Assalamualaikum.
Sementara ada kelapangan dan peluang untuk menggodek tepung, eloklah rasanya mencuba resepi Kek Lapis Water Melon Cheese seperti yang anda lihat di bawah ini:
Oleh kerana Amie dan Encik Suami menggemari kek lapis versi kukus, jadi sudah semestinya Amie lupakan dulu cara bakar dalam oven. Namun begitu, memang nampak perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan versi kukus dengan versi bakar. Untuk hasil versi kukus terutama bahagian atas yang berwarna merah, sebenarnya Amie buat 10 lapisan berselang-seli dengan chocolate chips, tetapi tidak jelas lapisannya. Namun, jika anda buat versi bakar memang jelas garis-garis pemisah di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain.
Kalau diperhatikan dengan teliti, memang nampak sedikit lapisan-lapisan kek yang berwarna merah dalam gambar di bawah ini. Apa pun, yang penting rasanya tetap sedap, kami paling suka pada kelembutan dan rasanya yang tidak begitu manis!
Bahan asas yang digunakan untuk membuat Kek Lapis Water Meon Cheese ini adalah sama seperti kek lapis yang lain, tetapi kebijaksanaan menambah atau memilih perisa tertentu menjadikan rasanya lebih lazat dan itulah yang membezakan keenakan antara satu kek lapis dengan kek lapis yang lain. Idea mempelbagaikan perisa ini Amie perolehi dari KEK LAPIS.COM. Selain penggunaan mentega, susu pekat manis, gula halus, tepung gandum, krim keju, horlicks, coklat chip dan telur, Amie bahagikan adunan kepada 3 bahagian mengikut keperluan seperti 1/14 adunan untuk adunan asli, 1/4 adunan untuk warna hijau tua dengan menggunakan perisa pandan untuk lapisan paling dasar, 2/14 adunan berwarna hijau muda, dan 10/14 adunan menggunakan sedikit jem strawberry dan pewarna merah jambu.
Untuk resepinya, Amie masih gunakan resepi asas dari blog BROTHER ROZZAN - RSR sebagaimana Amie hasilkan KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE beberapa hari lepas. Jom kita lihat resepinya seperti di bawah ini.
Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
150 gm Horlicks
150 gram jem strawberry
pewarna hijau & perisa pandan
pewarna merah jambu
coklat chip secukupnya
Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada: 1 senduk (5 sudu makan) untuk warna asal, 1 senduk lagi diwarnakan hijau tua, 2 senduk diwarnakan hijau muda, dan selebihnya ditambah dengan jem strawberry serta pewarna merah jambu. (Untuk lebih mudah gunakan sukatan 5 sudu makan atau satu senduk bersamaan dengan 1 bahagian).
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200'C. AMIE BUAT CARA KUKUS!
8. Ambil adunan hijau tua dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dengan api atas bawah sehingga masak. Untuk lapisan kedua, ambil separuh adunan berwarna hijau muda, begitu juga dengan lapisan ketiga. Manakala lapisan keempat, gunakan bahagian dengan warna asal. Tukarkan suhu oven kepada api atas (grill).
9. Untuk lapisan kelima, ambil 1 senduk dari adunan strawberry dan ratakan. Letakkan coklat chip untuk setiap lapisan berwarna merah ini. Buat begini sehingga habis semua adunan.
Ada rupa tembikai tak? Selamat menjamu mata dengan Kek Lapis Water Melon Cheese!
menarik.. cantik gambar2 .. ^^ mahu cuba bila free.. hehe
BalasPadamAmie..cantiknya kek lapis Amie ni, sebijik macam water melon kan, mesti sedap tu!!!. Dah lama tak makan kek lapis, sejak balik Semenanjung jarang jumpa.
BalasPadamSalam Kak Amie.....cantik sesangat laa kek nie, nampak cam tembikai betul laa kak...kalau saya mesti simpan je sayang nak makan sbb terlalu cantik ......tergoda...!!!
BalasPadamCantiknyeeeeee.... sekali pandang mcm buah tembikai sebenar... mesti sangat sedap....!!!
