Pages

Ahad, 17 Mac 2013

Nasi Lemak, Ayam Goreng Kampung & Sambal Goreng Jawa

Assalamualaikum.
Selamat mengakhiri hujung minggu. Oleh kerana sepanjang hari ini seisi keluarga berada di rumah dan seperti biasa membuat kerja gotong-royong membersihkan rumah, jadi Amie sediakan menu kegemaran anak-anak iaitu Nasi Lemak. Kali ini Amie gandingkan dengan lauk Ayam Goreng Kampung.... bukan ayam kampung ye, sebab kalau Amie paparkan resepi Ayam Goreng Kampung ramai sangka Amie goreng ayam kampung! Ikut tatabahasanya, dimulakan dengan kata nama iaitu ayam, dan diikuti dengan kata kerja iaitu goreng dan bermaksud ayam yang digoreng. Kalau resepi Ayam Kampung Goreng barulah membawa maksud ayam kampung yang digoreng. He he heh... sekadar kongsi info ye... Resepi Amie ini bermaksud lebih kurang beginilah... ayam yang digoreng cara kampung!


Selain Ayam Goreng Kampung, Amie sediakan Sambal Goreng Jawa. Sambal ini mungkin berbeza sedikit dengan Sambal Goreng Jawa yang kawan-kawan buat, tapi yang penting bahan yang digunakan ada tempe dan kentang, suhun dan sebagainya. Kalau ikutkan tradisi kami memang apa-apa bahan pun boleh masuk, terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Ada yang menambah hirisan petai, hirisan pedal dan hati ayam, ikan bilis, udang dan seumpamanya. Ada yang suka goreng basah, dan tidak kurang juga yang suka goreng kering. Amie lihat sambal ini sudah dipelbagaikan, termasuklah menggantikan penggunaan kentang kepada keledek, dan ada yang tidak bubuh kacang tanah...macam Amie jugalah, gantikan kacang tanah dengan kacang gajus.


Oleh kerana ada lebihan 8 biji kuning telur (lapisan putih kedua) selepas Amie buat Kek Kelasi Mabuk malam tadi, jadi Amie dadar kuning telur tersebut sebagai salah satu aneka lauk Nasi Lemak untuk hari ini.


Resepi Nasi Lemak ini Amie ambil daripada Buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. Terima kasih Sha, hadiah buku resepi yang Sha kirim tahun lepas masih Kak Amie simpan dengan baik dan sentiasa jadi bahan rujukan di dapur.

Resepi : Nasi Lemak
Sumber : Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Bahan-bahan:
300 gram beras basmathi - direndam dan dibersihkan
1 sudu kecil halba
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang serai - dititik
2 cm halia - dihiris
1 helai daun pandan - disimpul
700ml santan pekat
garam & gula secukup rasa
 sedikit air

Cara:
1. Campurkan beras dengan kesemua bahan. Kacau sebentar.
2. Tanak beras hingga masak - kali ini Amie tidak kukus seperti selalu, sebaliknya masak gunakan rice cooker.


Resepi : Ayam Goreng Kampung
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 ketul daging ayam - bersihkan dan toskan hingga kering
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
2 batang serai - hiris kasar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Perap daging ayam dengan bahan kisar serta garam / gula / perasa pilihan selama 1/2 jam.
2. Goreng ayam hingga masak.


Resepi : Sambal Tumis
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 batang serai - dititik

1 labu bawang besar - hiris kasar

1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)

garam  dan gula secukup rasa

minyak

Bahan kisar:
30 biji cili kering
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1.5 cm belacan

Cara:
1.  Panaskan minyak secukupnya. 
2. Masukkan semua bahan kisar dan tumis dengan api sederhana panas hingga pecah minyak. 
3. Masukkan bancuhan pati asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan bawang besar dan masak dengan api perlahan sehingga kuahnya pekat.



Resepi : Sambal Goreng Jawa
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji kentang - belah 4 dan hiris nipis - goreng garing
2 cawan hirisan tempe - goreng garing
2 cawan suhun - goreng
1 cawan ikan bilis - goreng
1 cawan kacang tanah / gajus - goreng
1 cawan sambal tumis - Amie gunakan sambal tumis di atas

Cara:
1. Masukkan sambal tumis ke dalam kuali dan biarkan panas sebentar.
2. Masukkan kesemua bahan gorengan.
3. Gaul rata dan tutup api dapur.



Seperti biasa, Nasi Lemak tidak lengkap tanpa telur rebus dan hirisan timun serta kacang tanah goreng.Amie gantikan dengan telur dadar serta kacang gajus goreng.



Jom makan Nasi Lemak di hari minggu!

20 ulasan:

  1. dari jauh akak dah tercium wangi nyaaaaaaaaa ayam tu, sambal tu dan nasi lemak sedang lapar ni Mie, nak kena buka peyok lah pulak malam2 ni tengok apa yg ada haha

    BalasPadam
  2. Berbaloi gotong royong anak beranak ni...penangannya kat meja makan terlalu sedap...motivasi hebat untuk anak beranak mengemas rumah dihujung minggu...

    BalasPadam
  3. sedappnyer ayam berempah tu..tergigit rempah ngn kerangupannya tu..hehe

    BalasPadam
  4. Adoiii... Apa tak panggil Melly ke rumah semalam bantuin bersih2 rumah, kan boleh juga makan nasi lemak komplit macam ini.. ngecess dah kak liat nya.. hehe

    BalasPadam
  5. Wawawawaaa...bikin baliur jak ni masakan Kak Amie...tunggu ya...skejap lagi saya sampai depan pintu...

