Pages

Rabu, 2 Januari 2013

Udang Garing Daun Kesum

Assalamualaikum.
Kongsi satu lagi resepi untuk malam ini... Udang Garing Daun Kesum. Sudah pernah buat tapi nak buat lagi sebab sedap dan kebetulan pula semua bahan yang diperlukan ada termasuk daun kesum, daun kari dan daun kemangi @ selasih.


Kali pertama Amie buat Udang Garing Daun Kesum ikut resepi yang Ibundo gunakan berdasarkan Majalah SAJI Februari  2012. Kali ini pun, Amie gunakan sumber yang sama. Terima kasih banyak Ibundo, sekali lagi Amie panjangkan resepinya di sini ye Bundo!


Resepi: Udang Garing Daun Kesum
Sumber : Dapur Ibundo - Majalah SAJI 2012

Bahan:
500 gm udang


Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam


Bahan cincang:
6 ulas bawang putih

3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (Bundo tambah) - Amie pun tambah
minyak untuk menggoreng


Cara:
1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.

2. Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.  
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing.  Angkat dan toskan minyaknya.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja.  Tumis bawang putih, bawang besar  dan halia sehingga agak garing. 
5. Masukkan cili merah diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari.
6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
7. Masukkan semula udang dan gaul rata.



Sedap ratah-ratah begitu saja!

17 ulasan:

  1. aduhhh kak xtahan tgk udang yg bjuntai kt tepi2 mangkuk tu..rasa mcm nk dkutip2 aje..hihi

    slmt thn baru yea buat akak skeluarga..

    BalasPadam
  2. Selamat malam kak amie, sedap nampak menu hari ni : )

    BalasPadam
  3. Slmt thn baru Amie.
    sedap nampak udang goreng garing gini....kat rumah masak udang juga tp kari udang..

    BalasPadam
  4. salam Mie, dah lama jugak akak tak masak udang ni, banyak daun2 kat umah ni segar bugar esuk lusa nk buat lah tergoda jugak tnegok udang Amie ni beso2 lagi tu

    BalasPadam
  5. Olala!!!, kecur air liur ummi ni Amie, baru lepas makan, tapi tengok udang ni rasa nak makan balik.

    BalasPadam
  6. Slamat Tahun Baru Kak Amie ^__^..

    xtahan tgk udangnya..InsyaAllah nk cuba jgk resepi ni nnt..damia suka sgt mkn udang..

    BalasPadam
  7. bestnyerr udang goreng garing..mcm rasa2 je kruupp kraapp die tu..nyumm2!

    BalasPadam
  8. Aduh mak aiii...!!!! terlior nyaaaa

    BalasPadam
  9. Kak Amie cayangggg...nak pengsan mieza tgk udang ni...mieza mmg suka makan seafood...huwaaaa terliurrrr

    BalasPadam
  10. bestnya tgk udg tu dok berposing, meh sini dlm 3 4 ekor...hihihi

    BalasPadam
  11. sedapnya kak amie

    besar2 pulak udang tu, dapat ratah2 pun best jugak kan

    BalasPadam
  12. selamat petang kak amie..hmmmm.. sedapnya udang garing daun kesum ni..

    BalasPadam
  13. As salam Amie.. Sedapnya resepi udang ni..
    Singgah dan follow sini.. 825
    Salam kenal :)

    BalasPadam