Pages

Ahad, 20 Januari 2013

Jom Belajar Pelbagai Jenis Soft Doughnut

Assalamualaikum.
Petang ini Amie hanya kongsikan hasil belajar membuat donut sepanjang hari Ahad ini. Terima kasih kepada Chef Khoo See Yew yang begitu tekun dan sabar mengajar kami dari pagi hingga ke petang. Banyak petua berguna yang beliau kongsikan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Bagaimanapun, kalau dilihat gambar-gambar donut di bawah ini, mungkin ada yang tidak bulat sepenuhnya, comot dan sebagainya, tapi itulah kewajarannya bagi murid yang baru belajar seperti Amie. Apa pun rasa seronok sebab semua gambar yang dipaparkan di bawah ini merupakan hasil air tangan Amie sendiri. Setiap peserta diberi peluang menghasilkan donut, menggoreng dan menghias dengan pelbagai jenis filling serta topping. Ada 14 jenis kesemuanya dan Amie rasa mungkin akan terlupa nama bagi setiap donut yang dihasilkan, jadi di kesempatan ini Amie paparkan dalam blog supaya boleh menjadi rujukan Amie pada masa akan datang sekiranya ingin membuat donut.


Gambar di atas ialah Orange Beautiful Doughnut. Toppingnya menggunakan bahan seperti white chocolate, dark chocolate, pink dan orange chocolate. Manakala fillingnya pula daripada butter lemon cream. Di bawah ini pula Original Doughnut.


Original Doughnut hanya menggunakan inti kastard, peach dan kiwi. Kita lihat pula Moon Walker Doughnut seperti di bawah ini.


Moon Walker Doughnut menggunakan peanut butter serta custard filling sebagai inti, manakala toppingnya pula menggunakan coklat ganache dan taburan nestum.



Gambar di atas ialah Kiwi Buzz Doughnut yang menggunakan inti keju dan toppingnya terdiri daripada coklat putih serta kiwi filling. Jom lihat seterusnya....


Ini ialah Strawberry Cheese Hill Doughnut yang menggunakan inti keju serta inti strawberry dan dihias dengan coklat strawberry serta sugar stands. Di bawah ini pula gambar Chozsky Doughnut.



Chozsky Doughnut menggunakan dark chocolate yang dimasak bersama UHT Cream dan mentega. Manakala toppingnya pula terdiri daripada chocolate rice, sugar stands serta taburan serbuk milo.


Ini ialah Space Choc Doughnut yang mengandungi inti kastard bercampur susu segar serta chocolate filling. Toppingnya pula menggunakan coklat ganache, coklat masak dan coklat putih. Ada lagi di bawah ni.... ooo donut yang ringkas tapi paling Amie suka! Cheesy Cheese Doughnut!


Cheesy Cheese Doughnut menggunakan cream cheese, icing sugar dan UHT Whipping Cream sebagai intinya sementara toppingnya pula terdiri daripada chocolate putih dan keju parmesan. Donut yang seterusnya...


Ini Power Pop Doughnut. Intinya coklat ganache, sementara toppingnya terdiri daripada coklat hitam, beras coklat, kokomix & kismis.


Gambar di atas ialah California Almond Doughnut yang menggunakan bahan hiasan seperti coklat putih, kacang badam panggang, cappuccino emulco serta coffe emalco. Dan lagi....


Inilah rupa paras Typhron Oreo Doughnut. Sudah semestinya biskut oreo digunakan sebagai salah satu bahan untuk filling dan topping. Selain itu penggunakan dark chocolate serta white chocolate dan fresh cream tidak ketinggalan! Di bawah ini merupkan donut yang ringkas tapi sedap iaitu Chicken Floss Doughnut.


Bahan hiasannya sangat ringkas, hanya menggunakan mayonis dan juga chicken floss. Adalagi... belum habis rupanya.... di bawah ini sudah tentulah Nutty Go Round Doughnut.


Nutty Go Round Doughnut hanya perlu dicelupkan dalam coklat putih cair kemudian taburkan biji labu panggang serta biji bunga matahari panggang di atasnya.



