Pages

Selasa, 28 Mei 2013

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.  Sarapan apa agaknya pagi ini ye... Jika anda pernah berkunjung ke Sabah, kemungkinan besar jika ada kesempatan anda dapat menikmati sarapan pagi dengan hidangan nasi kuning. Anda akan temuinya di gerai makan atau di restoran. Pelbagai jenis lauk boleh anda pilih tetapi kebiasaannya nasi kuning dimakan bersama sambal ikan. Sebelum ini Amie telah beberapa kali memaparkan menu NASI KUNING SAMBAL IKAN KAYU,  NASI KUNING SAMBAL IKAN TONGKOL  dan  lagi NASI KUNING SAMBAL IKAN TONGKOL  serta NASI KUNING SAMBAL IKAN ALU-ALU dan juga NASI KUNING SAMBAL IKAN TONGKOL & SERUNDING KELAPA. Kali ini Amie kongsikan lagi menu sarapan pagi Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna. Ada yang keliru dengan mengatakan ikan tongkol dan ikan tuna itu sama. Walaupun ia dari spesies yang sama tetapi ada perbezaannya. Ikan tuna lebih besar dan dagingnya lebih lembut serta lebih enak. Bagaimanapun terpulang kepada cita rasa masing-masing untuk memilih lauk sambal ikan yang digemari.


Hidangan sarapan pagi yang Amie paparkan ini Amie ambil gambarnya di waktu pagi seawal jam 7 di tepi tingkap dapur. Nasi kuning ini Amie masak pada malam Amie menyiapkan KEK LAPIS INDIA / CADBURY.  Oleh kerana terpaksa berjaga sampai pukul 3 pagi kerana membakar kek lapis, Amie ambil kesempatan untuk menyediakan sarapan untuk keesokan harinya, dan bolehlah Amie qada' tidur pada sebelah paginya!


Resepi : Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna

Olahan : Amie's Little Kitchen



Bahan-bahan untuk nasi kuning:
4 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / kiub / perasa pilihan
500ml pati santan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Ada yang merendam beras semalaman bersama kunyit, dan dikukus pada keesokan harinya. Namun begitu, terpulanglah kepada kehendak dan citarasa masing-masing untuk menghasilkan nasi kuning ini. Sesetengahnya pula mencampurkan segenggam beras pulut untuk ditanak bersama.


Bahan-bahan untuk Sambal Ikan Tuna:

6 keping ikan tuna
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai

Cara:
1. Lumurkan ikan tunal dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam jawa.
4. Masukkan ikan tuna yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Padamkan api dapur.
6. Hidangkan bersama nasi kuning.

Selain sambal ikan, boleh hidangkan nasi kuning bersama telur rebus dan juga serunding kelapa.


"I am submitting this post to MFF Sabah Month







9 ulasan:

  1. Salam kak amie ^^
    alang2 berjaga mlm tu, siapkan terus sarapan kan. pagi2 semua bangun sure kagum awal siap breakfast. hihi.. sedap nmpk nasi kuning akak nih..

    BalasPadam
  2. Assalam kak amie..menu sarapan camni memang kenyang sampai ke petang.Namapk sangat menyelerakan betul nasi kuning n tge geng.
    Yang kaler ijo bergulung sebelah tomato cherry tu apa cekgu?
    Buah timun kah itu?kurang jelas di situ maklumlah kite kan rabun huhu

    BalasPadam
  3. salam amie..
    bila amie tayang nasi kuning terbayang2 kesedapannya.. mmg sedap sgt bila digandingkan dengan ikan aye sambal tu.. saling tak tumpah mcm mkn nasi lemak terengganu yang berlaukkan sambal ikan aye... hehehe..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Amie..Nampak pun menarik ni...Tapi klu saya terpaksalah buat lauk ikan tongkol jeee sebab kat sini macam xde jumpa plak Tuna fresh

    BalasPadam
  5. rajin tul kak amie ni..sukamakan gini sedap ni..

    BalasPadam
  6. masak nasi kuning mcm msk nasi lemak jga kan kak..ada santan..bahaginya klu ppgi ada hidangan camne dpan mata..tggl mkn jew..

    BalasPadam
  7. Kak Amie sayang...rajinnya kakak mieza ni masak..belum sempat mieza nak rasa kek lapis cadbury dia, dia tayang pula nasi kuning..kalau ada sambal tuna tu..tak yah nasi kuning kak, nasi putih pun mieza boleh bertambah-tambah hahah

    BalasPadam
  8. nie dh cukup 1 hidangan utk saya,tomato2 ceri pun boleh saya ngap...hehehe

    BalasPadam