Pages

Isnin, 27 Mei 2013

Kek Lapis India / Cadbury

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada Melly Octaviana dari  blog Masakan Melly kerana berjaya menggoda daku dengan kisahnya yang panjuang lebar tentang pengalaman pertama membuat kek lapis. Kalau Melly kali pertama membuat kek lapis, Amie pula kali pertama membuat kek lapis versi bakar. Melly menggunakan resepi dari DAPURKU SAYANG - DAYANG JACK.


Beberapa hari lepas Encik Suami meminta Amie membuat kek lapis untuk dikirim buat anak bujang sulung kami, Farid. Katanya, bolehlah dititipkan melalui Cikgu Yusrina yang sedang pulang bercuti di Lahad Datu. Cikgu Yusrina mengajar di Labuan, dan sebenarnya beliaulah yang banyak membantu kami terutama mencari tempat penginapan sewaktu berada di Labuan semasa kami hantar Farid untuk program matrikulasinya minggu lepas. Cikgu Yusrina juga yang tolong belikan Farid kasut kerana kasut yang Farid gunakan tercabut tapak kakinya sewaktu program orientasi dijalankan, Terima kasih banyak-banyak buat Cikgu Yusrina. 
Amie fikirkan 2 perkara untuk membuat kek lapis ini. Pertama, kena fikirkan kek lapis jenis apa yang hendak di buat, dan keduanya, selama ini Amie hanya buat kek lapis versi kukus. Tentu jangka hayatnya tak panjang.... tapi kalau versi bakar, tempoh hayatnya lama sedikit! Farid  hanya suka makan kek coklat! Syukurlah akhirnya dapat juga resepi Kek Lapis India / Cadbury yang menggunakan kepingan coklat. Untuk membakarnya pula, Amie ada masalah sikit... takut hangus! Sebab biasanya Amie tidak boleh tumpukan sepenuh masa berada di dapur.... maklumlah banyak benda hendak dibuat, sekejap lari ke ruang-ruang tertentu! Apa pun, Amie beritahu Encik suami, memandangkan Cikgu Yusrina akan pulang ke Labuan pada minggu hadapan, masih ada masa lebih kurang 10 hari lagi, lebih baik Amie cuba buat dulu Kek Lapis India / Cadbury ini. Mana tahu tak jadi.... maklum pertama kali buat cara bakar.




Malam tadi, bermula pukul 10, setelah Firdaus tidur, Amie dengan ditemani Fairus memulakan operasi di dapur. Akhirnya Amie berjaya menghasilkan 15 lapisan kek. Dan waktu yang Amie ambil untuk menyiapkan kek ini lebih kurang 5 jam!  Encik Suami terkejut kerana ketika dia terbangun pada pukul 2 pagi untuk membuat susu Firdaus, Amie masih lagi di dapur.  Oleh kerana terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama, Amie sempat menyiapkan nasi kuning dan sambal ikan tuna serta serunding kelapa untuk sarapan pagi.  Setelah kek masak sepenuhnya, Amie dapat melelapkan mata sekitar pukul 3 pagi.

Dalam resepi yang dinyatakan, kepingan coklat hendaklah diletakkan pada lapisan ketiga. Namun begitu memandangkan resepi asal menggunakan warna / bahan adunan yang sama, Amie takut terlupa jumlah lapisan. Jadi Amie gunakan 3 warna iaitu hijau, merah dan kuning supaya tidak tersalah lapisan sewaktu menyusun kepingan coklat.

Kredit sepenuhnya buat sifu Dayang Jack yang memang pakar dalam hal ehwal melapis kek! Minta izin panjangkan resepinya di sini ye Dayang... terima kasih banyak-banyak!
Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury
Resepi : dayangjack@dapurku sayang

bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury - Amie gunakan 3 bungkus kerana setiap 3 lapisan, Amie susun 20 keping
  • pewarna kuning - optional - Amie gunakan pewarna hijau, merah & kuning
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. 
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.


Hasilnya nampak kurang kemas, tapi ini adalah percubaan pertama dan permulaan yang baik kerana  Encik suami kata kek ini sangat sedap.... rasanya seperti kek lapis yang dijual! Apa tak sedapnya..... kita 5 jam di dapur, dia ngorok dengan Firdaus! Hi hihiii.... lepas ni kena buat lagi sebab kek pertama ini kami makan, dan kek untuk Farid akan dibuat minggu depan, in shaa Allah.


