Assalamualaikum.
Bertemu lagi di pagi Ahad yang nyaman dan redup ini. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menghidup udara segar di bumi Allah. Amie paparkan satu lagi resepi Kek Kelasi Mabuk, antara kek kukus yang menjadi kegemaran Amie dan keluarga. Tahun lepas Amie pernah paparkan Kek Kelasi Mabuk yang sangat sedap ini. Amie perolehi resepi ini dari dapur MADIHA, manakala Madiha mendapat sumber resepi ini daripada dapur Sue HASUE. Terima kasih buat Madiha dan Hasue yang telah memanjangkan resepi ini, dan tidak lupa berbanyak terima kasih buat penyumbang asalnya iaitu Puan Lynda Hj. Taiban.
Ada penderhakaan yang telah Amie lakukan ke atas resepi ini, kerana resepi asalnya hanya menggunakan 3 lapisan iaitu lapisan hijau di bahagian bawah, lapisan putih di bahagian tengah dan lapisan hijau kembali di atasnya. Amie pula menjadikannya kepada 5 lapisan dengan menambah satu lagi lapisan putih dan lapisan hijau! Minta halal ye Hasue & Madiha. Memang penuh loyang 9x9x3!
Gambar di atas merupakan gambar Kek Kelasi Mabuk yang pernah Amie hasilkan sebelum ini. Boleh klik DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Kek Kelasi Mabuk ini terdiri daripada 3 lapisan.
Amie minta izin sekali lagi untuk panjangkan resepinya ini ye Madiha & Hasue. Dan buat penyumbang asal resepi Kek Kelasi Mabuk ini didoakan semoga sentiasa kreatif dan dimurahkan rezeki.
KEK KELASI MABUK
Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber : Madiha aka Ratna
Bahan-bahan:
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari 10 helai daun pandan + pewarna hijau gelap + hijau epal untuk dapatkan warna yang lebih gelap)
Cara
Adunan Hijau:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih.
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
5. Bahagikan kepada dua bahagian - Amie bahagikan kepada 3 adunan.
Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue / kental (mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
2. Masukkan tepung.
3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.
Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.
Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik - Amie buat 2 kali adunan putih dengan tambahan sebanyak 8 biji putih telur.
Dengan kata lain, sebaik sahaja 3 lapisan dikukus, Amie bersedia dengan adunan putih pada 20 minit seterusnya. Ini bermakna Amie mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan Kek Kelasi Kukus setinggi 5 lapis ini, dan alhamdulillah cukup muat loyang yang digunakan!
Nak cerita tentang rasanya, memang tidak dapat disangkal keenakannya! Penggunaan jus limau kasturi pada bahagian adunan putih membuatkan rasa Kek Kelasi Mabuk ini seimbang. Tidak terlalu manis dan sekata!
Kepada yang belum pernah mencuba, dipersilakan dengan penuh keyakinan bahawa kek anda akan menjadi dengan sempurna! Selamat berhujung minggu buat semua!
salam Mie, harap2 tak mabuklah makan ni ya cantik tu mesti nak cuba tunggu hari yg Mr R banyak dtg heee
BalasPadamsedapnye kak..nama dia pun menarik :)
BalasPadamAmie..mana dapat nama kek yang unik tu
BalasPadamKak Nooriah,
BalasPadamtak mabuk kak.... sodap! Dah sepotomg nak sepotong lagi...
Tihara,
entah kenapa namanya begitu erkkk...
Acik Erna,
memang nama asalnya begitu Acik, tak tahu nak terangkan he he eh.
rasanya dah berapa kali k.amie buat kan....sy sekali pun x penah cuba lgi....apa la rasanya ye....
BalasPadamkak,,kita pingin nak buat kek ni, tapi ntah bila..enek isi ke kak?? hehe..rajin riko nggawe kek..
BalasPadamambio kak amie.. kek kukus pun pandai mabuk ke.. hehe.. apapun, tetap nampak sedapp..
BalasPadamAsslmkm kak Amie. . Kek ni antara yg termasuk dlm list. Ntah bila la nak cubanya. Haha manjang masuk list ja.
BalasPadamAs'salam K.Amie...K.Amie ni selalu tayang menu best2 la..kecur air lir..
BalasPadamsalam kak... aduduuhhh... teringin nak mencuba sbb mmg suka kek lumut. bila la nak rajen mengekek nih... geram nengok!
BalasPadamAsyifa,
BalasPadamkek ni 2 kali kita buat Syifa sebab tak boleh lupa sedapnya!
Rohah,
kalau kukus-kukus ni kita sukalah Rohah... he hehh memang eneng isiney kok!
May,
he he ehh apanya ye yang mabuk tu May!
Ibh Sue,
BalasPadamtak apa, simpan dulu, ada kesempatan dan semangat nanti boleh buat,
Adda,
waalaikumussalam...
boleh kongsi resepi Adda.
Hana,
ni yang besnya buat kek kelasi mabuk... he he eh kiranya ada lumutnya juga ye Hana!
Ya ampunn.. Kek ini sememangnya sedap! Hubby madihaa yg x minat sgt dgn kek pun boleh mmuji2 sedap.. Mmg antara feberet ku juga.. Tp nk mmbuat tu kurang rajin.. Hihi..
BalasPadam