Assalamualaikum.
Nampaknya kesunyian dan keseorangan di rumah tidak berpanjangan. Encik Suami akan mengambil anak-anak di kampung untuk dibawa pulang petang ini. Apalagi, cepat-cepatlah Amie keluarkan apa yang boleh dimasak dengan segera. Bujang sulung yang pulang awal bantu Amie masak nasi. Amie rendam ikan merah dan berkira-kira untuk masak lemak cili padi. Entah kenapa, tak jadi pula masak lemaknya, lain jadinya masakannya! Terpandang satu tin laici dalam peti sejuk membuatkan Amie bertukar fikiran, kerana tiba-tiba terbayang ada sejenis masakan bersos dan dibubuh laici tapi Amie tidak ingat apa masakan tersebut. Ikankah atau daging ayamkah? Hentam sajalah labu.....
Inilah kejadiannya Ikan Merah Masak Sos Sambal Dengan Laici. Rasanya? Bagi Amie okey saja. Cuma, kelainannya sebab ada tambahan laici, itu sahaja. Alhamdulillah, mungkin kerana lapar atau mungkin kerana dingin disebabkan hujan, laju saja anak-anak makan. Jom kita semak resepi gila-gila idea dan olahan Amie di musim hujan ini.
Resepi : Ikan Merah Masak Sos Sambal Dengan Laici
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
5 keping ikan merah - lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak dan ketepikan
10 biji laici dalam tin
1 biji tomato - belah 4
1 sudu perahan jus lemon
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
gula / garam / perasa pilihan
minyak
100ml air
Bahan kisar (jangan terlalu lumat):
5 biji cili hijau
5 biji cili merah
1 biji tomato hijau
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - belah 4
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Tambahkan air dan biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan ikan merah goreng dan gaul sebati.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula
5. Masukkan jus lemon, buah laici dan belahan tomato. Kacau beberapa kali.
6.Tutup api dapur.
Special ni amie...guna laici.
BalasPadamTeringin nak rasa.
Oh tidakkkk... Naz suka sgt laici.. Macam terasa2 jer pedas sambal + kemanisan laici tu menyeimbangkn rasa...
BalasPadamni memang sedap ,ada laici lagi!.
BalasPadamsedapnyer!!....
BalasPadamkat rumah ada longan bleh kot Amie gantikan laici tu kan...
BalasPadamKasih,
BalasPadamsesekali ubah resepi Kasih.
Naz,
betul tu Naz, okey aje rasanya... laici tu pun tak ganggu kelazatan sambal ikan.
Suzana,
alhamdulillah Suzana... boleh diterima seisi keluarga.
Myda,
BalasPadamterima kasih Myda...
Kak Noor,
boleh aje Kak Noor...
tentu bertambah sedap bila ada laici...
BalasPadambelum cuba masakn ikan/ ayam / daging letak laici.
BalasPadammesti special ni.
Ada laici, bestnya,ummi suka sangat buah laici Amie, kalau lauk ada laici mesti best ni!
BalasPadamas salam
BalasPadamlain dari yg lain la sbb ada laici kan:)
hari ni pun KY mask merah juga, tapi guna ayam heeee
BalasPadamfirst time jumpa ikan masak laici ni..tentu sedap
BalasPadamsalam k.amie.. sos sambal dgn laici ..perghh mmg kreatif leh masuk MASTER CHEF ..
BalasPadam