Pages

Jumaat, 16 November 2012

Maal Hijrah, Hari Lahir & Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum.
Cetusan idea Encik Suami untuk mengadakan majlis kecil-kecilan akhirnya terlaksana malam tadi. Kami mengadakan majlis doa selamat sempena Maal Hijrah, selain bacaan Yasin dan tahlil. Pada masa yang sama kebetulannya, pada hari ini merupakan hari ulang tahun Amie, jadi buat sekali harung!


Four Season Cake ini merangkap kek harijadi Amie dan juga ulang tahun perkahwinan kami yang ke 18 pada 18 November 2012. He he heh.... sebab tariknya dekat-dekat, buatlah 3 dalam 1! Senang cerita ye...


Antara hidangan yang disediakan. Hidangan berat termasuk nasi minyak, kambing bebiri panggang, udang masak kam heong serta dalca tulang.


Tidak lupa, selain ayam panggang dan bebiri panggang ada acar mentah!



Ambil kesempatan untuk belajar resepi .... jiran, biras dan kakak ipar.... masak apa? Masak Udang Kam Heong!



Rasanya lama kami tak berkumpul ramai-ramai sesama ahli keluarga!



Adik-beradik sebelah Encik Suami dan jiran-jiran. Alhamdulillah, majlis kecil-kecilan yang dirancang telah selamat dijalankan. Mudah-mudahan Tahun Baru Hijrah membawa pengertian yang mendalam buat kami sekeluarga dan juga seluruh umat Islam.

26 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie...
    alhamdulillah.. perkara yang baik pasti akan berjalan lancar..insyaAllah.. tahniah di atas ulang tahun perkahwinan Amie & suami.. juga tak lupa hepi belated birthday buat Amie juga.. memang seronok bila sanak saudara dpt berkumpul kat rumah ramai2 kan..

    sedap2 semua menu yang disajikan.. Salam Maal Hijrah..

    BalasPadam
  2. Amie..Salam maal hijrah.
    Selamat hari lahir dear,moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dah dalam rahmat Allah yang tidak putus2 buat Amie sekeluarga.
    Selamat ulangtahun perkahwinan, semoga berbahagia sokmo dan berkasih sayang hingga ke syurga.

    BalasPadam
  3. selamat rnyambut har lahir...ulangtahun perkahwinan dan tahun baru amie..semoga yg terbaik utk amie sekeluarga...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum amie..
    nani datang nak tengok kek..
    cantekkkk.. sedap2 makanan belaka... geram tengok..
    Selamat Hari Lahir ya... moga panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki.. aminnnn.. :) sonok wat makan2.. meriah nampak..

    BalasPadam
  5. Salam amie.HAPPY BELATED BIRTHDAY & HAPPY ANNIVERSARY YG KE 18 TAHUN.
    Semoga dipjgkn usia & dikekalkn jodoh hingga ke akhir hayat.Aminn
    Meriah kenduri & sedap2 menunya...

    BalasPadam
  6. Salam maal hijrah amie..selamat hari lahir dan ulang tahun perkahwenan

    BalasPadam
  7. waaahhhhh 3 in 1...
    didoakan kebahagian berkekalan...
    didoakan dilimpahkan rezeki....
    didoakan dipermudahkan segala2nya...
    semoga mendapat rahmat dari Allah yg x putus2...
    semoga limpahan kasih sayang dari anak2 n suami berkekalan...

    makan2 tu org meru x ajak sekali ker...sedih niiiii..

    BalasPadam
  8. salam maal hijrah
    selamat hari lahir & ulangtahun, sekali harung je kan, best kumpul adiberadik
    sedap menu2nya pun

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Amie.. Salam Maal Hijrah dan Selamat ulang tahun & ulang tahun perkahwinan .semoga hari mendatang membawa kebahagian utk Kak Amie dan keluarga tersayang.. ;)

    BalasPadam
  10. 1. Happy Birthday Amie cayang..
    2. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah
    3. Selamat Ulangtahun Perkahwinan

    Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. Ameenn..

