Assalamualaikum.
Selamat petang buat semua yang sentiasa sudi mengunjungi dapur Amie. Petang ini Amie berkesempatan untuk berkongsi satu lagi resepi pencuci mulut hasil daripada mengikuti kelas masakan pada petang Sabtu lepas. Sebenarnya sebelah paginya Amie sudah tertinggal untuk mengikuti 4 jenis pudding cake termasuk Fantasy Coconut Pudding Cake, Rainbow Bread Pudding Cake, Black Forest Pudding Cake dan Mutiara Chocolate Pudding Cake kerana Amie terlibat dengan program penyerahan RM100 di sekolah. Bagaimana pun pada sebelah petangnya Amie masih berpeluang untuk mengikuti kelas masakan untuk menyediakan pencuci mulut yang terdiri daripada American Brown Cheese Cake, Baked Durian Cheese Cake dan New York Deli Cheese Cake yang dikendalikan oleh chef yang sama di sebelah pagi iaitu Chef Khoo See Yew.
Alhamdulillah.... percubaan pertama menjadi juga!
Encik Suami tidak sabar ingin menikmati lagi American Brown Cheese Cake yang Amie bawa sepotong dari kelas masakan. Walaupun malam tadi, badan agak letih, sebelum tidur Amie sempat siapkan ABCC dan terus simpan dalam peti sejuk. Jadi, dapatlah dinikmati bersama anak-anak pada sebelah petang sekembalinya dari sekolah. Di bawah ini Amie kongsikan bersama resepi yang Amie perolehi dari kelas masakan itu.
Bahan A: (Lapisan 1)
92 gram mentega
1/2 sudu makan nescafe
135 gram biskut Digestive - boleh gunakan biskut Marie - hancurkan
60 gram coklat chips
Bahan B: (Lapisan 2 : Bahan B, C & D - Cheese)
280 gram krim keju
35 gram mentega
80 gram gula
Bahan C:
1 biji telur gred A
40 gram serbuk milo
Bahan D:
8 gram gelatin
40 gram air
Bahan E: (Lapisan 3: Bahan E & F - Mousse)
65 gram fresh krim
3 gram mentega
2 sudu makan serbuk koko
140 gram coklat masakan - potong kecil
Bahan F:
10 gram gelatin
60 gram susu segar
390 gram fresh cream - diputar sampai kembang
60 gram serbuk milo
Bahan G: (Lapisan 4: Chocolate Topping)
210 fresh cream
9 gram mentega
1/2 sudu makan nescafe
290 gram coklat masakan - hancurkan / potong kecil
Cara:
Lapisan 1
1. Hancurkan biskut digestive dan masukkan dalam satu bekas.
2. Cairkan mentega dan semasa masih panas, gaul dengan serbuk nescafe.
3. Tuangkan mentega yang digaul bersama nescafe tadi ke dalam bekas biskut digestive.
4. Masukkan coklat chips dan gaul dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang (loose base tin) berukuran 9"X9"X2 1/2" dan tekan -tekan sehingga padat.
6. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Lapisan 2
1. Double boil Bahan D (gelatin & air).
2. Putar Bahagian B dengan kelajuan sederhana sehingga campuran menjadi licin.
3. Masukkan Bahan C dan Bahan D. Tukarkan kelajuan rendah dan putar selama 1 minit.
4. Tuangkan ke atas pastri dan sejukkan kembali.
Lapisan 3
1. Masak secara double boil kesemua Bahan E.
2. Masak secara double boil gelatin dan susu segar. (dari Bahan F)
3. Campurkan (1) dan (2) dengan fresh krim yang telah diputar, serta milo (Bahan F) dan kacau dengan tangan sehingga rata.
3. Campurkan (1) dan (2) dengan fresh krim yang telah diputar, serta milo (Bahan F) dan kacau dengan tangan sehingga rata.
4. Tuangkan di atas lapisan keju.
5. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.
Lapisan 4
1. Masak secara double boil kesemua bahan G.
2. Tuangkan di atas lapisan mousse.
3. Sejukkan kembali.
American Brown Cheese Cake hendaklah disejukkan sekurang-kurang 2 jam di bahagian sejuk beku sekiranya ingin segera dinikmati. Jika disejukkan di bahagian bawah pula, perlu sekurang-kurangnya 4 jam dan sebaik-baiknya semalaman.
kecur.. tengok kek ni.. haish.. hrp2 adalah kerajinan nak buat.. hehe.. tq kak amie sudi kongsi resepi dr class masakan.. mmg xlokek ilmu.. tq kak..
