Assalamualaikum.
Moga Jumaat nan redup dan damai ini memberi seribu ketenangan dan keberkatan buat semua. Tengahari tadi Amie sediakan menu ringkas, Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bunga Kantan & Tomato, dengan sayur bening bayam merah. Kiranya menu yang dihidangkan ini tergolong dalam menu ringkas, sihat dan berkhasiat.... almaklumlah, dua tiga hari lepas rasa panas badan semacam gara-gara melantak durian, manggis, rambutan, mangga dan entah apa-apa lagi. Kelmarin pagi, semasa dalam bilik air untuk mandi sebelum berangkat ke sekolah, tak semena-mena meleleh tak henti-henti darah merah dari hidung.... alamak! Lubang hidungku sudah bocor... kata Encik Suami itu akibat panas dalam! Kita pun fahamlah... kalau dah panas kat dalam tu tentu disalahkannya durian.... durian sekarang ni dah mula berlonggok di tempat kami. Amie pun lepaskan rindu dendam makan durian tak henti-henti! Memang kena berpada-padalah kalau nak makan buah bermusim. Semuanya manis-manis belaka termasuk manggis dan rambutan. Amie pun tak tahu berapa biji menelan manggis, dan kelmarin petang sewaktu Encik Suami membawa pulang rambutan, Amie tak berani makan walau sebiji!
Mula-mula Amie cadang nak buat ikan cencaru sumbat kelapa tapi memandangkan kelapa parut dalam keadaan beku dalam peti sejuk, akhirnya Amie putuskan untuk gunakan bahan-bahan yang sedia ada dan mudah untuk diolah.
Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bunga Kantan & Tomato
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru (500 gram) - bersihkan dan belah belakang
1 biji tomato - hiris kasar
garam / perasa pilihan
sedikit pati asam jawa
daun pisang / aluminium foil untuk memanggang
Bahan kisar kasar:
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering - rendam
1 kuntum bunga kantan - hiris kasar
1 biji tomato - belah 4
Cara:
1. Lumurkan ikan cencaru dengan sedikit garam.
2. Tumis kesemua bahan kisar sehingga pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa, garam & perasa pilihan.
3. Masukkan bahan tumis ke dalam belakang ikan, dan sumbatkan hirisan buah tomato.
4. Panggang sehingga masak - Amie bungkus dalam aluminium foil dan panggang dalam oven, dan apabila separuh masak Amie buka pembungkusnya dan terus memanggang hingga masak.
Yang bulat-bulat warna coklat tu tempe goreng!
Cukuplah hidangan buat hari ini, ada ikan bakar, ada tempe goreng dan ada sayur bening!
rapi sajiannya...ganal ikannya, yg tambah enak, ada tmpnya..
BalasPadamMenu ringkas macam ni mmg fav akak.Sedapkan Amie makan dengan nasi panas2.
BalasPadamwah...tempe dan ikan cencaru kegemaran..sedapnya ^^
BalasPadamAlahai, kenapa sana sini semua org masak sedap2 ni, terliur betul ni kak amie, ada lagi ka??hehe
BalasPadamKak Amie selalu buat sy terliur dengan hidangan lauk pauk cmni tauuu... best sgtttt nih...
BalasPadamSelera nya makan kat rumah Amie malam ni.
BalasPadamsedap kak Amie, QH tgk caru sumbat tu..mesti lg sedap bile bunga kantan...
BalasPadambulat2 tempe kt tepi pinggan tu..hehe
assalam amie..baru arini dpt BW balik..aritu blog mama meragam..pasni nak masakkan hb cencaru sumbat tu..dia suka..thanks sudi share resepi..
BalasPadamsalam kak amie..nasib x apa2 kan..zila pernah kena idung brdarah tue zaman kanak2 dulu..masa kecik2 suka main panas tu la kan..
BalasPadamhidangan mlm akk semuanya myelerakan..sedapp:)
sdapnya Amie akak pun nak cari cencaru jugak petang ni biar lah buat cencaru pulang petang pulak heeeee
BalasPadamRohah,
BalasPadamlauk kampung Rohah... sayur bening pun ada, ganal jugaklah ikan tu 1/2 kg seekor.
Norzie,
Ikan tu yang kita suka sangat Norzie..
Mel,
protein dari laut dan darat ye Mel...
Evelyn,
BalasPadamJemput Evelyn..menu kampung aje ni..
Fidzah,
marilah makan sama Fidzah he he hehh
Puan Ros,
Jom makan sama Kak Ros..
Qasey Honey,
BalasPadammemang sedap aroma bunga kantan tu Qasey, haa... itulah bentuk tempe di sini..bolat2...
Mama Aini,
cencaru sumbat apa pun memang sedap tapi tak lawanlah kalau sumbat kelapa!
Zila,
sekarang dah tak berani nak sentuh buah-buahan bermusim terutama durian & manggis (sehari dua ni laaa... ha ha haahh)... jemput makan Zila.
Kak Noor,
BalasPadamcencaru pulang petang ye... he he heh memang sedaplah ikan ni kak!
waduh waduh...
BalasPadamterbaik lah kak..
kecur dah liur sy ni.. heheh
suka buat cencaru sumbat kelapa..
BalasPadampertama kali tgk sumbat bunga kantan dan tomato
Aduh, ni menu sy cuma pandai makan jee, kalau sumbat harus terburai
BalasPadam