    BalasPadam
  11. Salam kenal dan selamat untuk semuanya. Tahniah...

    BalasPadam
  12. Madiha,
    waalaikumussalam....
    terima kasih atas ucapan, memang seronok dapat berkumpul bersama, syukurlah ada majlis tertentu yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Ummiross,
    Salam Maal Hijrah juga...
    Terima kasih Ummi cayang... insya-Allah doa Ummi diperkenankan oleh-Nya,mudah-mudahan kami akan sentiasa berbahagia.

    Whitecappuccino,
    terima kasih WC...insya-Allah, mudah-mudahan Allah beri yang terbaik buat kami sekeluarga.

    BalasPadam
  13. Jassnani,
    waalaikumussalam...
    terima kasih atas ucapan itu, sesekali berkumpul bersama rasa meriahnya kan...

    Atie,
    terima kasih atas ucapan Atie... ya, mudah-mudahan Allah perkenankan sebagaimana doa Atie.

    Acik Erna,
    salam maal hijrah juga Acik... terima kasih atas ucapan itu.

    BalasPadam
  14. Ucu,
    buat sekali harung aje Ucu... jimat masa, tenaga, kos dan segala-galanya he he heh... terima kasih atas doanya yang 5 itu... mudah-mudahan Allah kabulkan kesemuanya... amin.
    Jemput makan sama ucu cayang... jangan lupa ajak Pak Usunya sekali.. he he he eh

    Mama Sara Nur,
    terima kasih Mama Sara, jarang berjumpa kerana masing-masing ada urusan, jadi kesempatan begini memang elok benarlah berkumpul ramai-ramai.

    Choco Ani,
    Waalaikumussalam... mudah-mudahan Allah berikan rahmat dan rezeki kebahagian buat kami.. amin.

    BalasPadam
  15. Sheila,
    terima kasih cayang Sheila... mudah-mudahan kita sama-sama dapat keberkatan dalam hidup!

    Cklah,
    salam kenal juga...terima kasih.

    BalasPadam
  16. Slmt ulang tahun perkahwinan dan slmt hari lahir kak.... :)

    BalasPadam
  17. Selamat ulangtahun kelahiran, selamat ulangtahun perkahwinan dan selamat menyambut maal hijrah dari kakak Amie.

    Tahniah dah 18 tahun ye. Lebih kurang kakaklah macam tu..

    BalasPadam
  18. Salam Maal Hijrah utk kak amie dan kluarga..

    Selamat hari lahir dan selamat ulng tahun prkahwinan..semoga sntiasa berbahagia di samping keluarga tersayang...

    p/s..tak berkelip mata tengok menu2 tu semua...mnggiurkan!!!!

    BalasPadam
  19. Salam Kak Amie..

    Salam Maal Hijrah, Happy anniversary dan Happy Birthday..Semoga mendapat limpah rahmat dariNya...Aminnnnnn

    BalasPadam
  20. salam maal hijrah kak, happy birthday n happy anniversary buatmu...moga sentiasa dalam rahmat Allah...

    BalasPadam
  21. Kak Amie TAHNIAH!!...walaupun dah terlambat tapi masih lagi boleh wish kan..?
    SELAMAT HARI LAHIR DAN SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN..Semoga panjang umur,murah rezeki dan jodoh berkekalan..

    BalasPadam
  22. Salam Kak Amie..
    Selamat harijadi dan selamat ulang tahun perkahwinan...semoga bahagia selalu..

    BalasPadam
  23. Aaminnnn segala doa. Semoga tahun baru memberikan lebih keberkatan dan kesejahteraan.

    Cantiknya rumahhh...

    BalasPadam
  24. kak amie..happy bthdy,hpy annvsry dan salam maal hijrah yer kak..azam baru..alhamdulillah kenduri dh selamat..masakan hebat2 tu kak:)

    BalasPadam
  25. Happy belated Birthday and Happy Wedding Anniversary Amie.

    BalasPadam
  26. As salam Amie ,selamat ulang tahun dan selamat hari jadi,semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa

    BalasPadam