Pages

Isnin, 6 Mei 2013

Acar Peria

Assalamualaikum.
Jom kongsi resepi Acar Peria. Sebut tentang peria sudah pasti ada dua situasi berbeza yang ditunjukkan. Kerut muka dan senyum! Kerut muka sebab terbayang kepahitannya. Dan senyum pula kerana memikirkan di sebalik rasanya yang pahit peria merupakan ubat yang paling mujarab untuk penyakit! 


Ramai yang sudah tahu khasiat di  sebalik rasa pahit peria. Kebiasaan mengambil peria  dalam sajian dipercayai boleh merawat darah tinggi, penyakit kencing manis, cirit-birit, menghilangkan gatal akibat demam campak, menyembuhkan gout dan penyakit athma. Ada yang meramas hirisan peria dengan garam dan membilasnya supaya hilang pahit peria. Ada yang makan begitu sahaja tanpa menghilangkan rasa pahit tersebut. Apa pun, tidak perlu menunggu datang darah tinggi atau kencing manis datang bertandang untuk makan peria. Orang kata, jimat sebelum habis, beringat sebelum kena. Yang takut dengar nama peria kerana pahitnya, tengok sajalah resepi ini (itu pun kalau mahu baca)... yang berminat bolehlah kongsi resepi yang Amie dan kakak ipar Amie selalu hidangkan untuk keluarga.



Resepi : Acar Peria
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji peria - belah 2, buang biji dan bahagian yang putih, hiris nipis
1/2 batang lobak merah - hiris halus
1 biji mangga muda - kupas kulit dan ricih halus
1 kuntum bunga kantan - belah 2 dan hiris halus
1 labu bawang besar - belah 2 dan hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula secukup rasa

Cara:
Gaul kesemua bahan di atas. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Jika ingin kurangkan rasa pahit peria, selepas dihiris taburkan satu sudu makan garam dan ramas hingga keluar air peria. Kemudian bila dengan air dan peras peria hingga kering.

12 ulasan:

  1. saya suka peria tp tak pernah buat acar peria..bleh try nsnti.

    BalasPadam
  2. sedap,zila peminat tegar peria katar atau yg biasa tue..bisanye celur dah cicah sambal belacan jew kak..nnt try yg nie plk la..nmpak sedapp.

    BalasPadam
  3. Uuu waaa...bestnya ni...kebetulan makcik tengah on diet jadi ngam betul kalau makan acar peria...makcik suka peria...

    BalasPadam
  4. Acar peria memang x pernah makan....takut pahit. Tapi peria antara sayur kegemaran arwah mak. Masak campur sardin....

    BalasPadam
  5. Hello Amie, first time saya tengok ni achar peria.
    I love peria, but in this achar form, lagi best!
    Da tentu tiga pinggan nasi lichin dapat makan ni.
    Love your pics.....well taken.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  6. Salam sayang kak amie..mieza suka peria kak..sedap..selalu mieza goreng celup tepung kruppp krappp kak sedapnyer..buat acar cenggini memang belum pernah try test lagi..mieza suka semua jenis acar dan kerabu..sedapnya..mieza posa nih..bak semangkuk kak :)

    BalasPadam
  7. Aslmkm Kak...saya suka peria goreng celup tepung..hehe..acar tak pernah makan lagi

    BalasPadam
  8. Dulu saya salah seorang yang tak suka makan peria. Tapi sekarang dah boleh terima.

    BalasPadam
  9. Lama tak singgah dapur Amie, ada acar peria rupanya. Memang bagus khasiat peria ni..

    BalasPadam
  10. salam amie..masih teringat pahitnya peria..dah lama tak mkn..menu berkhasiat ni.. :)

    BalasPadam
  11. salam kak amie..

    sangat suka makan sambal atau acar peria..kalau peria yang dimasak kurang minat pula..

    BalasPadam