Assalamualaikum.
Bagi yang tercari-cari resepi Itik Panggang atau ingin menukar resepi kebiasaan seperti rendang itik, kari itik dan sebagainya bolehlah tengok resepi Amie di bawah ini. Keluarga sebelah Encik Suami memang peminat tegar daging itik, dan akhirnya Amie pun terikut sama menikmatinya. Kebiasaannya, mereka akan rebus dahulu itik sehingga empuk, dan kemudian goreng daging itik tersebut bersama beberapa jenis bahan pemerap. Memang sedap! Namun begitu, kali ini Amie ubah sedikit cara masakan keluarga dengan cara merebus sehingga empuk, dan kemudian memanggang dalam oven. Sebelum ini Amie pernah memanggang itik DI SINI, tapi tahap kesabaran tersebut untuk menunggu sehingga itik masak tidak ada pula pada hari ini. Dengan cara merebusnya terlebih dahulu, bolehlah membuat kerja-kerja lain, berbanding membakar sepenuhnya yang memerlukan perhatian khusus, mengambil masa yang lama dan terpaksa berkali-kali membuang minyak dari lelemaknya, takut hangus, rentung dan sebagainya.
Resepi : Itik Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor itik - bersihkan & toskan sehingga kering
5 cm halia - diketuk
7 biji bawang putih - ketuk
2 sudu makan mentega
Bahan pemerap:
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 sudu teh five spices
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan kicap manis Cap Kipas Udang
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
Cara:
1. Rebus itik bersama halia dan bawang putih ketuk sehingga empuk.
2. Keluarkan itik dan toskan seketika.
3. Lumurkan seluruh daging itik dengan bahan pemerap dan biarkan seketika.
4. Panggang itik di dalam oven menggunakan api sederhana selama 30 minit. Lumurkan dengan mentega sekiranya kulit itik kelihatan mengering. Jika suka kulit itik yang garing, boleh panggang lebih lama.
Itik Panggang ini tidak begitu garing, tapi isinya cukup lembut. Amie tidak sediakan sosnya kerana menurut anak-anak dengan meratah daging itik bersama lebihan bahan pemerap di bawah tray pembakar saja sudah cukup enak!
Mudahkan cara penyediaan itik panggang cara Amie? Kalau nak lebih sedap, bolehlah sediakan sos pencicah mengikut selera masing-masing.
Selamat mlm kak amie..mengancam je itik tu posing..menyelerakan je..x prnh mkn itik lagi..tapi hubby sury kata sedap..:-D
BalasPadamAmie..menggoda sungguh itik panggang ni,sampai kecur air liur ummi ni..
BalasPadamSaya pun suka makan itik panggang,tp tak pernah masak di rumah sebab sy jak yg gemar makan....nampak kak Amie punya itik panggang ni sangat sedap...bole la singgah nanti...
BalasPadamakak! itik my favourite!!!! nak buat jugaklah itik bakar.
BalasPadamsaya tak makan itik..tapi yg akak buat ni mmng mnggoda sangat...
BalasPadammasyaAllah , ini tampak sangat sangat sangat lezat kak....
BalasPadamu never fail to amaze me with your cooking.. looks so..ooooo delicious.
BalasPadambebek pangganggg.. sedapnyerrr.. :b
BalasPadamMasa kecik di kampung dulu, kami banyak bela itik. Dan kadang2 bila arwah ayah sembelih beberapa ekor, mak masak Itik Masak Kicap. Memang sedap. Rasa macam burung, kan? Dagingnya agak liat, sebab tu kena rebus lama sikit.
BalasPadamassalam amie..seisi rumah acik pun minat daging itik tapi tak selalu acik beli...mahal sangat..seekor sampai hampir 40 ringgit..sesekali acik beli juga..cuma dibuat masak kari dan rendang je
BalasPadamSedapnya itik kak....lama x mkn...sib baik x ngidam...huhuhu....
BalasPadamsalam kak
BalasPadamsaya x makan itik huhuh
kak,masa kita kecik2 dulu bapak kita bela itik,tapi syangnya tak pernah sembelih itik...cuma suka ambikm telurnya je buat telur masin..
BalasPadamWah...sedapnyer, itik pangggang tu!! kt kg ada bela itik, tp buat rendang je...selalunyer jual, lenkali bolehlah wat itik panggang plak.
BalasPadamThanks... dah lama cari resepi ni.. baru jumpa😋😍
BalasPadamSuhu brapa n brapa jam?????
BalasPadamSuhu brp n brp jam nak bakar kat oven ni kak???
BalasPadamSuhu brp n brp jam bakar kat oven ni kak?????
BalasPadamSedapnya
BalasPadam