Pages

Ahad, 11 November 2012

Nasi Lemak Ayam Panggang Pedas Madu

Assalamualaikum.
Salam sayang buat semua pengunjung budiman. Nampaknya cuaca hari Ahad di tempat Amie redup, nyaman dan menjelang tengahari awan kelihatan kelabu, bermakna mendung bakal menjelma. Apa pun, pakaian di jemuran sempat kering dan dengan senang hatinya Amie meluangkan masa berkongsi resepi Nasi Lemak Ayam Panggang Pedas Madu untuk semua pengunjung dapur Amie yang dihargai. Kali ini Amie tidak gunakan sambal ikan bilis dan juga ikan bilis goreng sebagai lauk utama untuk nasi lemak. Oleh kerana seisi rumah sering mengatakan betapa enaknya hidangan ayam panggang, jadi timbul idea Amie untuk menjadikan ayam panggang sebagai lauk utama nasi lemak yang Amie sediakan kali ini. Kalau sebelum ini Amie panggang ayam bermadu atau menggunakan rempah rosemary, tetapi hari ini Amie cuba gunakan sambal nasi lemak cicampur dengan madu dan disapu pada permukaan daging ayam 15 minit sebelum api oven dipadam. Alhamdulillah, hasilnya memang tidak mengecewakan. Nasi Lemak Ayam Panggang Pedas Madu ini bukanlah menu sarapan pagi, tetapi menu makan tengahari merangkap ke petang!


Bahan untuk Nasi Lemak:

4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan

600ml santan (terpulang pekat atau cair - kalau pekat hasilnya sangat lemak)

3 cm halia (dihiris atau diketuk pun boleh)
3 biji bawang putih (dihiris atau diketuk pun boleh juga)
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
sehelai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
sedikit garam

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Didihkan santan bersama halia, bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan.
3. Masukkan beras dan sedikit garam. Kacau sekali - sekala sehingga beras kembang dan santan kering.
4. Masukkan dalam periuk pengukus.
5. Kukus 20-25 minit atau sehingga nasi benar-benar masak.



Bahan untuk Sambal Tumis:

1 batang serai - dititik

1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)

garam  dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1.5 cm belacan

Cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. 
2. Masukkan bancuhan pati asam jawa, garam dan gula. 
3. Masak dengan api perlahan sehingga kuahnya pekat.

Sementara itu bolehlah perap ayam untuk dijadikan Ayam Panggang Pedas Madu. Jika anda mempunyai masa yang panjang dan mencukupi, bolehlah perap ayam dalam tempoh yang agak lama misalnya sehingga 4 jam. Namun begitu, jika masa amat terbatas cukuplah perap di antara 15-30 minit sahaja seperti yang biasa Amie lakukan. Jom kita lihat sama-sama bagaimana cara Amie sediakan Ayam Panggang Pedas Madu.

Bahan-bahan untuk Ayam Panggang Pedas Madu:
3 ketul daging ayam bahagian peha - bersihkan dan toskan seketika
6 sudu makan sambal tumis (ambil dari sambal tumis untuk nasi lemak di atas)
3 sudu makan madu
1 sudu makan serbuk kunyit
garam & gula

Bahan tumbuk:
5 biji bawang putih
3cm halia
1 sudu makan lada putih

Cara:
1. Perap daging ayam dengan bahan tumbuk bersama serbuk kunyit, garam dan gula selama 15 minit.
2. Panggang dalam oven dengan api sederhana panas selama 45 - 50 minit.
3. Campurkan sambal tumis dengan madu.
4. Keluarkan daging ayam panggang dan sapu merata campuran sambal tumis dengan madu tadi.
5. Masukkan kembali daging ayam panggang ke dalam oven dan teruskan memanggang selama 15 minit atau sehingga ayam masak.

