Pages

Khamis, 7 Februari 2013

Classic Durian Cheese Cake

Assalamualaikum.
Selamat petang buat semua. Sebelum Amie bersiap untuk urusan di luar, Amie abil kesempatan untuk kongsi Classic Durian Cheese Cake, hasil pinjaman resepi daripada sifu Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan. Bayangkanlah di hadapan anda terhidang sepotong Classic Durian Cheese Cake yang lemak harum ditambah lagi dengan keenakan campuran keju krim! Ayuh... sesiapa yang ingin sekali-sekala menternak lemak, apa kata cuba resepi yang mudah dan ringkas tapi sungguh lazat ini! Buat sedikit saja, jangan buat banyak-banyak, nanti timbul masalah pula hendak kurangkan kolestrol he he hehh....


Terima kasih Che Mat atas perkongsian resepi yang lazat ini. Minta izin untuk dipanjangkan resepinya di sini ye Mat. Amie siapkan kek ini malam tadi, dan simpan dalam peti sejuk. Jadi, bolehlah dinikmati hari ini untuk minum petang.

Resepi : Classic Durian Cheese Cake
Sumber : Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN DASAR KEK KEJU:
50 gram biskut mudah hadam (Mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN:
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung



CARA MEMBUATNYA:
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan. Amie gunakan loose pan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan - Amie tak buat (terlupa).
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan.



Untuk melihat hasil Classic Durian Cheese Cake yang kemas dan cantik, silalah ke DAPUR TANPA SEMPADAN.


Apa pun... Classic Durian Cheese Cake memang sedap.... sedap dan sedap!

16 ulasan:

  1. Salam Kak Amie...
    Setakat ni belum pernah buat durian cheese cake...nampak licin betul permukaan cheese cake ni....i terhoda la...

    BalasPadam
  2. kemas je Amie potong cheesecake tu...minta sepotong, ada lg kan...hihihi

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Amie...ummi ni suka sangat cheese cake, tapi yang durian cheese cake ni tak pernah rasa lagi, tapi ummi percaya memang sedap teramat tu, gabungan cheese dan durian yang memang kegemaran ummi.

    BalasPadam
  8. Rajinnya Amie ni, tak pernah takde resipi dlm blog ni, bila nak cuti masak?

    BalasPadam
  9. Kak Amie...sedapnya nampak. Ari sy dah nak cuba resepi CMG tu...bahan semua dah ada...tapi Cik Abg pulak kata kalau U sorang yg nak makan baik beli...terbatal hasrat

    BalasPadam
  10. Kak Amie.. sisa in yah yg di peti sejuk tuh buat melly.. mau 2 potong loh..hehe

    BalasPadam
  11. Kak Amie....nak skit....! Itu yg da siap potong2 dalam piring tu.....hihi....

    BalasPadam
  12. salam kak amie,,, rindu dekat kak amie ..lately dah banyak tayang kek ..bestnya ..nak buat yang ni x tahu la bila

    BalasPadam
  13. ada lagi tak amie? kalau ada, kejap lagi kita singgah rumah ye... hehe...

    BalasPadam
  14. sedapnya.. mmg best kalau makan ni.. may suka tgk strawberry kak amie yg dipotong 2 tu.. hehe..

    BalasPadam