Pages

Selasa, 6 November 2012

Hati, Jantung & Peparu Kambing Masak Berempah

Assalamualaikum.
Ada sekeping hati, sekeping peparu dan jantung kambing yang Encik Suami bawa pulang semasa Hari Raya Korban tempohari. Sesetengah orang tidak makan daging kambing atau bahagian organ dalamannya kerana katanya bau kambing kurang menyenangkan. Bagaimanapun, setakat ini, Alhamdulillah...... jarang Amie temui daging kambing yang katanya berbau kurang menyenangkan. Berbalik kepada resepi Amie kali ini, Amie cuba oleh organ dalaman kambing bersama sedikit rempah-rempahan. 


Resepi : Hati, Jantung & Peparu Kambing Masak Berempah
Idea dan Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 keping hati, 1 keping peparu & jantung - celur hingga empuk dan toskan dan hiris ikut citarasa
5 helai daun limau purut
400ml santan pekat
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili hijau
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 batang serai
2cm halia
1 sudu makan ketumbar
1  sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik minyak.
2. Masukkan serbuk kunyit, pati asam jawa,  hirisan hati, jantung dan peparu kambing. Gaul seketika.
3. Masukkan santan pekat dan kacau sekali-sekala.
4. Setelah kuah pekat, tambahkan garam dan gula secukup rasa serta masukkan daun limau purut. Gaul rata.
5. Padamkan api dapur.


11 ulasan:

  1. Salam amie, ye saya pun ada masak recipe seakan amie mmg tidak berbau dan sgt sedap....dan tak muak utk dimakan lg dan lg...

    BalasPadam
  2. As'salamualaikum Amie,

    salam pagi..ct pun suka makan hati dan paru tapi tak banyak sikit2 aje. kalau dapat semangkuk sedap ni Amie :)

    BalasPadam
  3. akak pun suka ni hati tapi tu lah sendiri mau ingatla sikit2 je kan mantop tu..

    BalasPadam
  4. sedap..paru zila suka..tp x pernah masak kt umah..sb ank x makan ..klu teringin zila mkn kt luar je kak..wat ratah2 perghhh sedapp:)

    BalasPadam
  5. Berpagi2 ke dapur Amie, ada lagi ke yang tinggal, nak semangkuk, hikhik!

    BalasPadam
  6. Assalam Amie.. nak sepiring.. ;P

    BalasPadam
  7. Salam kak...sedappp...mesti betambh nasi mkn ni...suka masak style camni...:-)

    BalasPadam
  8. sedap ye kak...

    mas xpernah mkn kambing huhuhu... x tau kenapa tekak ni xnk telan dgng kambing tu huhuhhu

    BalasPadam
  9. assalamualaikum amie..
    sejak mengandung ni.. makan kambing je muntah.. makan beriani kambing pun tak leh.. nak makan lamb chop pun tak lepas.. aiiishh padahal dulu before pegnen, tu la yg nani suka.. :P
    sedap nampak baru&hati kambing tu..

    BalasPadam
  10. salam k.amie....
    ucu mmg x mkn organ dalam lebih2 lg kambing...
    lawanye alas pink tu....

    ucu doakan anak akak(abang) dipermudahkan dlam mnjawab semua kertas peperiksaan (SPM)...

    BalasPadam
  11. Tengok gambar pun dah boleh agak yg sedap betul....belum lagi rasa....

    BalasPadam