Pages

Khamis, 2 Mei 2013

Sambal Goreng Katis : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)

Assalamualaikum.
Pernah makan Sambal Goreng Katis? Hidangan ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu Cocos di negeri Sabah. Komuniti Melayu Cocos merupakan komuniti bumiputera Sabah yang menduduki kawasan sekitar Lahad Datu, Balung dan Pamol. Selain dijadikan sebagai salah satu di antara lauk-pauk dalam sajian harian dalam sesebuah keluarga, Sambal Goreng Katis juga disediakan sebagai satu menu istimewa semasa kenduri-kendara. Bahkan dalam setiap hidangan 'nasi berkat', Sambal Goreng Katis tidak ketinggalan menjadi salah satu di antara pelbagai lauk-pauk selain ayam goreng, serunding, ikan, cepedel dan sebagainya.



Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar perkatan 'katis'. Katis ialah sebutan Melayu Cocos untuk buah betik.


Biasanya betik yang digunakan untuk dijadikan sajian sebagai Sambal Goreng Katis diambil daripada betik mengkal seperti di bawah ini. Betik mengkal merupakan betik yang telah tua tetapi belum masak. Warnanya jingga dan mempunyai rasa yang agak manis setelah dimasak.


Resepi : Sambal Goreng Katis
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg betik / katis mengkal - kupas kulit dan hiris memanjang
250 gram hati ayam
250 gram mempedal ayam
7 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
1/3 cawan asam jawa - bancuh dengan sedikit air
4 cawan air
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Hati dan mempedal ayam direbus sehingga empuk dan kemudian potong - potong kecil
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah dan goreng hingga layu.
4. Masukkan hati dan mempedal ayam. Kacau rata.
5. Masukkan hirisn katis / betik.
6. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan gaul rata.
7. Masukkan air dan kemudian tutup masakan. Biarkan mendidih dan kuahnya mula pekat.
8. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



I am submitting this post to MFF, Sabah Month,



5 ulasan:

  1. Assalam amie, baru tau katis tu betik rupanya,ingatkan nama masakan. Sedap nampak sambalgoreng katis tu amie

    BalasPadam
  2. kak..wong sabah jenengi gandul ki katis jugak yo..podo sebutanei...ewnakkk ki,percoyo aku..aku ki sek melirik buah katis lek wong,arek njalok sebiji karanganei.pingin arek numis, wes suwi orak mangan...

    BalasPadam
  3. Salam Amie...Tak pernah dgr lg nama sayur Sambal Goreng Katis ni,klu kat sini...celur jer cicah sambal belacan :)

    BalasPadam
  4. Wendy belajar perkataan baru, katis
    TQ!

    BalasPadam
  5. Salam Amie!Nampak sedap and thank you for you continue support in the MMF SABAH!

    BalasPadam