Pages

Selasa, 13 November 2012

Sup Ikan Jenahak, Sambal Mangga & Ulam-Ulaman

Assalamualaikum.
Nampaknya cuaca agak mendung pada hari ini. Di tempat kami, suasana Deepavali tidak terasa kerana bilangan penduduk India beragama Hindu boleh dibilang dengan jari. Selamat bercuti kepada rakan-rakan pengunjung setia dapur Amie. Untuk hidangan tengahari kali ini, Amie sediakan sup ikan jenahak. Sup ikan ini agak berbeza dengan sup yang biasa Amie masak kerana Amie gunakan resepi yang selalu digunakan oleh kakak ipar Amie untuk masak sup ayam. Amie cuba masak gunakan ikan pula dengan bahan-bahan yang kakak ipar gunakan seperti kurma merah dan juga cendawan shiitake serta lobak merah. Menurut kakak ipar Amie, jika gunakan lobak merah, tidak perlulah tambah halia tetapi sekiranya kita gunakan lobak putih, barulah campur dengan sedikit halia. Penggunaan bawang putih tidak diperlukan, hanya gunakan sebiji bawang besar dibelah 4.


Sekiranya anda masak sup dengan campuran kurma merah, cendawan shiitake dan lobak merah, aromanya akan memenuhi ruang dapur sepanjang masa merenih sup tersebut walaupun kita tutup periuk! Kurma merah atau red dates memang telah lama digunakan oleh masyarakat Cina dalam masakan mereka kerana dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Begitu juga dengan cendawan shiitake yang dikatakan boleh membuat pengamal hidangan ini sentiasa awet muda.


Resepi : Sup Ikan Jenahak
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
2 keping ikan jenahak saiz besar
10 biji kurma merah - potong sedikit di kedua-dua hujungnya
1 batang lobak merah - potong ikut suka
3 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang, cuci bersih dan belah dua
1 labu bawang besar - belah 4
1 liter air
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk atau kuali. Masukkan kurma merah dan didihkan sehingga 10 minit.
2. Masukkan bawang besar, lobak merah dan cendawan shiitake. Setelah mendidih, sederhanakan kepanasan api dapur dan biarkan mendidih 10 minit lagi.
3. Masukkan ikan jenahak dan pastikan tidak dimasak terlalu lama kerana isi ikan jenahak sangat lembut. Cukuplah dimasak antara 4-5 minit sahaja.
4. Tambahkan garam / perasa pilihan. Tutup api dapur.
5. Hidangkan panas. Jika suka taburkan bawang goreng dengan hirisan daun bawang.


Kalau dah namanya tekak orang kita, memang tak puas kalau makan nasi dengan sup ikan.  Mesti juga nak lengkapkan dengan pelbagai rasa termasuk masam, masin dan manis. Jadi, Amie tambah hidangan dengan Sambal Mangga dan Ulam-Ulaman. 


Jomlah... apalagi... perut pun dah keroncong! Bismillah....

11 ulasan:

  1. Salam Amie.Terima kasih singgah ke blog atie..walaupon blog dah cam chipmore.Biasa la klu cuti sekolah,anak yg konker laptop...tu yg jarang dpt bronline.
    Hari ni dpt la kjp beronline...singgah brkunjung balas umah kengkawan mana yg sempat.
    Sedapnya nampak sup ikan..tang sambal tu yg ngencesssss:D

    BalasPadam
  2. salam kak, sup2 ni yg segerrrr..waduh duh..yg paling terliurnya sambal belacan nang jero lesung..ngencess!!

    BalasPadam
  3. Amie..ummi tak pernah lagi buat sup guna red dates ni, tentu sedap kan, tambah ada sambal belacan tu, berselera den!

    BalasPadam
  4. tuu diaa...ramai yg berkenan sambal mangga tu amie

    BalasPadam
  5. Dah lama saya tak buat Sup Ikan camtu. Dalam rumah kurang popular... aduh.

    BalasPadam
  6. Dah lama saya tak buat Sup Ikan camtu. Dalam rumah kurang popular... aduh.

    BalasPadam
  7. sALAM MAAL HIJRAH

    Teruja, oh senang je masak sup tu ya.
    Mama teringin nak cuba.Tkasih.

    BalasPadam
  8. sALAM MAAL HIJRAH

    Teruja, oh senang je masak sup tu ya.
    Mama teringin nak cuba.Tkasih.

    BalasPadam
  9. Macam nak makan sekarang nie juga Amie. Esok tak kerja bolehlah buat utk berbuka puasa.

    Selamt menyambut maal hijrah dari kakak buat Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  10. Oh Tidakkkkkkkk.... Sambal mangga itu buat perut Nadz tiba2 berbunyi2 berlagu tak riang...heheheee

    BalasPadam