Pages

Sabtu, 1 Disember 2012

Ikan Pari Masak Asam Rebus

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Bagaimana agaknya cuaca di tempat rakan-rakan ye... di tempat Amie mendung, gelap saja suasana di luar, tapi sempat keluarkan peluh sebaik sahaja menghirup kuah Ikan Pari Masak Asam Rebus! 


Resepi : Ikan Pari Masak Asam Rebus
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 kepingan ikan pari
10 kepingan nanas masak
10 biji cili putih - biarkan tanpa dihiris
1 kuntum bunga kantan - belah 4
4 biji bawang merah - belah 2
1 keping asam gelugur
1 biji tomato - belah 2
garam / perasa pilihan
3 cawan air

Bahan kisar:
1/2 kuntum bunga kantan 
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kisar, kepingan nanas dan asam gelugur. Biarkan sehingga nanas layu.
2. Masukkan bawang merah, bunga kantan cili putih dan kepingan ikan pari.
3. Masak di antara 5-7 minit atau sehingga ikan pari masak.
4. Masukkan tomato dan garam / perasa pilihan.
5. Tutup api dapur.
6. Sedia untuk dihidang panas.



Amie gandingkan Ikan Pari Masak Asam rebus dengan sayur sawi tumis dengan udang. Alhamdulillah, walaupun hanya hidangan ringkas dan rebus-rebus tapi mudah-mudahan memberi cukup khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan.

7 ulasan:

  1. as salam kak amie

    sedapnya ikan pari msak berkuah macam ni..saya ske sebab okan ni dia macam melekit2 tu yg best:)

    BalasPadam
  2. Menu sihat sesuai utk orang diet.Sis pun suka asam rebus mcm ni,sedap makan dgn nasi panas2 dan sambal belacan.

    BalasPadam
  3. akak belum pernah masak cam gini Amie nanti nk try lah kena cari ikan pari dulu lah ni sbb oo buat cam ni dah terliur i tengok bawang seketoii

    BalasPadam
  4. Ni kalau ada sambal belacan, bocor periuk nasi kita kak

    BalasPadam