Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Di kesempatan keemasan ini Amie kongsi satu menu istimewa yang dicadangkan oleh Kak Maria Hakem, yang nun jauh mengembara di Cardiff! Terima kasih Kak Maria kerana sudi telefon dari jauh dan sembang panjang dengan Amie. Kak Maria sempat kongsikan resepi Ayam Masak Kari Pakistan untuk Amie cuba. Alhamdulillah, petang ini tidak ada sebarang agenda tambahan di sekolah, jadi Amie berkesempatan untuk mencuba resepi tersebut.
Inilah rupa hasil air tangan Amie. Sebagaimana ramai yang sedia maklum, kari orang kita memang kena bubuh santan serta rempah-rempah lain tetapi Ayam Masak Kari Pakistan hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas dan mudah diperolehi. Apa yang membuatkan resepi ini begitu istimewa pada selera dan pandangan Amie sudah tentulah pada rasanya yang enak dan lazat serta tidak muak. Menurut Kak Maria, untuk mengolah seekor ayam, kita memerlukan 4 biji bawang besar cincang dan digoreng sehingga kekuningan. Okey, Amie pun tak sabar ingin kongsi resepinya di sini. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak buat Kak Maria Hakem yang hadir umpama bidadari menjelma di siang hari mengirim resepi dari jauh!
Minta izin ye Kak Maria, Amie panjangkan resepinya di sini untuk perkongsian maya bersama rakan-rakan pengunjung yang lain. Kak Maria kata terpulanglah kepada Amie untuk gunakan sukatan terutama serbuk cili yang boleh dikurang atau ditambah mengikut kepedasan masing-masing. Sukatan yang Amie tuliskan di bawah merupakan sukatan yang Amie gunakan.
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili, serbuk ketumbar serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
Amie tidak terlalu keringkan kuah sebab anak-anak akan mencari kuah ketika makan nasi. Lagi pun perut sudah berkeroncong minta diisi segera! Amie rasa Ayam Masak Kari Pakistan juga sedap jika dimakan bersama apa juga jenis roti! Wokey.... petang ini Amie ingin berehat seketika, dan buat teman-teman pengunjung yang dihargai, nikmatilah hidangan Ayam Masak Kari Pakistan yang sedap ini.
P/S: Selain ayam, menurut Kak Maria, daging lembu atau kambing juga sesuai digunakan untuk masakan begini.
Amie,hari ni ummi tak masak, sakit kepala,singgah dapur Amie, tengok apa yang ada, olala!, sedapnya masakan Amie hari ni, hari2 pun memang sedap klu Amie yang masak.
BalasPadamassalam kak amie,kari pakistan ni mmg pesen xberkuah ek?
BalasPadamAnak2 suka sgt mkn ayam.Boleh la cuba nanti
Ummiross sayangg..
BalasPadamsuami hari ni sakit, berehat je di rumah... balik rumah terus masak kari Pakistan yang Kak Maria bagi resepi kelmarin...alhamdulillah, selera jugalah dia makan.
Lina,
waalaikumussalam... kata Kak Maria memang kari ini tak berkuah. Sedaplah makan dengan roti Lina.
Kira mcm kari kering kn kak amie..suami zila pun pernh masak camne kak..sedappp
BalasPadamas-salam
BalasPadammampu tengok jek..terliur dibuatnya...
Ooooo... gini rupanya kari orang pakistan. hihi... mkn ngan capati sedap gak nih,
BalasPadamsedap nye kak..mau terangkat makan kari ni :)
BalasPadamOoooo...cmtubmasaknya ye kak...nmpk senang tp penuh teliti nie...
BalasPadamwah... dah sampai pakistan dah amie hehe.
BalasPadamNampak sedaplah amie. Nak terailah nanti. Cicah dengan roti pun sedap ni.
salam Mie, oh rupanya dari kak Maria ya resepi ni dtg dari jauh nun di UK boleh lah akak pun try jugak nnt,macam sedap je tak bubuh santan tu..
BalasPadamnampak best resepi ni..mesti enak kan..
BalasPadamsalam amie..Cm suka masakan yang seperti ini .Tak payah guna santan.Lebih sihat.Nampak sungguh menyelerakan.
BalasPadamAssalamualaikum Amie
BalasPadamSelamat malam...mesti dh tidur nie...kita dtg nk jamu mata nie...nampak sedap dn menyelerakan hidangan Amie nie...yummy!!
cam sedap ja...
BalasPadam