Pages

Sabtu, 13 April 2013

Tenggiri Panggang Halia Muda

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Kadang-kadang Amie terlupa .... entah hari apa, maklumlah asyik duduk terperap dalam rumah.  Terasa masa begitu pantas berlalu, kerana bila disedari rupanya sudah lebih 3 minggu Amie bercuti. Wokeylah.... kita lihat menu berpantang yang Amie kongsikan di bawah ini. Kepada rakan-rakan yang berminat, bolehlah dapatkan resepi yang asalnya diberi nama Ikan Panggang Halia Muda ini dalam buku masakan Kompilasi Masakan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din.


Resepi : Ikan Panggang Halia Muda
Sumber : Buku Masakan Kompilasi Hidangan Berpantang oleh Chef Nor Asmawati Nor Din

Bahan A:
2 potong ikan tenggiri
1 biji limau kasturi - diambil jusnya
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

Bahan B:
30 gram halia muda*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
minyak masak
hiris semua bahan bertanda*

Cara:
1. Lumurkan Bahan A pada ikan. Perap selama 30 minit. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis Bahan B hingga naik bau. Taburkan di atas ikan.


Catatan:
Orang Melayu memperakui bahawa halia salah satu herba tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, baik untuk hati, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghiangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.
Sumber : Buku Masakan Kompilasi Hidangan Berpantang.



Jangan lupa, pastikan halia yang digunakan dalam masakan ialah halia muda, bukannya halia tua yea...

8 ulasan:

  1. Asslmkm kak Amie.
    Menu ni sesuai juga tuk org berdiet kan. Heee :-).
    Selamat berpantang ya kak.

    BalasPadam
  2. Salam kak amie.. wah. ada buku resepi khas utk menu berpantang.. mmg memudahkan..

    BalasPadam
  3. Amie..ummi ni berpantang juga, pantang jumpa ikan panggang, mesti nak ratah hehe...

    Take care..

    BalasPadam
  4. salam k.amie......huhu!!!sedapnye menu org pantang. btw dlm pantang ni hidang apa pun semua rasa sedap sbb laporrr memanjang. hehe, ganti ayam pun sedap ni kak.

    BalasPadam
  5. Sedapnya....
    Saya pun macam ummiross, pantang jumpa makanan..

    BalasPadam
  6. tak kiralah menu berpantang pun apa yang penting..orang tak pantang ni pula yang terliur tengok!

    BalasPadam
  7. Gud morning dear kak amie...

    Wah dah lama x makan ikan tenggiri, kalau d tawau mmg satu kemestian ni, manis & fresh!!!

    BalasPadam
  8. sedap lauk mcm ni ... pembuka selera.

    BalasPadam