Dan yang terakhir ini..... Cho "O" Cream Doughnut yang menggunakan cream cheese, fresh cream, milo dan nescafe sebagai intinya sementara toppingnya pula hanyalah menggunakan chocolate ganache dan white chocolate.

Sekian, untuk paparan  di hari minggu yang telah sampai penghujungnya! Insya-Allah, ada masa Amie akan cuba satu persatu dan kongsikan bersama rakan-rakan pengunnjung tersayang!

22 ulasan:

  1. wow, semua nampak cantik, looking forward your recipes.

    BalasPadam
  2. Waa Amie, sedapnya!,teringin nak rasa semua jenis donut tu.

    Amie..Ummi pun pernah belajar dengan Chef Liza buat donut dan kek, masa muda2 dulu rajin bebeno, sekarang resepi elok je berlipat dalam fail, tengok donut Amie ni terus rasa nak makan donut, kena selongkar balik resepi ni,hehe..

    BalasPadam
  3. selamat petang k amie
    wah donut mcm2 yg mabeles, cam big apple ekk. sedapppp
    tq ye k.amie sharing disini

    BalasPadam
  4. assalam amie..beruntung amie dapat belajar pelbagai donut tu..mesti sedap2 semuanya tu

    BalasPadam
  5. bestnya Amie dah pandai buat donut yg sebijik macam jual kat kedai, kalau dekat nk order lah malas nak buat lagi dah ddpt mkn yg sedap2

    BalasPadam
  6. Dap nye kak...cantek2 je...dh mcm kat kedei..:-)

    BalasPadam
  7. k.amie, ajar gee pulak yer... teringin juga nk mendonut... heeee

    BalasPadam
  8. semua cantik2 la amie..rasa nak jilat skrin ni hahaha!

    BalasPadam
  9. assalam amie..terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  10. selamat malam kak amie.. aduh.. semuanya saya suka.. tgk gambar je semangat nak men'donut' sdh mari.. hehe..

    BalasPadam
  11. seronoknya kalau saya dapat belajar sama.anak-anak suka sangat makan donat tapi tak pernah menjadi lagi setakat ini.kerass...je! hee..hee

    BalasPadam
  12. Selamat malam Kak Amie...
    Wah...banyaknya gambar donut yang menggiurkan...gue mau ambik semuanya...hehehe...

    BalasPadam
  13. Mengancamnya kak....! Rasa nak gigit jer.....dah mcm rupa bli pnya....msti lembut ni....

    BalasPadam
  14. kalah dunkin donut neh..terliur lg yg kak amie buat ni..sdapppnyerr

    BalasPadam
  15. Wah...kalau anak akak nampak nie,semua dia suruh buat..sebiji macam kat big apple yea amie..akak tunggu resipinya..hehehe..tapi tengok bahan hiaan mahal juga kosnya kan...tapi yang penting mme mengiurkan...

    BalasPadam
  16. As'salam Amie..menarik sangat2 menyelerakan mata melihat. jika dapat dikongsikan resipinya lagi menarik hehehe.

    Tahniah dari ya sebab dah boleh berniaga Donat lepas ni hehehe

    BalasPadam
  17. salam amie...aduh...tak tau mane nak pilih..semuanya nampak menarik..nanti amie ajrin yeak...donut akak memanjang rentung!

    BalasPadam
  18. Salam kak Amie...wah bertuahnya kak Amie boleh belajar berjenis2 donut, boleh lah share resepi lepas ni..teringin juga nak cuba. :)

    BalasPadam
  19. menariknye kak Amie...best kan dpt ilmu menghias donut cmni... nnt boleh share lg yg dibuat dirumah ;)

    BalasPadam
  20. salam..
    sangat2 menarik donut2 tue..
    boleh ke org dapatkan resepi2 donut tu sbb anak2 org mmg suke makan donut nih..
    kalau de boleh ke email ke rohayahabubakar@gmail.com
    thanks

    BalasPadam
  21. Wah! Terima kasih byk2 sbab sudi berkongsu, sis. Semoga Allah balas budi baik sis. Sy sgt minat nak belajar lebih lanjut.. Sy ada pm fb: siti khadijah kasiru

    BalasPadam
  22. Salam. Minta izin utk amek sikit idea untuk buat bisnes ye

    BalasPadam