Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. Resepi ringkas, mudah dan sudah semestinya sedap ini Amie ingin kongsikan bersama pengunjung. Tentu ramai yang sudah biasa makan cendawan goreng salut tepung. Sebelum ini Amie biasa goreng cendawan tiram tetapi kali ini Amie cuba gunakan cendawan shimeji pula.
Rasa cendawan shimeji goreng salut tepung ini pada Amie lebih sedap berbanding cendawan tiram terutama bahagian batangnya yang kenyal itu. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun dijadikan sebagai lauk ketika makan nasi.
Inilah rupa cendawan shimeji yang belum diolah. Banyak terdapat di pasaraya. Walaupun mudah cara penyediaannya, tapi Amie kongsikan juga resepinya untuk tatapan bersama.
Resepi : Cendawan Shimeji Goreng Salut Tepung
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan shimeji - bilas dan toskan
1 biji telur - pukul ringan
serbuk tepung kentucky secukupnya
minyak
Cara:
1. Gaul cendawan shimeji dengan telur hingga rata.
2. Golekkan atas tepung kentucky / salut dengan tepung kentucky.
3. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
4. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Hasilnya, cendawan Shimeji Goreng Salut Tepung ini tidaklah rangup tetapi sedap!
salam Amie
BalasPadamakak jarang masak cendawan ni kalau masak selalu buat sup je,boleh try resepi ni goreng2 walaupun tak ranggup kalau sedap why not kita cuba kan heeee
Ooh ummi tak biasa lagi goreng cendawan ni, bolehlah cuba nanti. Ummi memang suka cendawan goreng ni, ratah je Amie, hihi kuat makan ummi ni.
BalasPadamsedappnyerr..nens kalo ngn cendawan mmg suka sgt..;)
BalasPadammenarik dan tentunya sedap kn amie?
BalasPadamselalu nampak cendawan ni tp tak terbeli pula. Kalau kak amie dah share resepi, kena cuba ni ^^
BalasPadamSalam Kak Amie cayang ^__^..
BalasPadamYana biasa goreng cendawan tiram je..lepas ni boleh lah cuba goreng cendawan ni plak..nmpk comel je ^_^
kalau guna tepung tempura, mesti rangup kan kak..saya suka cendawan enoki tu tapi dia kecik sikit..nice kak :)
BalasPadamIsk geram tul D5 tgk cendawan tu gebus2 belaka fuhhhhh terliur :D..
BalasPadamAssalam amie, tak ranggup tak apa janji sedapkan, cantik pulak tgk
BalasPadamKak Amie ....Sedapnyeee..!!
BalasPadamKY pun suka juga makan cendawan goreng ni..dah lama tak merasa
BalasPadamini kalau buat sikit tak cukup ni..mau kene buat sekilo..hehehe
BalasPadamsalam amie...
BalasPadamkalau hidang depan mata madihaa... terus buat2 lupa kat tuan rumah ni.. mau sekelip mata licin ku kerjakan.. hihi... tp madihaa belum pernah merasa lg cendawan jenis ini.. nak kena cuba2 juga ni.. madihaa paling suka cendawan bao atau king mushroom tu.. buat stir fry rasanya amat sedap sekali...
milmilan yg enak..enak mbanget..
BalasPadamsuka deh makam jamur di goreng..nyam..nyam
BalasPadamCicah sambal kicap sedap nie kak amie..
BalasPadamas-salam kak :D
BalasPadamdah lama tak makan cendawan.
akak..rempah tu mmg sedap...cubalah:D
time terdesak boleh la guna..cepat dan jimat masa..hihi
Dah masak dengan tepung...Alhamdulillah sedap kalau di masak dengan lama...baru jd rangup....
BalasPadam