Bahan-bahan lain:
telur dadar - potong ikut suka
hirisan timun
hirisan tomato
kacang gajus goreng



Alhamdulillah, set Nasi Lemak Ayam Panggang Pedas Madu menjadi. Sebelum bujang sulung berangkat ke sekolah untuk menghadiri kelas perbincangan bersama gurunya pada pukul 12.30 tengahari, sempat kami sekeluarga menjamu selera bersama. Cuma..... ketika makan Amie sesekali terhenti bila teringat bujang tengah yang masih berada di Tarakan, Indonesia mengikuti perkhemahan pengakap. Maklumlah... ibu mana yang sentiasa berselera kalau ada yang kurang di hadapan matanya..... apa lagi kalau teringat waktu makan, bujang tengahlah yang paling berselera!

21 ulasan:

  1. amboi kak....plateingnya dah serupa mcm masterchef plak nmpk tu...meriah dan cntik...! hehehe...

    BalasPadam
  2. Syapex,
    ratah2 aja ayam tu...lembut isinya!

    Asyifa,
    he he ehh... suka-suka saja Asyifa, terima kasih! Jom makan sama.

    BalasPadam
  3. sedap nya...ayam nya menggoda iman.kalo melly rajin mau buat juga ahhh..slurrp

    BalasPadam
  4. salam perkenalan :)

    hmm sedapnya...nak cubelah nanti..mintak salin resepi ye :) TQ

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kak amie.. tun pun bekfes nasi lemak arini.. nasi lemak biasa2 je, xde la meriah mcm yg akak punya.

    BalasPadam
  6. Saya sudah lapar cuma tengok gambar saja, boleh tak saya tukar steamed fish dengan awak? Hehehe ..tengah steam fish sekarang.

    BalasPadam
  7. assalam amie..dtg kesini tak pernah mengecewakan mama..thanks atas resepi ni..mama nak try ayam panggang padas ni..thanks.. :)

    BalasPadam
  8. rindu kat anak ye Amie...
    ummi pun macam tu, kalau makan dan anak takde sekali, memang teringat sangat.
    Sedap ayam tu Amie, ratah pun sodap!

    BalasPadam
  9. Wah wah sedap nampak nyer plating pun sgt cantik huhuhuhu mmg buat D5 terliur hehhehhe

    BalasPadam
  10. tengah malam cmni tgk nasi lemak yg penuh lauk ni terus rase lapar...:)

    BalasPadam
  11. As salam kak Amie,sungguh manarik blog kak amie dan saya mengikutinya.harap kak Amie sudi pula menjadi rakan dapur maya saya.thanks.

    BalasPadam
  12. Melly,
    buat dong... mudah aja kok!

    Whitecappucino,
    insya-Allah he he he ehh

    Amy,
    salam kenal juga Amy, silakan...

    BalasPadam
  13. Tun Telani,
    waalaikumussalam,
    ni tengah mood baik ni, tu pasal nampak meriah he he heh

    Sonia,
    wow! saya suka steam fish... boleh..boleh no problem!

    Mama Aini,
    waalaikumussalam... silakan cuba resepinya ye Mama Aini, senang saja.

    BalasPadam
  14. Ummiross,
    memang terasa sangat kalau salah seorang anak tak ada di sisi, selalu riuh tapi bila tak ada sungi semacam, syukurlah... petang ni dijangka terbang dari Tarakan. Jom ratah ayam panggang ni Ummi...

    Kasih,
    terima kasih... namak besar gedabaklah pulak potongannya ye...

    Delima,
    seronok2 hidang buat family Delima...

    BalasPadam
  15. Kunang-Kunang,
    jemput makan sama...

    Suzana,
    waalaikumussalam... salam kenal juga, nanti saya berkunjung ke dapur Suzana ye.

    BalasPadam
  16. Mula tadi kakak ingatkan bahulu gulung sebagai hiasan (kelakar kan kakak punya imagine) tak terfikir telur dadar. Itulah Amie ni kreatif sangat sampai kakak keliru.

    Ayam panggang Amie selalu cantik berkilat menggoda mata kakak.

    BalasPadam
  17. thanks Amie,sudi jadi rakan dapur saya.teruskan entri resepi yang sedap2 tu!nampak sedapnya ayam panggang terliur saya.

    BalasPadam
  18. Kakzakie,
    saya pun ikut ketawa bila kakak kata telur dadar tu baulu gulung..ha ha hahhh

    Suzana,
    boleh cuba resepi ini Suzana, mudah saja...

    BalasPadam