BalasPadamsah2 sedap
BalasPadamnampak mmg menggoda.Sedap tapi tak berapa nak rajin memasak sehari dua ni...nk golek golek je..jika dapat sepotong ni...hmmm(berangan )
BalasPadamSedap nya, mummy favourite ni.... yum yum :)D
BalasPadamwow..sungguh terpesona....sooooo yummy
BalasPadamAsslmkum kak.
BalasPadamPeh!!! Mmg sedap lah. Mengguda betul. Thanks akk, berkongsi resepi yg akk blajar.
sedapnya Mie tapi banyak nya bahan dan cara nya pun panjang berjela2 hahah kena kuatkan hati dan sanubari baru boleh buat ni
BalasPadamyes ni yang suke ni tak payah nak bakar2, hehee. resepi ni akan masuk dlm to-do-list :D
BalasPadamthanks for the recipe. kena pakai loyang springform kan?
May,
BalasPadamsilakan May...
Puan Ros,
anak-anak kata sedap, minta buatkan lagi untuk birthdaynya..
Cik Manggis,
nyamannya dapat sepotong, nanti Amie hantar ye CM he he ehh.
Mummy Ayda,
BalasPadamjemput ...
Lina_pg,
memang yummy...
ibh_sue,
waalaikumussalam... memang suka kongsi resepi.
Kak Nooriah,
BalasPadambahannya itu-itu juga Kak Noor diulang-ulang...
Dakara,
saya guna loose base tin, tak ada springform cake pan.. he he ehh
coklat tu guna coklat apa? cooking chocolate ke coklat chip or anything else?ingin nak try buat..tq :)
BalasPadamAnne Mahli,
BalasPadamsaya guna coklat masakan, coklat chip digunakan semasa digaul bersama biskut pada lapisan 1.
Alamak! sedapnya nampak kek tu Amie, ummi kalau cheese cake ni memang peberet, rasa nak bawa lari kek tu ke Bangi, hehe.
BalasPadamSalam kak amie...mmg sah mguda sgt2...nnti blh buat jgk..tq ye kak share resepi nya :-)
BalasPadamterliur tgk kek yg nampak sedap..
BalasPadamOooo Kak Amie....cuba tengok depan pintu....ada orang ka?..,hahaha...
BalasPadamMula sudah terjangkit ya...rajin sudah buat kek semenjak rajin pi kelas baking...ahaks...ada geng sudah saya ni..hihihi...
Oh ya,kek tu menggoda betul....harus saya terai jugak...minta ijin ambik resepi ya.....
bestnya kalo dpt mkn kek ni! courier kt wc satu! hehe
BalasPadammeleleh leleh air lior nengok ni Amie.. dapnyerrr.. :b
BalasPadamSalam kak amie.. terliurnyer tun tengokkkk!!!! cream cheese ada, tp fresh cream pulak xtau nk cari kat mana. xsame dgn whipped cream ke kak?
BalasPadamUmmiross sayanggg...
BalasPadamelok2 masa bawak lari tu ye... takut jatuh pulak nanti ABCCnya tu he he hehh.
Sury Abil,
silakan...
Mama,
meh jemput makan mama.
Rahel,
BalasPadamdiizinkan 100% Rahel... mesti cantik kejadiannya kalau rahel yang bikin, tak sabar gue mau tengok!
Whitecappuccino,
tunggu depan pintu ye WC he he heh
Sheila,
memang sedap Sheila... jomlah joint sama!
Tun Telani,
Setahu Kak Amie ada 2 jenis fresh cream tu Tun, yang satu Non Diary Whip Cream, mengembang kalau dipukul dan rasanya manis dan satu lagi UHT Whipping Cream, tidak manis dan tidak kembang apabila dipukul. Chef kami gunakan Non Diary Whip Cream jenama Value Pride, ada tanda halalnya.
Waduhhhhh...!
BalasPadamsalam amie...
BalasPadamkerap dah amie buat kek sedap2 skrg ni kan... nampak kek tu dah mcm yg beli punya.. cantik sgt.. rasa dah tentu lah sedap kan..
nangis guling2 bila jengah blog ni...
BalasPadamtabik kak, dah moro banyak langkah,masuk kelas baking rupanya...
BalasPadamngencess akeh ndelok kek mu..
saya dah try buat kek ni, tapi ubah topping dia hehe.
BalasPadammarilah singgah tengok :)
http://dakaraai.blogspot.com/2013/02/abc-aka-american-brown-cheesecake.html
amie...camna kalau kita nak join kelas masakan cheff khoo ni? cam menarik n tertarik jer....
BalasPadamAmie... kalau nak beli gelatin tu kat mana ye? Blh ke kita guna agar2 serbuk mengganti kan gelatin?
BalasPadam