Assalamualaikum dan selamat petang!
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan dan memang berpeluh-peluh mengurus banyak hal! Biar pun letih tapi sampai rumah, masak tetap diutamakan!
Sebelum keluar bekerja, Amie sudah merancang terlebih dahulu apa menu yang perlu disediakan untuk anak-anak sekembalinya mereka dari sekolah. Oleh kerana bujang sulung Amie ada di rumah, jadi Amie berpesan kepadanya supaya masak nasi terlebih dahulu, dan keluarkan beberapa bahan yang perlu direndam sementara Amie pulang untuk masak lauk. Hari ini, dalam masa yang singkat, setelah bujang sulung siap masak nasi, Amie hanya mengolah lauk-pauk sahaja. Salah satu lauk untuk hidangan anak-anak tengahari ini (agak petang sedikit kerana si bongsu balik lewat), ialah Ikan Tuna Masak Sos Lada Hitam.
Resepi : Ikan Tuna Masa Sos Lada Hitam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
6 keping ikan tuna - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
4 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
10 biji cili padi - hiris
2 biji cili hijau - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris
2cm halia - hiris
1 cawan air
minyak
Cara:
1. Goreng kepingan ikan tuna hingga masak. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, ssos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, hirisan cili padi dan cili hijau. Biarkan kuah memekat.
6. Tambahkan bahan lain yang digemari seperti tomato ceri dan daun bawang.
7. Tutup api dapur. Angkat dan hidangkan.
kecur liur la kak amie..
BalasPadamselamat bertugas kembali kak :)
BalasPadammas suka ikan msk cam gitu...berselera je makan dgn nasi panas.. sedapnya :)
sedappnyerrr..dh la pose arini..terliur plak..;)
BalasPadamAmie..ummi tabik spring kat Amie, walau sesibuk mana tetap memasak untuk yang tersayang.
BalasPadamadui.. ku terlapar sdh tgk ikan tuna kak amie ni.. yummy...
BalasPadam