Assalamualaikum.
Bertemu sekali lagi dalam Segmen Meriahnya Dunia Masakan. Kali ini Amie perkenalkan salah seorang ahli MERIAHNYA DUNIA MASAKAN yang dikenali sebagai ANIS ASLIZA : PELANGI KEHIDUPAN. Terima kasih Anis kerana sudi menyertai kumpulan masakan Meriahnya Dunia Masakan dan berkongsi resepi untuk manfaat bersama.
Jom kita terjah blog Anis di Pelangi Kehidupan... apa yang ada di sana ye...
Rupanya Anis mempunyai kepakaran dalam membuat kek dan Anis menerima tempahan juga. Lihatlah betapa cantiknya hasil air tangan Anis di atas. Dan juga di bawah ini....
dan seterusnya....
Kek di atas ini merupakan hasil air tangan Anis untuk tempahan. Selain menerima tempahan kek, Anis juga bermurah hati berkongsi resepi kek seperti di bawah ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang resepi Strawberry Cheese Cake di atas ini kenalah berkunjung ke dapur Anis ye...
Selain kek, Anis turut berkongsi resepi lain yang menarik seperti Paulet Rofi a.k.a Ayam Panggang Perancis. Nampak menggoda sungguh ayam panggang di atas tu kan...
Sate Ayam.... sedapnya!
Anis juga berkongsi resepi Ikan Percik. Sesuai benarlah buat lauk tengahari!
Satu lagi resepi yang enak hasil air tangan Anis.... Spaghetti Sos Mackerel Ala Malaysia
Nasi Acheh & Rendang Daging... sudah tentu gandingan Nasi Acheh ini amat sedap sekali dengan Rendang Dagingnya!
Nasi Hujan Panas Versi Anis... ingin mencuba resepinya? Terjah saja ke dapur Anis!
Kuih Peneram... sedap kuih ni... lemak manis!
Terima kasih Anis kerana memeriahkan dunia masakan tanahair kita dengan pelbagai perkongsian resepi yang enak-enak. Walaupun sibuk dengan tugas, dan mengurus anak-anak tapi Anis masih mempunyai waktu untuk berinteraksi melalui dunia maya bersama rakan-rakan blogger yang lain. Jom ramai-ramai berkunjung ke ANIS ASLIZA - PELANGI KEHIDUPAN. Jumpa lagi Anis....
wah kak amie..cantik kan kek kak anis..nak folo jugak..
BalasPadamNorzila,
BalasPadammemang cantik... pandai dia mendeko.
terima kasih kak amie..tolong promotekan blog anis..
BalasPadamterima kasih norzila..salam ukhwah dr saya..:)
BalasPadamCantiknya kek2 tu Amie, rasa pun tentu sedap. InsyaAllah nanti ummi nak singgah juga blog anis asliza tu.
BalasPadamcantiknya kek tu..kreatif sangat kak anis
BalasPadammasih keras tangan ku nak mendeco kek mcm Anis
BalasPadamcantik laa kek-kek beliau..jeles tengok..huhu
BalasPadam