Amie he he ehhh...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, urusan Amie dipermudahkan Allah SWT,berkat Firdaus baby comel tu agaknya.
    Seronok pulak baca pengalaman Amie yang panjang ni, macam kembara di bumi Sabah pula rasanya.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum akak amie....
    Wah knp smpi dok kat luar tu akak? Kat dlm dah penuh ye akak? Sebenarnya kalu naik feri menumbok tu kena tau tekniknya jika kita ikut semasa ramai penumpang... Kasihan si kecik tu... Malam2 kena tdo kat luar... X sejuk ker? Huhuu... Tu yg diana kurang suka bawa keta p kk sbb pelbagai cabaran kena tempuhi utamanya feri lewat smpi... Kena tunggu lama .... Kalu kami p kk naik flight lepas tu sewa keta kat kk... Lebih mudah...

    Anak akak sek kat labuan yer..

    BalasPadam
  14. Adda,
    meh datang sini sementara masih sejuk....

    Ummiross,
    memang mengembara dari hujung ke hujung Ummi...syukurlah semuanya selesai, Firdaus naik rentung mukanya bila sampai ke LD he hehh.

    Diana,
    waalaikummussalam...
    sebenarnya Kak Amie cadangkan naik flight saja, tapi suami nak bawa kereta. Tak sangka pula begitu punya ramai orang nak daftar anak ke Labuan ikut Menumbok. Paling teruk hari Sabtu, sebab panas sangat.. tu yang kesian betul si kecik tu. Belah malam dari Labuan ke Menumbok kira okey sebab tak panas. Tapi memang feri tak menepati masa, patutnya bertolak pukul 7... 8.30 malam baru jalan. Hari Sabtu pun sama.. patutnya pukul 11.30 tapi 12.40 baru bertolak ke Labuan!

    BalasPadam
  15. saya pula akan bertolak ke KL pada Sabtu ini 25 mei dan pada balik hari Selasa, makan masa 4 hari juga tu padahal kat Neg.Sembilan sahaja!sebenarnya terasa sayu nak tinggaikan anak.sebab tu kami mengambil keputusan tidak pulang terus pada hari pendaftaran.

    BalasPadam
  16. Suzana,
    memang rasa berat hat nak lepaskan, gelisah, risau dan macam2 lagi.. tapi apa boleh buat, inilah masanya untuk anak kita belajar berdikari... usah sedih2 ye Suzana... tapi kita pun sedih juga heheheeee

    BalasPadam