BalasPadamsalam amie..tergoda kak ilah tgok ..kak dah perint resepi nak buat mmg tak tau bila, nak oder dgn amie jauh sgt hehe layan mata dulu laa jwbnya
BalasPadamrajin betul la amie melapis, cantik pulak tu..
BalasPadamya Allah! cantiknyerrrr.. rajin amat amie melapis kek... kecur tgk kek amie ni tau...
BalasPadamsalam amie....menariknye kek lapis tembikai ni. cantik ;)
BalasPadamini kalau ada yang rabun.. mmg tersalah makan juga lah ni.. ingatkan tembikai betul.. hehe..
BalasPadamTabikk lh kak amie..rajin n mahir melapis dh..untung ada yg gemar mkn kn ada jugak temankn mkn kek..pic cantek ar kak..kek pun sgt terbaikk :-D
BalasPadamCntik sungguh kejadian kek ni kak...nmpk mcm puding tembikai pun ye gak....msti sedap ni kan....nak try la bila ada masa nnti....
BalasPadamAssalamualaikum Kak..Memang menarik kaler merah ia...Pasti sedap ni
BalasPadamKita nampak macam tembikai betul tadi. Fuhhhh belum sampai seru nak buat camni.
BalasPadamNana Liena,
BalasPadamterima kasih... boleh cuba, kena sabar menunggu hingga selesai.
Ummiross,
terima kasih Ummi... di Sarawak memang banyak kek lapis ye Ummi, macam2 rupa & warnanya!
Nasya,
kalau versi bakar...tak berapa nampak sangat rupa tembikai ye Nasya.
Noor,
BalasPadamterima kasih Noor... memang sedap, manis2 manja gitu.
Kak Ilahjy,
silakan kak Ilah... datang semangat nanti bolehlah buat kak he he ehh.
Liza,
terima kasih Liza... alhamdulillah.
Madiha,
BalasPadamalhamdulillah Madiha... semangat sedang membara, jadi cuba-cuba buat sempena cuti CNY ni.
Rostina,
terima kasih Ros...
May,
he he ehh... sekali pandang rupa tembikau ye May!
Sury,
BalasPadamalhamdulillah... kami makan sikit je, selebihnya tu Encik Suami suka bawa ke sekolah, bagi kat jiran2...suka-suka je buat ni untuk cari pengalaman Sury.
Asyifa,
sekali pandang memang rupa puding sebab tak berapa nampak layer, silakan mencubanya Syifa.
Sue,
waalaikumussalam.... sikit2 kakak bubuh pewarna, bermain dengan warna dulu untuk mendapat hasilnya...
Hazila,
BalasPadamhe he eh... akan sampai seru juga nanti tu Zila...
Aslmkum Amie
BalasPadamcantik kek lapis watermelon Amie ni....warna terang elok..mmg nampak mcm watermelon.versi kukus pasti lagi moist...lembutkan. kat bawahpun tengok ada kek lapis juga.. Kek Lapis Blueberry Cheese...pasti sedap.
aduh la...meleleh air liuq dpt tgk aje...nasib baik ada beli kek lapis cheese kat kawan hb...
BalasPadamMamasya,
BalasPadamwaalaikumussalam...memang suka versi kukus Mamasya, lembut je..
Fazian,
sedapkan kek lapis Fazian...
comelnyaaa...nak sepotong boleh tak akak?comel sangat...nmpak moist sgt bila akak kukus...meleleh dah air liur ni..hihi
BalasPadamAs salam Amie,wah nampak hebat betul kek tu,tak terdaya saya nak membuatnya.tengok ajelah kat sini..
BalasPadamcomelnye kek 2..nk try buat la..harap2 m'jadi :)
BalasPadamhttp://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/pasang-surut-hidup.html
Faa,
BalasPadammemang kami suka versi kukus Faa... buat masa inilah he heh mana tahu akan datang suka yang bakar je...
Suzana,
waalaikumussalam...
suka-suka saja Suzana..nak cuna, menjadi ke tidak he he ehhh.
Noraqilah,
silakan... mudah-mudahan menjadi.
Assalamualaikum... Kak... Nak tanya.. Telur tu guna gred berapa ? Guna tpg gandum boleh x ? Atau tpg kek ? Utk procedure letak horlick dan tpg tu Jena guna mixer atau kaup balik ?
BalasPadam