Pages

Isnin, 20 Mei 2013

Kau Kepingan Hatiku Yang Mesti Kulepaskan

Assalamualaikum.
Kami tiba di Menumbok pada pukul 10.15 malam dan terus memandu ke Kota Kinabalu menuju ke Condotel Seapark, Tanjung Aru menjelang pukul 12.15 tengah malam. Mata belum mahu lelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 malam / larut malam / dinihari.....  entahlah! Sesekali menitis air mata dan bertambah sukarlah untuk melelapkan mata.....


Farid & Fairuz

Harap Farid dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di Kolej Matrikulasi Labuan. Pagi tadi seawal pukul 5.50 pagi Encik Suami telah menghantarnya untuk pendaftaran pada pukul 7 pagi. Rupanya sejak pukul 5.30 pagi memang sudah ada pelajar yang sudah berbaris menunggu masa untuk mendaftar! Kami difahamkan pelajar dari Sabah dan Sarawak sahaja berjumlah sekitar 3,000 orang manakala dari semenanjung (sehingga pukul 11 pagi ) 25 orang pelajar telah mendaftar. Keadaan memang penuh sesak dengan ibu bapa dan kenderaan. Syukurlah... kami mengambil keputusan supaya Encik Suami sahaja yang menguruskan pendaftaran Farid dan setelah selesai Encik Suami mengambil Amie, Fairuz dan Firdaus di homestay untuk bertemu dengan Farid sebelum kami pulang.



Sempat berposing dengan Firdaus!



Sementara menunggu ketibaan feri dari Menumbok, sempat merakam gambar suasana menjelang senja di jeti Labuan.



Hari ini Firdaus tidak mengamuk seperti kelmarin! Malam tadi tidurnya lena. Tapi.... memang susah nak tangkap gambar melihat dia buka mata. Walaupun menjelang senja... dia tetap lena di pangkuan Babanya.


Merakam suasana senjakala di pelabuhan.



Akhirnya yang ditunggu dah tiba.... Feri Wawasan Perdana tiba pada pukul 6.30 petang... hampir malam!



Bila feri mula merapat ke jeti, tiba-tiba hati rasa sangat sayu. Feri meninggalkan jeti  sekitar pukul 8.20 malam.



Pulau Labuan semakin jauh ditinggalkan..... 



Kutinggalkan bersama kepingan hatiku...... 

10 ulasan:

  1. iwan dah nak masuk matrik..hehe..harap semuanya berjalan lancar.. ^^

    BalasPadam
  2. Tahniah! Semoga terus tabah. Belajar rajin-rajin ya. Yang si ibu pulak, jangan la sedih sedih. Firdaus kan adaaa... hehehe

    BalasPadam
  3. ummi pun dapat merasakan kesayuan hati Amie, begitulah perasaan ummi ketika menghantar bujang sulung ke UTP dan kami pula terpaksa berpindah ke Sarawak, sampai hari ni bila diingat masih terasa sayunya. Sabar ye Amie, kuatkan semangat, tahniah buat anak bujang Amie, moga terus sukses.

    BalasPadam
  4. tahniah kak amie atas kejayaan anak..xpe kak t leh g jenjalan kat sana selalu sambil tengok abg kt matrik tu ye..

    BalasPadam
  5. Tahniah Kak Amie untk anak bujangnya....rajin2 belajar..

    BalasPadam
  6. Tahniah utk bujang ..semoga terus cemerlang..harap si ibu dapat melepaskn anaknya berjihad dgn hati yg tenang..belajar pun di kira jihad..

    BalasPadam
  7. assalam Amie..memang sedih nak berpisah ngan anak...suka acik baca n3 dari mula amie nak menghantar anak ke matrik

    BalasPadam
  8. tahniah tuk k.amie sekeluarga...moga abgnya beljar rajin2...jdi idola tuk adik2nya nnti...
    sabar ye kak.....hati seorang ibu kan...

    BalasPadam
  9. saya sedang mengalami perasaan yang sama dengan Amie,padahal tarikhnya minggu depan untuk ku tinggalkannya bersama.. kepingan hatiku yang sudah mula retak!dah la cuma dia sorang je anak perempuan!sedhnya...

    BalasPadam
  10. salam kak amie... sabar ya kak amie... pengorbanan seorang anak untuk menuju ke puncak jaya..

    BalasPadam