Assalamualaikum.
Selamat bercuti sempena Chinese New Year 2013. Bagi yang hendak pulang ke kampung, diucapkan selamat jalan, berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa tinggalkan pesanan kepada jiran tetanggan untuk melihat-lihat rumah yang ditinggalkan buat sementara. Moga selama pergi dan selamat kembali. Okey... cerita resepi kali ini Amie kongsi menu Daging Goreng Kicap. Amie suka sangat resepi begini, dan untuk pertama kalinya Amie pernah buat hampir semasa cuti penggal ketika, semasa belajar di tingkatan empat entah berapa puluh tahun lalu! Amie masih ingat lagi pada Kak Asmah yang menurunkan masakan yang mudah dan ringkas ini kepada Amie semasa Amie tinggal bersamanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Resepi : Daging Kicap Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram daging lembu bahagian peha - hiris nipis dan goreng hingga masak
3 biji kentang - kupas, potong dadu, goreng dan toskan minyaknya
2 sudu makan kicap pekat
1 labu bawang besar - potong bulat
1/2 sudu lada putih - tumbuk
secubit garam (jika perlu) dan gula
minyak
Bahan tumisan:
1 inci halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga naik bau dan layu.
2. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
3. Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
4. Tambahkan kicap pekat. Gaul rata.
5. Taburkan lada putih, garam dan gula.
6. Kacau sekali lagi dan tutup api.
Mcm style cina msak gini kak...sedap ni...:-)
BalasPadamYang hijau tu apa? Asparagus ker kucai?
BalasPadamemmm saya mmg suke giler daging kicap ni kak, nyum2
BalasPadamdulu suka makan daging tp sekarang saya gemar ayam dengan ikan..tp tengok akak masak buat saya terliur nak makan...
BalasPadamMakan dengan nasi panas2 ni Amie, sedap!!!
BalasPadamPerggh, bestnyaa...
BalasPadamAsyifa,
BalasPadamstyle cina ye Sifa.
Azie,
bukan asparagus & bukan kucai tapi dari keluarga bawang juga tu.
Aju,
sedapkan Aju...ringkas je.
Totie,
BalasPadamtukar2 selera ye Totie.
Ummiross,
betul tu Ummi..makan dengan nasi panas, merasalah kicap dan lada putihnya!
Liza,
alhamdulillah...
salam kak amie. dh lama tak menyinggah ke sini..kalau lauk macam ni dimakan dengan nasi putih panas2, memang terangkat
BalasPadamtgk gmbar pun dah tau sedapnyer tu
BalasPadamwah nampak sedap laa...salam perkenalan dari putri
BalasPadam