Pages

Isnin, 4 Februari 2013

Stew Ayam

Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali. Jom cicipi hidangan Stew Ayam yang Amie masak hasil resepi yang dikongsi bersama oleh Kak Maria Hakem dari Cardiff. Terima kasih banyak-banyak Kak Maria kerana sekali lagi sudi telefon Amie dari jauh untuk berkongsi menu yang sedap tetapi amat mudah dan ringkas cara penyediaannya. 


Mungkin bahan dan cara penyediaan Stew Ayam ini agak berbeza sebagaimana yang biasa diolah oleh rakan-rakan pengunjung, namun begitu kepada sesiapa yang ingin mencubanya Amie persilakan dengan segala senang hati.


Resepi : Stew Ayam
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5kg) - potong ikut citarasa
3 labu bawang besar - mayang kasar
4 biji tomato - belah 4 - lebih baik jika ada tomato chopped untuk warna kuah yang lebih merah
1 sudu bawang putih kisar
1 sudu halia kisar
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam biji
bunga cengkih - pilihan
1 sudu makan serbuk cili
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
7 biji cili padi - hiris nipis

Cara:
1. Masukkan ayam ke dalam periuk / kuali.
2. Tuangkan minyak ke atas ayam. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan bawang besar, tomato, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang putih, halia, serbuk cili dan lada hitam biji.
4. Kacau sehingga bawang besar serta tomato pecah dan daging ayam keluarkan air. 
5. Tutup periuk / kuali, tetapi pastikan kuah tidak menjadi kering dan api sentiasa perlahan.
6. Jika kuah terlalu kering sebelum daging ayam masak, boleh tambah sedikit air - Amie tidak bubuh air.
7. Setelah daging ayam empuk, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata.
9. Tutup api.
10. Hidangkan bersama taburan hirisan cili padi.

Ringkas dan mudah bukan cara penyediaannya?
Menurut Kak Maria, ambil sejemput-sejemput je buah pelaga, lada hitam & cengkih. Jika ada tomato chopped, lebih baik sebab warna masakan menjadi merah cantik.


Setelah Amie siap masak Stew Ayam, Amie terpaksa tinggalkan dapur sebab Encik Suami mengajak Amie keluar membeli sesuatu di pasar raya. Kami tak sempat makan, tetapi kami suruh anak-anak makan dahulu. Sekembalinya dari pasar raya, bujang sulung dengan si bongsu bertanya, bolehkah minta sedikit bahagian lauk yang kami simpan untuk kami berdua. Sedaplah.... kata si bongsu! Terima kasih sekali lagi Kak Maria! Jangan lupa kalau ada resepi yang mudah dan ringkas, kongsi dengan Amie ye kak! Nanti Amie panjangkan buat tatapan rakan-rakan pengunjung dan peminat dunia masakan yang lain.

16 ulasan:

  1. sedapnya ayam tu, ayam ni kalu masak apa apapun nampk menyelerakan
    k.amie memang pandai masak

    BalasPadam
  2. Mama Sara Nur,
    Kak Amie sangat berterima kasih kepada Kak Maria kerana rajin teefon dari UK untuk kongsi resepi... ni first time cuba masak stew ayam.

    BalasPadam
  3. "1 ekor ayam - potong ikut citarasa
    3 labu bawang besar - mayang kasar"

    ayam tu agak2 berapa KG beratnya ya?

    3 'labu' bawang besar maksudnya 3 biji bwg besar tu ke? hehe.. nih la nih.. bukan guru BM.. penjodoh bilangan pun sy blum khatam lg nih.. xD

    apa tu 'mayang'?

    BalasPadam
  4. Jill,
    beli je ayam dah dipotong bahagian peha atau dada, dalam 3-4 keping (banyak jadinya ni... boleh 7-8 orang makan ni)tak payah beli seekor, nak buang kepala kaki lagi...
    ha.. kalau bawang besar tu kita panggil labu sebab bentuknya yang besar, 3 biji ye...yang besar,
    Kalau nak buat sikit, beli saja ayam 1 kg, bawang besar tu bubuh 2 biji, tomato 2 atau 3 biji... lada hitam jangan tumbuk ye... biar berbiji gitu.

    BalasPadam
  5. Jill,
    sorry tertinggal... mayang tu hiris... tapi kalau mayang kasar maksudnya hiris kasar atau hiris besar2..

    BalasPadam
  6. kak, singgah sini rasa geram tgk ayam yang ganal2..penambat selera ni..

    BalasPadam
  7. aduh tergoda sangat tengok ayam tu yg hijau2 tu yg best sangat adoii nampak gaya kena buat lah ni Mie

    BalasPadam
  8. Amboi ayamnya....menambat selera nmpk kak...:-)

    BalasPadam
  9. Salam, masak stew ayam ni tak payah tunggu lama-lama sangat ya Amie.. macam masak ayam biasa je la ya.. Che Mid ingat kalau jenis stew ni kena masak lama dan ada kuah pekat..

    BalasPadam
  10. Salm syg kak amie..sedap btl menu nie..zila amik resepi nie jgk..leh cuba nnt..

    BalasPadam
  11. Rohah,
    ganal ye ayamnya tu he he ehh...

    Kak Noor,
    kena buat kak Noor... resepi kak Maria bagi ni.

    Asyif,
    memang menambat perut yang lapar Syifa he he heh.

    BalasPadam
  12. Che Mid,
    maunya tak lama Che Mid... api perlahan je bagi air ayam tu keluar, tomato & bawang besar tu pecah... ada kuahnya tu...pekat!

    Zila,
    silakan Zila...sedap makan dengan roti ni.

    BalasPadam
  13. Amie, ummi tak pernah masak lagi stew ayam ni, insyaAllah nanti ummi nak cuba buat juga, tq berkongsi resepi.

    BalasPadam
  14. Gigih betul Amie masak stew ayam ini kan. Kalau kakak tak sabar nak tunggu lama juga tu sebab nampak tak ada hangus langsung...

    BalasPadam
  15. Sedap nampaknya mie. bahan pun mudah. memang boleh dipraktikkan..

    BalasPadam
  16. stew ayam memang sedap... anak2 tak berapa suka tuler masak sekali sekalajer...

    BalasPadam