Pages

Selasa, 5 Februari 2013

Daging Goreng Warna-Warni

Assalamualaikum.
Petang ini Amie kongsi menu ringkas iaitu Daging Goreng Warna-Warni dari Majalah AROMA Edisi Februari 2013, hasil air tangan CHAHAYA SHEILA - SPICES JOURNEY. Apa yang menariknya dalam resepi ini selain ringkas dan mudah cara penyediaannya, Sheila berkongsi tips supaya daging yang digoreng terasa empuk dan lembut ketika digigit. Jom kita lihat resepi ini di bawah.


Resepi : Daging Goreng Warna-Warni
Sumber : Majalah AROMA Edisi Februari 2012 (Chahaya Sheila)

Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang - dihiris nipis
2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dimayang halus
1 sudu besar kicap masin
1 biji buah tomato - dipotong dadu
1 batang cili merah - dipotong serong
1/2 bij capsicum kuning - dipotong
1/2 biji capsicum hijau - dipotong - Amie tidak ada stok capsicum hijau, Amie gantikan dengan brokoli
1/2 biji capsicum merah - dipotong
1 biji bawang besar holland / kuning - dpotong bulat
sedikit serbuk kunyit
sedikit cili padi jika ingin pedas - dihiris
minyak jagung untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam - Amie tak ada serbuk lada hitam, jadi Amie tumbuk 1 sudu teh lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Amie tambah 3 biji kentang yang digoreng terlebih dahulu, sebab kalau masak begini anak-anak suka mencari kentang!

Cara:
1. Bersihkan daging dan toskan airnya hingga kering.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan naik bau.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga empuk dan lembut. Tidak perlu masukkan air dulu sehingga ia lebut dan boleh digigit - kalau kita masukkan air sebelum ia lembut, daging akan terus menjadi keras dan liat.
4. Setelah daging lembut, masukkan buah tomato dan goreng hingga mesra.
5. Masukkan bahan-bahan lain termasuk bawang besar, cili merah, capsicum kuning, hijau dan merah, cili api dan garam secukupnya.
6. Masak sebentar dan matikan api.



Lama rasanya Amie tak masak daging. Sekali-sekala masak begini memang sedap dan diterima seisi keluarga! Apalagi dihidangkan bersama nasi panas ketika perut sedang berkeroncong. Terima kasih Sheila atas perkongsian resepi yang sedap, ringkas dan mudah ini.

21 ulasan:

  1. takde lauk lain pn xpe mkn ni je dgn nasi

    BalasPadam
  2. terima kasih byk2 Amie sudi mencuba.. :)

    BalasPadam
  3. sedap ni amie... kita memang suka sangat menu 2 in 1 mcm ni...

    BalasPadam
  4. as-salam
    sedapnye daging warna-warni..mkn dgn roti pun sedap

    BalasPadam
  5. salam amie..nk tumpang mamam nasi ngan lauk daging tu..ada lg x?? nmpak sedaap banget!

    BalasPadam
  6. Aslmkum Amie
    selalu jugak masak daging gini...sedap dan ringkas..letak sayur...2 in 1.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Amie

    waduh sedapnya tengok daging tu...boleh masuk list...selalu teruja kalau masuk sini..hehehe.

    BalasPadam
  8. sedapnya.. kalau makan dgn nasi panas2 ni.. confirm mkn bertambah.. hehe..

    BalasPadam
  9. lama tak makan daging camni..sedapnyaa

    BalasPadam
  10. Petua berguna tu Amie, untuk empukkan daging, tq kongsi tip ye. Nak daging goreng sikit!!

    BalasPadam
  11. Itu ke petuanya Amie? daging biar lembut baru masuk air. masalahnya air dah kering daging tak empok...hehe...mcmna tu?
    Amie, lada capcicum skrg mahal kan? Amie pernah tengok bentuk yg mcm lada biasa tapi jenis capsicum? Akak beli buat nasi goreng...haha..taktau pun itu jenis capcicum.

    BalasPadam
  12. Yup simple tapi sedap. Saya panggil Daging Goreng Kunyit. hehehe

    BalasPadam
  13. K.amie....sedapnya....mkn ngan nasi panas nie sedap ni....mmg kaler2 tu....:-)

    BalasPadam
  14. Salam Kak Amie^^ sedap..sedap..suka resepi simple mcm ni..insyaAllah nk cuba jgk nnt

    BalasPadam
  15. bestnya macam2 kaler ada Amie akak sangat suka daging yg macam ni suka pilih sayor tu je heee

    BalasPadam
  16. sedappp rupa parasnyer..lg sedapp bila dimakan..;)

    BalasPadam
  17. Warna dan rasa seiring..csntik dan sedap..

    BalasPadam
  18. Memang nampak sedap dan cantik berwarna warni...

    Kat rumah makchaq, daging memang laku selalunya.. tambah nampak cantik macam ni...

    BalasPadam