Pages

Selasa, 21 Mei 2013

Nasi Bario, Sayur Campur & Serunding Tuhau : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)

Assalamualaikum.
Bertemu kembali di malam nan dingin dan sepi (sebab semua sedang ngorok kepenatan hihihiii.....). Paparan resepi Amie kali ini merupakan menu yang sempat Amie perolehi petang kelmarin dari Kundasang. Walaupun cuaca mendung, dan suasana kegelapan mula menyelubungi kaki Gunung Kinabalu, tapi Amie tidak mahu berganjak dari terus bercerita dengan peniaga sayur-sayuran di pinggir jalan di Kundasang. Ceritanya sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan tentang menu masyarakat Kadazan-Dusun di daerah tersebut. Hasilnya.... Amie hidangkan Nasi Bario, Sayur Campur dan Serunding Tuhau seperti di bawah ini.


Apabila disebut tentang beras bario, tentu kita akan mengatakan beras bario dari Sarawak! Sebenarnya di Sabah pun ada beras bario! Bukan didatangkan dari Sarawak tetapi ditanam sendiri oleh petani. Memang banyak jenis beras kampung yang dijual di Kundasang, tetapi Amie meminta pandangan peniaga di situ, mana satukah beras yang enak. Mereka kata, beras bario paling sedap, dan mempunyai aroma yang wangi. Amie pun ambil sebungkus, dan memang sudah sedia dibungkus seberat 2kg dengan harga RM20. 


Inilah rupa beras bario dari Kundasang. Sempat lagi peniaga tersebut berpesan supaya jangan bubuh air lebih, sebab beras ini berkanji dan takut terlalu lembik! Kata mereka lagi, kalau suka boleh tambah segenggam beras biasa untuk dimasak bersama beras bario ini. Amie sebenarnya sudah agak biasa dengan hidangan nasi beras kampung atau beras padi bukit sebab sebelum ini seorang rakan dari Ranau selalu memberikan Amie beras kampung percuma! Dia sendiri menanam padi tersebut. Bagaimanapun, untuk beras bario pula, inilah kali pertama Amie masak dan makan! Terlanjur bercerita tentang masak nasi, Amie pun bertanya lagi... lauk apa yang sesuai dimakan bersama nasi bario? Mereka mencadangkan Amie masak Sayur Campur, ditambah dengan ikan masin serta lada putih. Cerita begitu dan begini tiba-tiba Amie bertanya:
Lada putih tu yang biji-biji kecil tu ke?
Oh ..bukan yang itu. Ada dijual di sini.
Nak tengok lada putih yang dimaksudkan? Jom tengok gambar di bawah ini.



Ini dia lada putihnya.



Nasi beras bario yang sudah ditanak. Amie masak di atas dapur gas. Sukatan air yang digunakan sama dengan sukatan beras.



Resepi : Sayur Campur
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 batang pokok bawang - potong sepanjang 4cm
1 kuntum bunga kantan yang telah kembang - leraikan kelopaknya
15 biji lada putih - belah 2
1 ekor ikan masin - potong kecil-kecil
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga wangi.
2. Masukkan ikan masin dan lada putih. Kacau sebati.
3. Masukkan batang bawang dan kelopak bunga kantan.
4. Tambahkan garam / perasa pilihan.
5. Apabila daun bawang telah berubah warna, tutup api dapur.



Serunding Tuhau ini Amie beli siap dalam pek. Terdapat campuran ikan bilis dan kacang tanah goreng di dalamnya.



Alahai Nasi Bario... rupanya rasamu memang sangat sedap! Ikutkan hati memang nak menambah-nambah nasi dalam pinggan!


"I am submitting this post to MFF Sabah Month



15 ulasan:

  1. sedapnya tgk nasik baro akak ni...mula2 baca ingatkan akak salah taip tuhau tu...fiza dok ingat tauhu...he he he...mahal juga yer beras bario ni....tapi kalau sedap mahal pun x pa kan kak amie kan...sedapnyerrrr...=)

    BalasPadam
  2. zila pun penah makan beras ni kak asben bwk balik..tapi memang ye beras ni mcm lecak ckit..buat bubur sedap kak.

    BalasPadam
  3. untung la k.amie duk sana ye...mcm2 dpt blaja...:-)
    sy x penah rasa la nasi bario ni...tp nmpk lain dri beras biasa tu....mahal rupanya ye....

    BalasPadam
  4. salam kak..

    best kan pegi kundasang..suhu sejuk ja..sudah beberapa kali juga sya pegi sana..memang best..tuhau tu sya x pandai makan..

    BalasPadam
  5. Gud morning kak amie...saya ni org sabah juga tapi mcm2 yang saya tak tahu psl makanan sana, hehehe....mmg xpernah diterai nasi bario tu...

    BalasPadam
  6. assalam,

    tengok jer pun dah terliur dah...rasa teringi jugak nasi bario tu..

    BalasPadam
  7. salam k.amie…hehe kat sini pun byk org jual beras bario ni tapi xpernah try. btw rasa mcm berkenan plak dgn sayur campur & serunding tahau tu. apa ekk tahau tu? huhu!!!blur. klau @Brunei ni ada sejenis ikan kecik dorg panggil tahai, yg sama ke tu k.amie?

    BalasPadam
  8. Assalam kak..salam perkenalan dari yf..urm kak beras bario tu beras ape erk?? cam beras pulut jugak ke?

    BalasPadam
  9. Oww..sana pun ada beras bario ye kak..cili putih tu kat kuching pun ada..lama nya tak makan nasi beras bario ni..harga blh tahan gak tu..

    BalasPadam
  10. pembantu rumah mel panggil lada lombok..ada yang pedas menyengat dan ada yang tak rasa apa2..hihi..mel suka sangat tauhu...nampak sedap sangat tu..tak pernah pula rasa beras ni, kena cari ni kat bintulu ni..

    BalasPadam
  11. pembantu rumah mel panggil lada lombok..ada yang pedas menyengat dan ada yang tak rasa apa2..hihi..mel suka sangat tauhu...nampak sedap sangat tu..tak pernah pula rasa beras ni, kena cari ni kat bintulu ni..

    BalasPadam
  12. Wow....hidangan begitu memang melonjakkan seleralah, Amie! Ayah sudah pernah rasa nasi beras Bario tu. Lebih sedap dari American super long-grain, ikut citarasa Ayahlah. Sekarang Amie masak kurang sikit ke.... Farid kan dah tinggal di kolej?

    BalasPadam
  13. Mcm2 hidgan sabah upanya..smunye sdap2..x pernh lg ke sabah..nk jln sana jgk nnt la kak..

    BalasPadam
  14. Amie..lamanya ummi tak makan nasi beras bario ni, dulu masa duduk Sarawak, kalau rasa teringhin, kami beli je kat pasar satok.Tuhau pun ummi pernah makan masa pergi Brunei, bertambah selera makan, terliur tengok serunding Tuhau Amie tu.

    BalasPadam
  15. Pernah dengan tepus kesing tak? Tuhau la tu bau cam serangga sikit. Hehe tp yg biasa mkn bau ni la yg membangkitkn selera

    BalasPadam