    BalasPadam
  6. huhuu.. shedapnyerrrr.. nak sepinggannn.. sambal goreng lebih sikit yer.. ngeeee...

    BalasPadam
  7. Salam kak amie cayangggg...mieza ni kan selalu ikut masakan akak kat FB tapi mmg busy dgt nak drop by the blog...ada2 aje menu utk akak share di blog...Ya Allah rajinnya akak masak...mmg akak masak everyday ye kak..untung family ada mummy mcm ni...huwaaaa nak jugakkkk

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Amieeeeee......
    Rinduuuuuuu wooooo.....,
    Kalau boleh nak makan semua, semua sekali yang ada dalam gambaq ni... berselera betul nampak dimata ni.
    Mula mula nak sarapan nasi lemak power tu, ayam goreng mesti lebih okay, tengahari skit nak rasa pula kek kelasi mabuk, mana tau kot2 rasa fening2 lalat sikit ker, kik kik kik, bingka cheese tu pulak jangan lupa na.....tapau dua ketul nk bawak balik semenanjung...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amieeeeee......
    Rinduuuuuuu wooooo.....,
    Kalau boleh nak makan semua, semua sekali yang ada dalam gambaq ni... berselera betul nampak dimata ni.
    Mula mula nak sarapan nasi lemak power tu, ayam goreng mesti lebih okay, tengahari skit nak rasa pula kek kelasi mabuk, mana tau kot2 rasa fening2 lalat sikit ker, kik kik kik, bingka cheese tu pulak jangan lupa na.....tapau dua ketul nk bawak balik semenanjung...

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..

    huhuu..lengkap semuanya..xtahan tgk ayam goreng tu..sedapp..

    BalasPadam
  11. Masyaalah Amie terliur nyer tgk rasa mau terkam je monitor nie adehhh ayam goreng tu nampak sedap sgt2, sambal jawa tu haiiii lah haiii rasa mau terbang je pi umah Amie tumpang mkn sat hehehhe :)

    BalasPadam
  12. adui.. sedapnya... betul2 teringin ni nak merasa set nasi lemak kak amie.. plg xtahan tu sambal goreng jawa.. uwa... sedap2..

    BalasPadam
  13. lama tak mkn nasi lemak tauu.. terliur habis... lagi2 nampak sambal tumis dgn ayam goreng yg byk serdak tu... mmg suka sangat ayam berserdak gitu...

    BalasPadam
  14. Assalam, Amie
    Ayah biso dhadhi ngences ni!

    Betul ke, orang kata, kalau buat nasi lemak, lebih terasa lemak nasinya jika digunakan beras yang tak berapa mahal, misalnya beras super tempatan.

    BalasPadam
  15. Kak Nooriah,
    memang harum semerbak ni ayam goreng kampung Kak Noor!

    Rohah,
    gotong-royong seminggu sekali Rohah, itu aje masa yang ada.

    Nens,
    goreng berempah ala kampung memang sedapkan Nens.

    BalasPadam
  16. Melly,
    Lain kali kakak panggil Melly ya... sedia dengan belonnya ya Melly cayangggg.

    Rahel,
    uwaaa... ni yang risau ni Rahel.... tunggu punya tunggu nanti bukan Rahel yang datang... tapi mundu2 yang sedang berkeliaran he he hehh gurau aje.

    Sheila,
    Boleh Sheila cayanggg... banyak sambal goreng ni sebab suka ratah-ratah!

    BalasPadam
  17. Mieza cayanggg...
    memang setiap hari masak, tapi masakan yang sama je, nasi & lauk-pauk, itu saja kesempatan yang ada.

    Wattie,
    waaalaikumussalam..... rupanya rinduku kau sambut jua he he hehhh...
    Jom makan kek kelasi mabuk tu, pasal mabuknya tu sebab dah sepotong nak tambah lagi berpotong2 Wattie.. t yang buat mabuk nak makan tu!

    Yana,
    ayam goreng kampung itulah yang menambat selera Yana! Jom makan.

    BalasPadam
  18. Delima,
    jom... jommm kak Amie sedia 2 pinggan ni Delima...sepinggan ayam goreng & sepinggan samba goreng Jawa... kita raah2 nak?

    May,
    kakak jarang buat sambal greng jawa ni sebab banyak bahan nak guna, jadi buat yang ringkas-ringkas je guna bahan yang ada.

    Madiha,
    betul tu Madiha... serdaknya pun sedap sebab berempah! Jom makan sama Madiha.

    Ayah Temuk,
    waalaikumussalam....
    memang betul tu Ayah, ada bezanya sebab beras biasa akan diresapi santan & garam dan rasanya lebih lemak manis apalagi kalau ditambah dengan halia & serai atau daun pandan. Beras basmathi tu tawarm cuma kalau dimasak lembik sedikit barulah merasa bahan-bahan campuran yang lain.

    BalasPadam
  19. sedapnye...meriah nasi lemak dgn lauk pauk yg best2 semuanya ;)

    BalasPadam
  20. Okok, Saya sudah tahu macam mana nak bezakan ayam kampung goreng dan ayam goreng kampung, hehehe..
    Nasi lemak awak nampak sedap sangat !

    BalasPadam