Pages

Isnin, 12 November 2012

Seafood Spaghetti

Assalamualaikum.
Hari ini Amie berdua ke hulu ke hilir bersama si bongsu. Amie bawa bongsu ke sekolah untuk menyiapkan beberapa tugasan yang hendak diselesaikan, dan menjelang pukul 2 petang kami pulang ke rumah. Bujang sulung masih di sekolah, meneruskan ulangkaji bersama guru dan rakan-rakan seperjuangannya. Nampaknya si bongsu kekenyangan makan bersama Amie di luar, dan tertidur di hadapan televisyen. Bujang tengah menelefon beberapa kali dari Tarakan, bahawa penerbangannya dari Kalimantan ke Tawau akan mendarat sekitar pukul 2 petang. Nampaknya, petang ini bujang tengah akan sampai ke rumah... tapi terpaksalah menaiki jalan darat selama 2 jam setengah lagi. Biasanya sebaik sahaja membuka pintu rumah, bujang tengah akan terus meluru ke dapur... kalau ketika itu Amie berada di dapur, dan sudah pastinya akan menegur... Mummy masak apa? Oh! Rupanya sudah 4 hari tidak mendengar suara itu.


Resepi : Spaghetti Seafood
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram spaghetti
2 botol Sos Spaghetti Cendawan  (350 gram X 2)
15 biji bebola udang
20 ekor udang - bersihkan dan belah belakang
10 ekor anak sotong - bersihkan 
14 batang fillet ketam - potong ikut suka
2cm halia - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
air secukupnya
sedikit garam
minyak zaitun

Cara:
1. Masak air yang mencukupi dalam periuk untuk merebus tenggelam spaghetti. Bubuh sedikit serbuk garam dan satu sudu makan minyak zaitun. Setelah air mendidih, barulah masukkan pasta. Setelah pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Udang, sotong, fillet ketam dan bebola udang dicelur seketika dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis halia serta bawang putih hingga layu. 
4. Masukkan Sos Spaghetti Cendawan dan air secukupnya untuk merenih - Amie gunakan 2 botol air (ikut kuantiti  botol Sos Spaghetti Cendawan) dan renih dengan api sederhana sehingga kuah pekat
5. Masukkan kesemua bahan celur ke dalam kuah dan kacau seketika. Tutup api.
6. Hidangkan spaghetti bersama kuah.
~ Enak dinikmati bersama parutan keju pamesan, tetapi anak-anak sebelum ini minta Amie masukkan sekali keju dalam kuah! Jadi, Amie memang campurkan keju dalam kuah supaya cair bersama!




Sebaik sahaja Amie siap menyediakan hidangan ini kira-kira pukul 5 petang, tiba-tiba terdengar pintu pagar dibuka. Tentu Encik Suami pulang bersama si bujang tengah! Rupa-rupanya bujang tengah belum sampai kerana mereka singgah di Gua Madai, di Kunak. Encik Suami yang merasmikan Seafood Spaghetti!


Alhamdulillah! Seafood Spaghetti licin habis dinikmati bersama setelah bujang tengah sampai. Bujang sulung meminta supaya Amie masak lagi!

14 ulasan:

  1. sedap sekali keliatan nya..terbaikkkk.. ;)

    BalasPadam
  2. sedapnye seafood spaghetti kak Amie... nyum3

    BalasPadam
  3. tentu seronok sibujang tengah dapat makan masakan Mummynya. Nampak sedap sungguh tu Amie, udang kat atas tu rasa nak ngap2 je..

    BalasPadam
  4. Ohhh ni paberet saya nihh... Sebab ada crab stick!

    BalasPadam
  5. wahh!! mmg meriah betul spagetti kak amie.. terliur sungguh tun nengoknyer.

    BalasPadam
  6. dari jauh dah merah menyala kak...ngencess betul2 ni..

    BalasPadam
  7. perut tgh lapo..tgk sedap je...boleh lawan pizza hut tak??nak try buat la...murah sket modal dr makan kat pizza hut..:)

    BalasPadam
  8. as salam

    memang sedap rasa nak terkam skrin kak:)

    BalasPadam
  9. Melly,
    jemput dong makan sama...

    FnF,
    sekali-sekala layan selera anaka-anak.

    Xiera Ruslan,
    terima kasih Xiera.

    BalasPadam
  10. Ummiross,
    he he he heh bujang tengah kepenatan tu Ummi... memang pun sebaik masuk rumah terus kata perutnya lapar!

    Whitecappucino,
    terimakasih WC.

    Azieazah,
    Crab stick memang sedap ye Azie.

    BalasPadam
  11. Tun Telani,
    he he heh senang nak buat sebab sos ready made Tun...

    Rohah,
    lap ngencesnya dulu... datang sini makan sama he he he hh

    Kitatauke,
    kalau makan beli mesti jauh lebih sedap rasanya sebab (psikologinya) kena bayar...he he heh

    BalasPadam
  12. Tihara,
    waalaikumussalam... jom makan sama dik.

    BalasPadam