15 ulasan:

  1. Assalam kak amie...dah lama tingin nk wat kek lapis cadbury ni, tp masih tak terlaksana.Bukan apa kalau beli cekelet cadbury mesti dulicin dikerjakan si kecil saya tu huhu..
    Nampak sangat kaya ngan rasa coklat...sudah terbayang2 keenakan kek lapis ni..
    mesti keje ni dibuat dgn kesabaran yg tggi, nk melapis lagi, nk atur cekelet bagai...tabik tul ngan kak amie

    BalasPadam
  2. as-salam kak amie
    sedapnye kek lapis cadbury ni..warna pun cantik..

    BalasPadam
  3. akk mmg rajin tau..memalam plk tue..zila klu melapis suka wt siang2,..klu mlm2 mmg mgntuk btl..cubaan pertama yg suksess tu kak..

    BalasPadam
  4. Assalam
    lamanya nk kena tunggu. Selapis lapis kan tp sgt cantik kalernya
    puashati tgk hasilnya hilanglah penatnya kan k amie
    sedap cadbury coklat nI lapis2
    betul tu nk buat kek yg mkn maSA ni sambil2 siap masakan lain pun blh taklah menunggu je kan

    BalasPadam
  5. banyak lapis, I malas nak buat ini, awak belanja saya saja lar, hehehe..

    BalasPadam
  6. mantap kak Amie..banyak coklat nya,memang best cake lapis ini, sedapp dan lembut, walaopun dia tak pakai banyak kuning telur. its a keeper for me. syook kan melapis..hehe lain kali mau buat lagi ,coklat nya Melly ganti prune.. nyam

    BalasPadam
  7. Salam kak amie.. mmg tabik berjaya buat 15 lapisan! tun rekod plg banyak lapisan pun 7 lapis je. haha... xlarat nk ngadap kek lama2. tun lagi suka buat kek lapis bakar sbb kalau tun buat kek lapis kukus mesti xcantik lapisan dia.

    BalasPadam
  8. assalam k.amie...tetap cantik tersusun kek lapis akk nie wakaupun br 1st buat..nk cuba buatla..kek lapis yg lain dah biasa buat tp yg ni blum lg..

    BalasPadam
  9. Assalam amie, memang betul2 gigih buat keklapis bakar ni, kita mmg tak berkeyakinan langsung nak buat kek lapisbakar ni.

    Cantik kek lapis tu amie, puas hati bersengkang mata 5 jam, siap buat sarapan lagi, mmg rajin amie ni

    BalasPadam
  10. Assalam kak amie.. Sy suka isi kandungan blog akak.. Semuanya menarik dn menggugat nafsu mkn.. Pertama skali sy ucapkan tahniah sbb blog akak memang menarik..

    Terlebih dahulu sy minta maaf sekiranya kta2 sy menyinggung perasaan akak.. Utk.entri kek lapis ni sy cuma nk bgtahu akak yg kek lapis india dan kek lapis cadbury adalah dua kek yg berbeza.. Persamaannya cumalah penggunaan cadbury dlm segi pembuatan.. Sebenarnya kek lapis india ada menggunkan kelapa kering dlm adunan tp bkn kek lapis cadbury.. Ramai juga bloggers yg confius ttg kek ni.. Maaf ye kak.. Ape pn blog akak mmg mantap.. Perut sy mmg tergoda.. :)

    BalasPadam
  11. Assalaimualaikum dik, akak nk tanye yg santan tu mcm mana tu, blh tunjukkan contoh tak dan mana nk beli...tq

    BalasPadam
  12. Sunyi Sepi.
    waalaikumussalam... maaf baru terbaca hari ini setelah bertahun lamanya!
    Terima kasih atas teguran yang berguna itu.

    BalasPadam
  13. Sewcookiecrumble,
    serbuk santan ye... ada dijual di mana-mana kedai, dalam paket.
    Cuba klik sini untuk panduan : https://www.hairulafiz.com/kempen-cpuv-nuffnang-ke-2/

    BalasPadam