Pages

Isnin, 17 Disember 2012

Kek Labu Manis

Assalamualaikum.
Dah tidur ke? Kalau belum tidur apa kata kita nikmati sepotong Kek Labu Manis bersama secawan minuman panas sambil sembang-sembang depan televisyen. Sebenarnya Amie baru saja keluarkan sebiji Kek Labu Manis dari oven dan cadangnya akan biarkan semalaman supaya teksturnya lebih padat, lembab dan lembut bila dinikmati keesokan hari. Bagaimanapun, baru saja keluar oven, sudah ada yang menunggu di meja...... alahai tak sampai hati pula rasanya suruh tunggu sampai esok. Sebenarnya bukan nak makan banyak pun, cuma nak rasa sedikit saja. Jadi Amie pun potonglah Kek Labu Manis yang masih panas dan sedikit lembut serta basah isinya seperti di bawah ini.


Amie pinjam resepi dari Dapur Tanpa Sempadan. Minta halal dan minta izin ye Che Mat, Amie panjangkan resepinya di sini untuk tatapan rakan-rakan. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usaha Che Mat dalam usaha memeriahkan dunia masakan tanahair yang tiada batas sempadannya ini. 

Resepi : Kek Labu Manis

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...



Nampak tak bahagian tepinya yang sedikit terkopek tu..... haa... itulah padahnya kalau tak sabar nak cepat keluarkan dalam tin pembakar kek. Apa pun bahagian yang lain selamat dan paling Amie suka sudah tentulah tepi-tepinya yang nampak garing tu! Eh... bila sebut garing macam bingka labu pulak dah Kek Labu Manis ni.


Alhamdulillah, menjadi juga Kek Labu Manis Amie. Labu manis nan sebiji yang Amie gunakan (separuh) sebenarnya sudah terlalu lama berada di sudut dapur, dan usianya jauh lebih tua daripada keledek ungu yang sudah tumbuh tunas dan daunnya yang Amie buat kuih Badak Keledek Ungu Berendam tempohari. Syukurlah, akhirnya tidaklah membazirkan labu manis setelah dapat idea dari dapur Che Mat. Terima kasih sekali lagi Che Mat.

16 ulasan:

  1. Cm blom tido lg Amie.Minta seketoi kek tu..kopi o dah siap atas meja.

    BalasPadam
  2. syoknya la kalau dpt berjiran dengan akk...hari2 masak yg sedap2..seronok3x hehehe....
    sy pun suka bhg kerak kek..sedap garing2 gituw...nmpk kek labu tu memang nampak gebu n padat...mesti wangi semerbak kan?

    BalasPadam
  3. cantik kek & props..berseri seri..

    BalasPadam
  4. tun nk yg paling byk kerak!! ^^
    berkenan jugak kat cawan labu tuuu... hihi

    BalasPadam
  5. Salam kak...
    amboi2...dah le keknya labu....masuk sekali ngan propsnya pun bentuk labu...mmg cun lah....:)

    BalasPadam
  6. salam kak... cantiknyer set labu akak tuh.. comey jerk ngan kek yg sedap plak tuh!

    BalasPadam
  7. singgah jap,terbau kek labu manis yang best, good night dear amie...

    BalasPadam
  8. bestnya labu buat kek, saya selalu buat keria atau msk lemak putih je....ini satu idea yg bagus, mesti nk cuba nti.....

    BalasPadam
  9. Wah...rajinnya kakak gue ni bikin kek...nampaknya kena buat jugak ni..

    BalasPadam
  10. nampak moist sgt kak..sedapnya..nyumnyum...

    BalasPadam
  11. ada lagi tak??? mintak seketul..hehehe

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak..hee amboi menarik ni kek labu yg gebus, lg lembut...sesuai dgn set teko dan cawan labu tu....nak rasa 2 potong buat sarapan pg boleh :-)

    BalasPadam
  13. salam amie...
    mintak sepotong nak buat breakfast ni.... sedapnyerrrr... mcm teringin pulak nak mkn kek labu...

    BalasPadam
  14. akak belum pernah try kek labu ni lagipun kat umah mmg jarang beli labu ni tapi tengok Amie punya kek cam sedap je tunggu mood rajin dulu ah baru dpt merasa ni

    BalasPadam
  15. cam sedap jek...terbayang2 lemak labu kat kek tuuu...huhuhu

    BalasPadam