Pages

Khamis, 10 Januari 2013

Kek Pisang Coklat Urai

Assalamualaikum.
Jom nikmati sepotong Kek Pisang Coklat Urai dengan secawan teh 'o' panas. Pada mulanya Amie hendak buat Banana Chocholate Chiffon Cake, salah satu resepi yang Amie pelajari pada hari Sabtu lepas, dan semua bahan yang diperukan telah tersedia lengkap. Entah macamana tiba-tiba berubah fikiran pula untuk menghasilkan Kek Pisang Coklat Urai. 


Resepi asalnya Amie dapat dari Dapur Tanpa Sempadan - Che Mat Gebu. Bagaimanapun Amie gunakan 2 kali ganda daripada adunan asal, untuk mengurangkan jumlah pisang masak ranum yang terbiar di sudut dapur. Che Mat gunakan gula perang dan hasilnya memang nampak cantik, tetapi Amie gunakan gula kastor mengikut resepi asal sebab tidak ada stok gula perang. Terima kasih Che Mat atas perkongsian resepi yang mudah dan sedap ini.


Resepi : Kek Pisang Coklat Urai

BAHAN-BAHANNYA :
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/3 cawan pisang yang didadu besar
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. (Amie gunakan acuan bulat non stick).
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang.


Nak jemput makan.... tapi dah licin!

18 ulasan:

  1. selamat malm k.amie
    dah habis yek baru nak kenen he he

    BalasPadam
  2. as-salam..
    dah lama tak buat kek pisang..
    tetiba teringin la pulak..

    BalasPadam
  3. sedapnye..sy ni bilala ada masa nak wat kek.husband dah asik tanya je bila nak wat kek.huhu

    BalasPadam
  4. alaa..baru nak mintak sepotong..tp da licin...acaner? hehe

    BalasPadam
  5. sedapnya.....adui!!! kene beli pisang ni!!!!!

    BalasPadam
  6. sedapnya.....adui!!! kene beli pisang ni!!!!!

    BalasPadam
  7. Saya tak dak oven, jadi saya sentiasa kagum dengan orang yang pandai baking baking nih.

    BalasPadam
  8. saya suka makan kek pisang.setiap kali terasa ingin membuatnya pisang pulak tak ada!

    BalasPadam
  9. Sedapnya....kongsi boleh tak??? Hehehe

    BalasPadam
  10. Salam kak amie..bru nk tumpg sama dh licin plk kn..he hee..zils suka jgk klu yg ada pisang2nie kak..nk kerak atas tue ..nmpk sedapp

    BalasPadam
  11. Alaaa k.mie...baru nk tadah piring dh licin rupanya... kena buat sdr la ni...

    BalasPadam
  12. semuapun pakat frust..takleh nk rasa,,takpalah kak amie,,,kita mintak resipi lah ya...hehe

    BalasPadam
  13. bestnyerrr..terasa2 manis di tekak walopon blom makan lagi..nyumm..nyumm

    BalasPadam
  14. sedapnyerr... tun mmg suka makan kek pisang, mapin pisang, cekodok pisang.. n apa2 yg ada pisang. hihi

    BalasPadam
  15. Sedapnya...memang ngam betul kalau digandingkan dg teh o panas....macam laju jak Kak Amie makan...hehe

    BalasPadam
  16. alaa.. baru nak ngendeng sepotong, dah licin rupanya.. :)

    BalasPadam
  17. salam wbt kak amie..
    mmg sodap ni makan kek pisang time sejuk2..dah lama tak buat deh!

    BalasPadam
  18. Salam pagi Amie..

    Ummi singgah pagi-pagi makan kek, hihi..

    BalasPadam