Assalamualaikum.
Sebelum beradu, kita kongsi dulu Quiche Ayam & Cendawan Pedas Berkeju di bawah ini. Sekali lagi Amie pinjam resepi dari sifu CHE MAT GEBU - DAPUR TANPA SEMPADAN. Resepi asalnya ialah Quiche Cendawan Pedas Berkeju, tapi Amie tambah ayam di dalamnya. Jadi, minta izin dan halal walaupun ada penderhakaan dalam resepi ini ye Che Mat. Menurut Che Mat, boleh guna apa-apa saja untuk inti quiche termasuk rendang, sosej, tuna, sayur-sayuran dan lain-lain.
Amie memang selalu tertinggal keretapi.... dah habis musim baru terhegeh-hegeh nak cuba buat he he ehhh... kesian anak-anak! Bukan apa, agaknya pertama kali makan quiche dan sedap pula intinya... habis licin tak tinggal bekas! Nantilah nak.. kalau Mummy banyak masa, Mummy akan cuba pelbagai resepi lain untuk hidangan keluarga kecil kita. Jom, kita semak resepi quiche yang sedap dan lazat penuh dengan taburan keju cheddar ini.
Resepi : Quiche Ayam & Cendawan Pedas Berkeju (Resepi asal: Quiche Cendawan Pedas Berkeju)
Sumber : Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHAN INTI :
150 gram cendawan"white bunashimeji", seperti gambar dibawah
150 gram cendawan"white bunashimeji", seperti gambar dibawah
150 gram daging ayam - cincang kasar ( Amie tambah)
1/5 bahagian traffic capsicum (merah, hijau, kuning) didadu kecil2
1 camca besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar, dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
1 camca teh serbuk cili atau serbuk paprika
6 pokok kucai, hiris halus dan asingkan sedikit
Secubit gula
1 camca besar air
1/5 bahagian traffic capsicum (merah, hijau, kuning) didadu kecil2
1 camca besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar, dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
1 camca teh serbuk cili atau serbuk paprika
6 pokok kucai, hiris halus dan asingkan sedikit
Secubit gula
1 camca besar air
BAHAN KASTARD :
1 biji telur + 1 kuning telur
2 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar susu sejat
Secubit garam
BAHAN PASTRI :300 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram lemak sayur @ shortening, didadu
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air dari peti sejuk
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram lemak sayur @ shortening, didadu
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air dari peti sejuk
Bahan lain:
Sos kegemaran - pilihan
CARA MEMBUATNYA:
- UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan serbuk cili dan kiub ayam, kacau rata. Tambah serbuk kari dan sedikit air. Amie masukkan daging ayam. Masak sekejap. Masukkan trafficlight capsicum dan juga cendawan tadi. Masak dengan api kecil hingga cendawan layu. Tambah gula dan masak sekejap lagi. Matikan api, sejukkan inti tadi.
- UNTUK KULIT QUICHE :- Canai doh tadi diantara dua keping plastik bersih hingga mendapat ukuran lebih besar dari acuan (Mat guna yang saiz 6 inci), buka plastik dan terbalikkan ke dalam acuan, kemaskan dasar dan bahagian tepinya. Potong lebihan pastry. Cucuk permukaan dasarnya dengan garfu. Kemudian alas dengan sekeping kertas minyak dan letak benda berat dalamnya, mat letak kacang soya seperti dalam gambar. Bakar kosong (blind-bake) pada suhu 190C selama 15 minit. Kemudian angkat kertas bersama kekacang tadi, dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluar dan ketepikan.
- UNTUK KASTARD :- Satukan telur, keju, susu sejat, serbuk lada hitam dan sedikit garam, kacau rata dan ketepikan.
- UNTUK QUICHE CENDAWAN PEDAS BERKEJU :- Ambil inti tadi, isi dalam kulit quiche, ratakan. Berhati2 tuang kastard berkeju tadi atasnya, ratakan. Tabur hirisan daun kucai yang diasingkan tadi, rata. Sambung bakar lagi selama 20 - 25 minit hingga permukaan quiche perang keemasan. Sejukkan sebelum dipotong, dan hidangkan bersama sos kegemaran. Sesuai untuk minum petang.
Okeylah kan... percubaan pertama!
assalam k.Amie
BalasPadamtak penah makan tp tgk menyelerakan
suker cendawan tu yummyyy
kalau masuk dapur Amie, mesti ada masakan sedap2, nak sepotong bole?..hik!
BalasPadamKak amie kite peram resepi yerrr dah lame nk nerai quicheee
BalasPadamresepi yg dh lama tersimpan..bila la nak ada kerajinan mcm akak huhu.. mntk sepotong dulu bleh ..hihiii
BalasPadamOh sedapnya k.amie.....da nmpk cam piza plak...:-)
BalasPadamSmpn resepi dlu...nnti bila senang bole try ni...
Salam...Amie
BalasPadamSedapnya berselera bila tgk...kalau nak mintak sikit pun tentu dah tak ada ni...huhuhu
sedapnya.. mmg favourite ni.. nti may cuba ye kak amie..
BalasPadam