Pages

Rabu, 6 Mac 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum.
Terima kasih buat Tun Telani, nun jiran Amie yang duduk di Sarawak kerana sudi menganjurkan GA dan menjemput blogger menyertainya dengan  tawaran hadiah yang sungguh menarik. Jom kita sama-sama meriahkan GA ini tanpa memikirkan sangat kalah atau menang. Kalau menang itu kira rezeki, tapi kalau kalah kita sudah turut sama menyumbang penyertaan untuk seronok-seronok ... betul tak?



Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

2 hadiah berikut menanti pemenang /XD   (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)

Buku resepi yg sgt awesome dgn gambar yg sgt cantik! 

Tun... Kak Amie pilih salah satu makanan kegemaran Kak Amie, dan rasanya bila disebut 'Nasi Ayam' semua orang tahu dan pernah menikmatinya tidak kira bangsa, suku kaum yang terdapat di negara kita termasuk anak kecil, orang dewasa, tua atau muda he he ehhhh... Sesungguhnya Nasi Ayam tidak kurang istimewa dan enaknya berbanding dengan pelbagai jenis hidangan set nasi yang lain!



Selain rasanya yang memang sedap, resepi Nasi Ayam merupakan resepi pertama yang Kak Amie pelajari semasa remaja ketika di universiti untuk dijual di gerai semasa majlis konvokesyen. Untuk  mengetahui resepi Nasi Ayam dengan lebih lanjut bolehlah klik DI SINI. Istimewanya Nasi Ayam mungkin disebabkan tidak memerlukan banyak bahan dalam penyediaannya. Kak Amie sertakan sekali resepinya, dan ada 2 pilihan lauk iaitu Ayam Kukus / Rebus (ala Cina), dan juga yang biasa kita makan iaitu Ayam Goreng. Sebelum Nasi Ayam terhidang di atas meja, kita sudah dapat menghidu aromanya yang sungguh menyelerakan, apalagi bila sudah tersusun bersama hirisan timun, dan sos sambalnya! Cerita tentang sedapnya ye Tun.... memang sedap...sos sambalnya tidak berapa pedas, nasinya harum kerana dimasak bersama air rebusan ayam. Dan jika anda menikmati Ayam Kukus / Rebus yang Amie paparkan... bertambah-tambahlah nasi masuk ke pinggan kerana selain harum minyak bijan, daging ayam ini juga ditaburi dengan hirisan daun ketumbar serta kicap cair! Dan... sudah tentunya tergolong dalam kategori hidangan sihat!

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi  (rendam selama 20 minit) - boleh gunakan beras wangi atau beras biasa
5 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan stok ayam pekat MAGGI
4 sudu makan marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - siat-siat

Cara:
1. Panaskan marjerin di dalam periuk sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Tumis sehingga harum dan layu.
3. Masukkan air rebusan ayam dan stok ayam pekat. 
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
5. Biarkan sehingga nasi masak.




Ayam Kukus / Rebus

Bahan-bahan:
1 keping daging ayam bahagian peha
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 6
3cm halia - pecahkan
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
1 liter air
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan kicap cair
1 tangkai daun ketumbar - hiris

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan daging ayam, bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Renih daging ayam dengan api sederhana.
4. Setelah daging ayam empuk, masukkan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
5. Keluarkan daging ayam dari periuk dan cincang / potong ikut suka.
6. Taburkan hirisan daun ketumbar dan renjiskan minyak bijan dan kicap cair ke atasnya.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam.



Ayam Goreng

Bahan-bahan:
2 keping daging ayam bahagian peha
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu makan minyak bijan - jika tidak suka, tak perlu bubuh
minyak

Cara:
1. Cuci dan toskan daging ayam sehingga kering.
2. Perap ayam bersama bawang putih, halia, lada putih, serbuk kunyit, sos tiram, kicap pekat dan minyak bijan selama 1 jam.
3. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Angkat setelah daging ayam masak atau berwarna emas keperangan.

Sos Sambal



Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
9 biji cili padi minyak 
2 biji tomato merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
Untuk mendapatkan rasa yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Sos Kicap
Untuk sos kicap untuk Nasi Ayam pula, Amie gunakan lebihan bahan perapan daging ayam dan dicampur dengan kicap manis serta sedikit air bancuhan tepung jagung serta 2 sudu makan minyak bijan. Caranya mudah sahaja, iaitu masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. 


Okey Tun sayang..... harap penyertaan Kak Amie ini dapat memeriahkan lagi suasana Tun Telani's Giveaway......


15 ulasan:

  1. Wahhh set nasi ayam yang sungguh mengancam la kak! :)

    BalasPadam
  2. Ada chan menang ni..hihi
    Nasi ayam mu mmg mgancam skli...:-)

    BalasPadam
  3. Salam kak amie.. tq ^^
    waaaa..... mmmg terliur betul tgk nasi ayam kak amie nih.. family tun mmg suka mkn nasi ayam. kalau adik bongsu tun, bila tanya nk mkn msk ape, sure dia suruh masak nasi ayam.. nx time tun nk try versi kak amie pulak :)

    BalasPadam
  4. Salam, sedapnya, sgtlah mengeliurkan, mmg pemenang ni :)

    BalasPadam
  5. mengancam gile ni nasi ayam Tun terliur sesangat2 dah dlm tangan MIe don worry heeee

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum pehh hebat lah..nasi ayam yg semestinye enak dgn aym yg bekilat...

    BalasPadam
  7. mmg klu nampak nasi ayam kak Amie ni...buat gegar keinginan..suka tgk ayamnya yang berkliat..

    BalasPadam
  8. k.ami camne lahad datu?..kak ami dipindahkan ke tidak..nens doakan kak ami n famili sihat dan selamat..kami di semenanjung akan doakan kalian di lahad datu..

    apepon masakan kak ami..selalu membangkitkan selera saya..huhu

    BalasPadam
  9. wah nampak sodaplah..nak cubalah ami..
    kamu duk kat lahad datu ker?
    kalau betul akak doakan agar kamu sekeluarga selamat

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum.. Kak Amie cayang.. lama tak singgah sini.. sibuk sejak kebelakangan ni Kak.. bila ada kelapangan ni.. cuba jugak BW rumah kengkawan...:)

    Kak Amie Sha doakan Nasi Ayam Kak Amie akan menjadi pemenangnya.. sebab apa tau.. sebab nampak sungguh menyelerakan sekali ayam2 yang tergolek2 minta di cubit.. Kak Ada lagi tak?? kecur tak sudah ni!!!

    Kak Amie macam mana keadaan di Lahad Datu? bila setiap kali berita di tv keluar sha selalu ingat kat Kak Amie.. Sha doakan Kak Amie suksess dan ceria sentiasa Amin...

    BalasPadam
  11. sedapnya nasi ayam kamu ni..nanti nak cubalah.

    BalasPadam
  12. Assalam. Semoga Amie menang. Nasi ayam memang makanan popular. Bila menang, kena hantar kat Ayah sepaket nasi ayam yang disejukbeku, hihi. All the best, Amie!

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kak! faa join!

    BalasPadam
  14. sedapnya nasi ayam tu..anak2 pun suka..nanti nk wat nasi ayam versi kak Amie la pula..tengok ayam tu terus lapo..

    BalasPadam