Pages

Sabtu, 9 Februari 2013

Taiwanese Longan Walnut Cake

Assalamualaikum.
Sementara menunggu hidangan tengahari, apa kata kita nikmati dulu sepotong Taiwanese Longan Walnut Cake. Sebenarnya Amie siapkan kek ini malam tadi, tetapi lupa berpesan kepada ahli keluarga bahawa Amie belum lagi mengambil gambarnya sementara menunggu kek menjadi sejuk sebab Amie tidur awal. Bila bangun pagi tadi, rupanya kek sudah dikekah he he hehh... tak apalah. Ada sebahagian kek yang masih elok, jadi untuk kenang-kenangan Amie kongsikan hasil air tangan Amie ini untuk perkongsian bersama. Rupa-rupanya ada kelainan rasa dalam kek ini. Selain rasanya yang kurang manis, penggunaan longan taiwan yang direndam semalaman dengan vitagen turut mempengaruhi kelazatannya! Ikut resepi asal yang Amie belajar di kelas masakan minggu lepas, guru masakan menjadikannya sebagai muffin, tetapi Amie lebih suka membakarnya dalam loyang untuk memudahkan kerja. Memang cantik kalau dimasukkan dalam cawan muffin, tapi tak puas makan! Resepi ini tidak menggunakan sebarang pewarna tambahan, walaupun warnanya coklat dan gelap. Mungkin penggunaan vitagen perasa oren yang digunakan untuk merendam longan taiwan itu yang menyebabkan adunan ini turut berubah warna apabila dibakar. Jom lihat resepinya di bawah ini.



Resepi : Taiwanese Longan Walnut Cake
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
70 gram kuning telur
105 gram putih telur
200 gram gula kastor
225 gram tepung top / tepung superfine
5 gram soda bikarbonat
7 gram perasa longan
300 gram minyak jagung - Amie kurangkan kepada 250 gram
10 gram susu UHT
150 gram isi longan taiwan - longan kering saiz kecil
150 gram vitagen - Amie gunakan perasa oren
50 gram cincangan kacang walnut
Isi longan taiwan yang kering hendaklah direndam dengan vitagen semalaman.

Cara:
1. Putar kuning telur, diikuti dengan putih telur dan gula kastor. Teruskan memutar selama 5 minit sehingga pekat.
2. Masukkan soda bikarbonat, diikuti dengan tepung top atau tepung superfine, perasa longan, susu UHT dan minyak jagung. Putar dengan kelajuan rendah selama 2 minit atau semua bahan tergaul rata.
3. Masukkan isi longan yang direndam dengan vitagen dan gaul dengan spatula.
4. Tuang adunan ke dalam tin pembakar.
5. Taburkan cincangan walnut di atas adunan.
6. Bakar pada suhu 170'C (atau ikut kepanasan oven masing-masing) selama 35-40 minit atau sehingga masak.


Isi longan kering yang direndam bersama vitagen itu yang buat tak mahu berhenti makan!

9 ulasan:

  1. kak,kita bayangkan rasa ni macam kek carrot..betul ke tak kak?perengnya kek tu bagai moist sangat bila dinikmati

    BalasPadam
  2. Pen Biru,
    waalaikumussalam & terima kasih... nanti kita datang ke sana ye.

    Rohah,
    memang moist betul Rohah... macam kek carrot tapi rasa longan he he heh

    BalasPadam
  3. Fulamak!!!, terbaik ni Amie, ummi tak pernah makan lagi, tapi mesti sedap ni, insyaAllah nanti nak cuba juga ni amie..

    BalasPadam
  4. terbaik laa akak...kreatif...faa tak penah terlintas pon longan direndam dengan vitagen oren...hehe

    BalasPadam
  5. wah Amie,nampak sedap betul la kek ni, moist aje.rasanya manis tak?

    BalasPadam
  6. assalam amie..kalau ada petai..dan tempoyak tu cukup dah amie..banayk la acik makan..he he..

    BalasPadam
  7. lain daripada yg lain..hehe.. :) kalau kukus blh dak? bake2 nie tak berapa sgt..huhuuh

    BalasPadam
  8. Ummiross,
    Amie pun pertama kali jumpa resepi begini Ummi.. memang sedap, tapi sebab dapat muffin kecik, tak cukup puas pulak... jadi balik rumah buat kek besar sikit, puaslah makan longan & kek yang moist dan manis2 manja tu.

    Faa,
    Kak Amie pun tak pernah terfikir sebelum ini Faa... alhamdulillah bila rajinkan diri ke kelas masakan, macam2lah pulak yang kakak dapat!

    Suzana,
    memang moist, tapi rasanya hanya manis-manis manja aje.

    BalasPadam
  9. Acik,
    tempoyak & petai memang membuka selera kan Acik.

    Nana,
    tak pasti pula Nana, tapi cubalah, mana tahu menjadi...

    BalasPadam