Assalamualaikum.
Sunyi dan sepi! Amie bersendirian di rumah. Encik Suami dengan urusan kerjanya, bujang sulung dengan study groupnya di sekolah dan si bujang tengah serta si bongsu sudah 2 hari berada di kampung, tidur di kampung! Dan sejak si bujang tengah dengan si bongsu meninggalkan rumah, kesemua kucingnya... 6 ekor turut meninggalkan rumah! Entah di mana! Kenapa? Mungkin kucing pandai merajuk, bila tuannya meninggalkannya..... maklumlah yang sering memanjakan, memberi makan minum, memandikan dan bermain-main dengan kucing-kucing ini hanya si bujang tengah dengan si bongsu. Hari ini Amie pun turut mati kutu. Masak? Siapa yang akan makan? Tapi perut rasa lapar. Akhirnya, turun juga ke dapur untuk mengalas perut yang semakin berkeroncong menjelang tengahari. Capai satu tin jagung krim. Jadilah Sup Jagung Dengan Bebola Udang seperti di bawah ini.
Resepi : Sup Jagung Dengan Bebola Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 tin jagung krim
5 biji bebola udang
1/2 tin air (ikut sukatan tin jagung krim)
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggie
1 biji telur - pukul
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan jagung krim bersama bebola udang.
2. Tambahkan serbuk pati ayam Maggie.
3. Jika sup telah mendidih, masukkan telur yang telah dipukul sambil mengacau sup tadi.
4. Tutup periuk dan tutup api dapur.
5. Hidangkan panas Sup Jagung Dengan Bebola Udang bersama bahan hiasan pilihan.
~Biasanya bancuhan tepung jagung diperlukan untuk memekatkan sup jagung. Bagaimanapun oleh kerana Amie hanya gunakan sedikit air, jadi sup jagung tidak cair. Amie tidak menambah bancuhan tepung jagung seperti kebiasaan.
ooo...baru kali ini KY tengok ni..sedap ekk...
BalasPadamCuaca sejuk camni sedap makan gini ni kak..:)
BalasPadammmg sunyi kan kak bila semua org x ada..zila pun sama klu duk sorg2 mmg boring..jap lg nk keluar amik ank balik sek agama..darjah khas masih brsekolah hingga 30 hb nov..so duty x habis lg nie..:)
BalasPadamAssalamualaikum amie...
BalasPadamsejuk2 ni mmg best gak makan sup... jagung tu manis.. kena lak dengan keenakan udang tu.. terangkat punya.. kan.. :>)
as salam
BalasPadamsedap jugak ni kak:)
wow nmpak sedap nih..nanti bleh cuba gk nih..
BalasPadamperut dh lapar walau tggal sorang kena gak msk kan hihiii yg penting perut kenyang :)
BalasPadammas tak pernah makan bubur jgg mcm tu...skali tgk mcm bubur lambuk pun ye tp yg pasti mesti sedap ni, lg2 tgh lapar lepas tu plak hujan...menyelerakan sungguh!
Kak amie..selamat hari lahir, selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat semuanya...mieza doakan semoga kak amie sentiasa dirahmati Allah SWT sentiasa...amin
BalasPadamSedapnya sup jagung ni kak..kat sini panas paginya tapi hujan petangnya...kalau time sejuk ni hirup sup panas mmg sedap kak..
Wahhhhh meriahnya kak sambutan 3 in 1 akak ni..yang mieza terliur sesangat kambing panggang tu kakkkkk
Assalam Amie..bila tinggal sorang selera nak makan pun kurang ka Amie
BalasPadamAmie..sup jagung ada lagi?, lewat ummi datang ni.
BalasPadamwahhh..lapor lagi nengok ni..walaupon baru je sha makan nasi..
BalasPadam