Assalamualaikum dan selamat petang. Tanpa banyak bicara dan mukadimah yang panjang lebar, jom basuh tangan, kita baca doa dan santap hidangan di bawah ini. Ada Ikan Sembilang Goreng Berlada, sayur Peria Goreng Hati Ayam dan juga Sup Kaki Ayam.
Resepi : Ikan Sembilang Goreng Berlada
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
5 keping ikan sembilang - lumur dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak dan ketepikan
10 biji petai
1 batang serai - diititik
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan kisar (jangan terlalu halus):
7 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu makan udang kering - boleh gantikan dengan belacan
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar.
2. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
3. Masukkan serai, pati asam jawa, garam dan gula.
4. Setelah bahan tumisan kelihatan pekat seperti yang dikehendaki, masukkan petai.
5. Gaul seketika sehingga petai berubah warna.
6. Tuangkan kuah sambal ke atas ikan sembilang yang telah digoreng tadi.
Resepi : Peria Goreng Hati Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji peria - bersihkan, buang biji dan hiris nipis (jika ingin kurangkan rasa pahit peria, taburkan sedikit garam dan kemudian ramas hingga layu, kemudian cuci dengan air, toskan hingga kering)
3 ketul hati ayam - potong ikut saiz yang dikehendaki
2 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
1 sudu makan serbuk Maggi Cukup Rasa
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak yang secukupnya untuk menumis.
2. Tumis bawang putih, bawang merah hingga wangi dan layu.
3. Masukkan hati ayam, dan gaul sebati dengan bawang tumis. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4. Setelah hati ayam masak, masukkan cili merah.
5. Masukkan peria dan gaul rata.
6. Setelah peria berubah warna dan masak, perasakan dengan serbuk Maggi Cukup Rasa.
7. Gaul sebati dan tutup api dapur.
Biasanya kalau hidangan sup tentu ada bawang goreng dan hirisan daun bawang atau daun sup. Hidangan sup yang Amie paparkan ini ialah masakan ala Cina. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas, tidak perlu lada putih atau lada hitam serta rempah-rempahan lain termasuk halia. Buah kurma merah dan cendawan shiitake yang Amie gunakan sudah cukup membangkitkan aroma yang wangi semasa direnih. Cara masakan sup ini Amie pelajari daripada kakak ipar Amie. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, sesiapa yang suka makan kaki ayam, kulit akan licin dan mendapat tenaga lebih kerana khasiat yang terletak pada kaki ayam. Mungkin sebelum ini, ramai yang terbaca tentang khasiat kaki ayam dan tidak kurang pula yang tidak menyenanginya. Amie terbaca dalam majalah SAJI keluaran November 2012 yang mengatakan kaki ayam mempynyai khasiat yang tinggi dan gelatin yang terkandung dalam kulit kaki ayam boleh memulihkan mereka yang mengalami penyakit tulang yang haus. Gel yang akan mengeras secara automatik bila sup kaki ayam sejuk itu kelihatan seperti agar-agar, tetapi bila dipanaskan ia akan cair.
Resepi : Sup Kaki Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
5 pasang kaki ayam (5X2=10) - bersihkan dan potong 2
10 biji kurma merah (red dates) - buang sedikit kedua-dua bahagian hujungnya
4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang, dan belah 2
1 kuntum cendawan putih (white fungus) - rendam hingga kembang
2 biji kentang - belah 2
1 batang lobak merah - belah 2 dan potong 4
1 labu bawang besar - belah 4
1 sudu makan serbuk Maggi Cukup Rasa
1 liter air
Cara:
1. Masak air di dalam periuk. Masukkan kurma merah dan biarkan mendidih selama 10 minit.
2. Masukkan bawang besar, cendawan shiitake, lobak merah, dan kaki ayam. Biarkan mendidih lagi selama 10 minit.
3. Masukkan kentang dan perlahankan api. Renih antara 1-1 jam setengah.
4. Masukkan cendawan putih (white fungus) dan renih lagi antara 10-15 minit.
5. Perasakan denga serbuk Maggi Cukup Rasa.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Fuhh kak amie, rajinya masak banyak2 ni, tumpang sekaki ya : )
BalasPadamSilakan Evelyn....
BalasPadamAmie...ummi dah siap duduk bersila ni, nak makan kenyang kat rumah Amie, jangan lupa nasi tambah tau, hik!
BalasPadamAssalam amie, lama tak menyinggah kat dapur amie. Tak tertahan tgk ikan semilang berlado tu, yg bestnya petai tu sedapnya.
BalasPadamSup kaki ayam yg ni kita tak mkn heheh, selalu msk sup biasa je, En abe kita cukup suka kalo tgk sup amie ni
Banyak nya makanan..tumpang makan yah kak ,Melly bawa tempe goreng.. slurrp
BalasPadamwahh kak amie..byk btl lauk harinie..zila nak mkn kaki ayam tue..lama x makan..pastu sambung mkn ikan tu pulak..hari nie ikan tue sama dgn zila ..sedappp masak kering2 camtu kan..
BalasPadamalahai kak amie...semua menu tu mmng mnyelerakan....tetiba jer perut terasa lapar....
BalasPadamwah Amie..
BalasPadamsedap semua makanan yg dihidangkan tu akak dah tertawan dngn peria mesti sedap esuk nak cari peria jugak lah..
Assalamualaikum kak.
BalasPadamSerius terliur tengok ikan sembilang kat atas tu.
slm Kak Amie..
BalasPadamskrg ni cuti sekolah..byk masa..leh la masak mcm yer..
sedap2 pula tu tgk..
Waduh2 kak amie...mengancam sungguh lauk pauk mu itu....paling suka peria tu...sedap sesgt..:-)
BalasPadamSaya tak jeles sangat kali ini, sebab tadi saya masak Sambal Tumis Ikan Bilis dengan petai! hehehe
BalasPadambanyaknya lauk k.amie, teringat kat kg je
BalasPadamfeberet mak sy ikan sembilang , kalu makan kat kedai sah-sah ikan ni yg mak letak dlm pinggan dulu he hee
sy x berapa makan tp kalu masak berlado cili2nya tu makanlah jg
wah meriahnya mkn tgh hari kt rmh kak amie ni! lauk ikan sembilang yg paling meletops...sy tak penah mkn sup ala cina...asik buat ala melayu je!
BalasPadamwaduh kakk... dah tghr nih perot lapo.... kecur terus tengok lauk akak!
BalasPadamSalam Kak..emmmm antara ketiga-tiga menu saya paling nak cuba peria goreng hati tu..mesti sedap ni.....
BalasPadamSalam Kak Amie...wah sedapnya lauk pauk ni..berselera tengok..sup kaki ayam plak tu,sambal kicap mana..?..jap lagi Waniey dtg,nak ikut pintu depan ke belakang..?
BalasPadamaduhai Amieku sayang.. semuanya kok enak bangett.. ngences ni.. :b
BalasPadamRajinlah Amie ni,semuanya nampak sedap2 belaka.
BalasPadammembalas kunjungan...
BalasPadamwah...bley try resepi amie ni...mcm besh je...
SALAM HANGAT AMIE,APA KABAR CHEF AMIE,RESEPINYA SUNGUH SANGAT MENGGIURKAN,IJIN PULA UNTUK MENCUBA RESEPINYA ,,,
BalasPadambaru tahu khasiatnya.
BalasPadamsuami suka sgt mkn sup kaki aym..
Anak mak cella mesti geram tengok petai tu, hahahaha
BalasPadamSalam
BalasPadamSy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570